Thursday, 20 May 2010
As wa promised
ucapan jutaan terima kasih kepada sahabat2 yang tak tentu arah ni:
Maziyah Abdullah: keep on JELAS! hakhakhak.
Syumaimah Mansor: request sediakan karaoke lagu best2 nanti masa kenduri. dah masuk kelas vokal ni.
Ainor Mazwin Zainal Abidin: kalo orang cakap tak suka, kalo orang marah, tu tanda orang amik berat. tu tanda orang sayang kat awak. tu sebab orang sibuk2 pasal hidup awak. jangan emo manjang. banyak jerawat timbul. mua a a a a.
Nurismawati Ibrahim: bila nak buat Facebook?
amik. nama penuh wa letak. nasib baik takde no IC korang wa simpan. kalo tak, dengan alamat2 rumah wa tayang kat sini. no phone? jangan bajet hot-stuff sangat ye - 'obses terhadap diri sendiri' tu kurang elok. nyiahahaha.
korang seorang yang kelakar. eh. 4 orang la jadi nya kan.
ha ape lagi, Milano sorang sepinggan untuk wa!
Monday, 22 March 2010
Dalam hati ada taman
Dr Md Soep tu cakap, sambil dia duk godek² telinga wa kan, "woo ni bahagian dalam nya ni ha, dah bernanah gegendang. biasa nya kalau ada batuk selsema yg kena mcm ni". erk?! wa sehat sesehat² alam ni cemane dokter?
wa lupa tanya kot doc tu asal orang Kuala Atok ke kan. name Md Soep. nganganganga :D
tadi pegi kenduri ex-officemate wa, Hani. nama betul Siti Marliani rupanye. baru tau. tah mana datang 'hani' ntah. lain la wa. kan. haha. nak jugak. mencari rumah dia je sekian. selama² alam wa hidup di kolumpo ni tak penah langsung masuk dalam Cheras tu betul². kan. mekasih la dengan terciptanya Google Earth, mudah, cepat dan tepat. serta disusuli dengan bukaan mata hati yang luas dan suci. heh.
yang wa tak paham tu, duduk rumah selang setingkat je. naaaaakk jugak buat kenduri asing², lain² hari, lain² tempat. membazir itu amalan syaitonirrajim... mua a a a a. takpe la. buat la. sok kenduri wa kot ramai pulak yang bebunyi wa jugak yang bising. kan. eh.
pulak tu nak bersanding nye dah kul 2ptg baru nak buat. yang mana dah balik, selamat dah. becak nok becak! panas berdengit gitu. kot nye bersanding kat dewan philharmonik ke, tak ke sejuk sikit. sampai subuh 3hari kemudian wa sanggup tunggu. buat pulak ada anuar zain kat sebelah nyanyi. kan. nyeh nyeh!
boleh sambung lagi bukan tadi dah abih?!
lepas tu pegi klinik, lepak makan wafito. beli Subway Along (wa masih tak boleh menerima, makan keping² daging yang rupa macam mentah tu. is cannot)
rempit pegi Hospital Ampang. Makde ngan Aide dah sesat² sampai ke Pantai Ampang Hospital. keliru kan situ. ha ni yang wa rasa ada ala² cerekarama tv3 sikit. wa rasa tak sampai sejam pon diorang kat situ. wa sampai², Aide ni tengah buat sesi perbualan serius la gayenye. jadi wa nak tegur huha² pon takde nye la kan. tak lama lepas tu Makde bersuara sikit. lepas tu dia sebak, wa pon sebak. lepas tu dia nangis, wa tahaaaannnnn sebab mekap ade lagi :P lepas tu dia peluk Along. "dah makde nak balik". dia blah.
eeeehhhhhhhhh!
Makde! nani tak sempat nak peloks pung! wa pulak yang ada rasa nak emo sikit. kan. takpe. nanti rajin kita gosip bila nani balik Raub. kalauuuuuu rajin.
kat telinga kanan wa yang dah tak mendengar ni, wa dengar bunyi macam orang memberus baju kat bilik air. tapi bunyi nye berbalam² macam 10batu jauh nye. serius!
Saturday, 5 September 2009
Should I lock the last open door?
laju je kitorang book tanpa rasa bersalah.
on our way, dalam lif, masih kat office. nasib la 8 tingkat nya. "cepat2 posing semua!". laju jugak la bab memfotogedik ni kan.
duk lenggang2 kangkung, 6.30pm kitorang sampai. nampak Maya kat entrance. kami berkonklusi: dia berbuka kat sini jugak kot. naik Dewan Raja Laut, macam rasa awal je sampai nya. ada la 2-3 meja dah ada orang kan. "hello, ha datuk dah sampai?". pehhh wa rasa nak "oops datuk 013-932xxxx". kan. kuangkuangBukitkuang.
pastu terpandang kat dapur, Jaafar Onn! mua a a a.
ooo mana la kitorang tau kan. memang majlis nya bersama Jaafar Onn, Haiza & Maya. si JO nya kejap2 mengumumkan kedatangan orang. kejap2 bercerita pasal menu malam tu.
7pm gitu, tanpa segan silu lagi malu, kami2 pon bergegas menyerbu meja makanan. dah la jauh dari meja kitorang duduk. tu pegi awal2. karang tak sempat. haha.
meriah? tu baru pembuka selera. yang 2nd, 3rd, 4th dah tak ingat nak ambik gambar. ingat perut kena isi je dah. heh.
sambil2 keluar masuk berkali2 pegi ambik makan minum tu, diorang ni menunjukkan kehebatan masing2. ade la sekali dua, cam diorang nak panggil siapa2 yang nak naik join. kan. nak je wa request, "agak2 lagu Decode ade?". wa gigil nak menjerit nih :D
tiba2 terselit Ramziela. datin. patut la masa mula dia masuk nak duduk sebelum berbuka tu wa rasa cam 'pernahku-lihat-minah-ni-tapi-dimana-ya'. ha camtu la. dia naik atas nak buat cabutan bertuah je, pastu orang ramai request dia nyanyi seround.
oh ye, Kak Isma dapat beg Adabi. haha.
hasilnya kitorang lepak sampai dekat 10pm. orang lain dah balik, bos kami pon dah blah lama dah. boleh? boleh aje.
posing macam ambik gambar majalah kan? kemain pink lagi dia!
hiburannya: OK. makanannya: OK. tapi... kitorang tetap suka Felda. tahun lepas punya berbuka. menu nya bercampur2. western ade, tak western ade. QH ni memang masakan sini je. sedap memang sedap kan. free lagi la sedap nya. mua a a a. bos pon cakap Felda jugak best. cemane?
nak pegi Felda sendiri2, bajet masing2 dah buat larian marathon berganti2. maka bersyukur la dengan rezeki yang diberi. alhamdulillah...
Saturday, 20 June 2009
Antara Gapi
seperti biasa, selain memulakan perjalanan dengan bismillah dan doa naik kenderaan, kami juga mula dengan sesi fotogedik. bedak belum cair lagi kan. mua a a a. terima kasih kepada kamera abang yang mencantikkan gambar kami :Pdestinasi:
hasrat di hati maRk nak ikut jalan biasa. ayat dia, "ala macam pi Ulu Yam je", "jalan yang kak isma biasa balik kampung tu". secara ikhlasnya, wa kalau mak buat ayat macam tu, wa sanggup sesat ikut map daripada sesat ikut cakap dia. maRk ni kalau tunjuk simpang pon tunggang terbalik. "kak pura, masuk simpang kanan" - padahal tangan dia tunjuk ke belah kiri. nak kena lempang laju2 ke ape. kan.
asik gambar kitorang je kan. baru sekeping dua wa tayang. belum lagi tengok yang wa rasa tak berapa sesuai untuk tontonan umum tu. haa.
dah cukup dulu sesi fotogedik.
dah keluar tol Bukit Beruntung tu, maRk pon pegang la map. ikut signboard Antara Gapi. kat map ade lambang petronas, tepi belah kiri ade. checked. kat map ade lambang bhp, lepas petronas tu ade esso... mana bhp? pastu ade pulak lambang masjid, celah mana ke majid nya?!
kitorang jalan jugak terus. dah tepi2 penuh dengan sawit pulak. dah macam nak balik kampung sendiri dah. kot nya kejap lagi sedar2 dah nampak signboard Bukit Kayu Hitam ke kan. haru jugak.
kami u-turn. ade 2-3 kali kami lalu jalan yang sama - ikut map punya pasal. ade dekat sejam, wa call huda. nasib baik belum nak bersading. bila ditanya, dia sendiri tak tau jalan nak ke rumah sendiri. yang ni lagi satu. bukan setakat nak kena tampar laju2, banyak benda wa nak buat sampai tak relevan wa tulis kat sini.
pastu ntah siapa la dia pas kan wa, cakap nampak tanda perodua, jalan sampai traffic light simpang tiga, ambik la serendah/ipoh.
sempat lagi meraban sampai ke SK Sg Choh. mua a a a. simpang tiga punya pasal la tu. adoiyay. sumpah wa dengan maRk gelak guling2 tak hengat!
dah jumpa simpang tiga yang betul, baru la muncul benda2 yang dalam map tu. haram jadah bil hark tuihhhh sungguh! rasa cam, depan huda nak koyakkan map tu sampai lumat, pastu cakap, lain kali buat peta tu jangan menipu kitorang. LAIN KALI?! mintak simpang.
sampai2 je, tengah berarak, berkompang. around 1.30pm kot. kira best la timing kitorang kan. takyah tunggu lama2 dah. pengantin dah ready. sanding kejap, kitorang sempat makan, borak dengan member lain yang datang, pengantin pon makan. pastu sesi kitorang bergambar la kan.
aksi penutup. nak jugak kat pintu gerbang tu. dari mula masuk dah usha. mua a a a a.
sejam lepas tu kitorang blah la kan. duk lelama pon bukan boleh buat ape dah. dan perjalanan pulang kitorang terasa sangat singkat. masing2 pon lega. takde dah muka2 ketat. kalau tak, tensi je kan, jalan tak jumpa. dah pesan pon kat maRk, kita kalau tak sesat dulu, tak sah. heh.
kepada mempelai selamat pengantin baru. selamat "berlari berkejaran". hahaha. Asrul dengan Awin, bulan tiga? bulan empat? tahun depan? peta kasi JELAS ye. tapi setakat Tangkak tu, hujung ibu jari kaki wa je. eceh!
Tuesday, 16 June 2009
Life IS short
baye wa je. muda kan? mak kata, "kalau Allah nak amik nyawa tu, umur 20ari pon dia amik, umur 20thn pon dia amik". tsk. mak pandai kasi ayat bikin wa emo!
tu wa ber-msg-an dengan kakngah perihal ke-emo-an wa. pendek nya la hidup. dia boleh pulak bagi ayat emo versi dia. awak nak kena tampar laju2 ke apoo?!
Thursday, 11 June 2009
If you look closer it's easy to trace the tracks of my tears

karaoke session @ Redbox Ria Sogo, June 10th '09. haha. my 4th-time. definitely not the last! :P
al kisah nya dapat balik awal. so wa dari kurun ke 18 dulu dah book Angels & Demons dekat TGV KLCC. rabu kan murah. budak2 ni jeles kalau wa layan wayang sensorang. heh. note: wa suka pegi wayang sorang2. takde yang tanya wa itu ini, ajak beborak. takde yang GIGIT wa bila tengok hero hensem - ehem... kakngah! tu baru literally 'love bite' do. dia 'love' edward, dia 'bit' wa. sakit tawww!
ok kembali kepada cerita asal. jadinya di atas kejelesan officemate2 wa ni, diorang ajak pegi karaoke instead. heh. masing2 memang dah gigil nak melalak kan. kitorang pon buat la misi 'redah aje!'. kak isma book bilik, 'amin' je doa balik, kitorang pon cergas pegi Redbox Sogo.
yang lagi best tu, kami memang dah buat list lagu untuk nyanyi. mua a a a. penuh satu A4 wa cakap. sampai2 je terus pilih ikut list. tak payah pening2 dah. tak bazir masa. agak2 bukan lagu pilihan, sorang dua pegi ambik makan. buffet. mentekedarah tak hengat! wa rasa budak2 serve redbox tu mesti fikir, akak2 ni nak nyanyi ke nak makan. kuangkuangkuang.
kali ni wa punya lagu:
1. Katy Perry - Hot & Cold
2. Beyonce - Halo
3. Siti Nurhalipas - Kau Kekasihku
4. Siti Nurhalipas - Diari Hatimu
5. Aerosmith - I Don't Wanna Miss A Thing
6. Mariah Carey - My All
7. 2by2 & Siti Nurhalipas - Tiga Malam
8. Westlife - If I Let You Go
9. Paramore - Decode
err wa nak jelaskan di sini, mengapa agak banyak jugak la lagu si Siti Nurhalipas tu. pada satu ketika dahulu, sewaktu wa masih lagi muda remaja, tak kenal apa itu internet, wa penah la terminat lagu2 minah ni. zaman tu dia superstar dihati wa la kan. setelah wa naik pangkat jadi remaja purba ni, hati wa makin 'kering' dan akhirnya wa sekarang lebih suka layan lagu2 'batu'. lebih aggresive. lebih berbelit lirik nya. lebih drum. lebih growling, jerit-menjerit, suara anak kucing tercekik pon ada. lebih bunyi gitar (serta lebih hensem gitaris nya dengan jari jemari yang panjang2 dan chanteks ittew!) haha.
kalau bab merepek bagi la ke wa. kan.
ada la beberapa lagu yang tak sempat lagi nak buat videoclip, kitorang dah excited nak nyanyi. sah2 la takde lagi dalam collection diorang kan. ada lagu yang takde lirik. kalau takde lirik tu - satu, tak tau nyanyi. dua, bukan versi karaoke - suara penyanyi tak boleh padam. terpaksa skip je la kan. tak best la nyanyi double. wa dah excited nak layan Feeling Good versi Adam Lambert. foul! Avenged Sevenfold pon takde? langsung? helloooo!??!!
ada yang tak sempat nyanyi pon. masa dah cukup. patut masa brader tu masuk, tanya nak tambah masa ke, cakap nak. kan. biar sampai muntah kitorang melalak situ. heh. yang penting wa dapat nyanyi Decode. puas!
oleh kerana ni misi 'redah aje!', kami takde kamera nak ambik gambar/video. bukan nak tayang kat orang pon. tapi nak buat kenangan memasing. buat bahan gelak sepanjang bulan. kan. yang lepas dulu pon, kitorang masih lagi 'membahan' maRk, dia rap lagu ogy versi baru tu. haha.
next time: Alter Bridge - Watch Over You, Yuna - Dan Sebenarnya, Nitrus - Cinta, Akon - Beautiful, among others yang biasa nya takde dalam senarai karaoke tu. huh. and of course, another try on Muse's Feeling Good (Im'ma do Lambert version, for sure).
p/s: nazmi dah berat! bukan gemuk, simply heavier. putus jugak la satu dua urat kentut wa mendukung dia. hehe. dia dah membesar la kot. ke banyak makan nya sejak cuti2 malaysia ni? lepas ni dukung makde la pulak ye nazmi ye :P bila nak lurus cakap nya entah. duk cakap german, makde mana la paham sayang. sat lagi dia boleh, "De... abeleblebleble.. ni!" apokobondo eh jang?!
Sunday, 8 February 2009
Some sweet violent urge
what can I say.. wa still in 'twilight' mode. edward!!! *love* that's Twilight: The Soundtrack. now I need to hunt down Twilight: The Score.

yeah wa did it again. there goes my 'membazir' moment, took me around 2 hours going over the mystery/horror/thriller sections. plus a couple of books for my Along, which he paid back - handsomely. ngee :D makasih om! order le lagi buku bebanyak ngan nani :P kakngah, movie marathon = postpone. nyeh nyeh.
Red Box : The Garden - 02 February 2009. my 3rd time, IN MY ENTIRE EXISTENCE, going to karaoke. seriously. 1st, masa wa kecik2 dulu aide bawak pi makan2. 2nd, last year - office punya occasion. ni pun hasil paksaan. sebab wa dah kata, kalau diorang nak pi karaoke, wa tak mau join. last2 diorang buat plan serang hendap dengan wa. diorang book tanpa rasa bersalah, dragged wa along. lucky for them, wa lapar. miahahaha! agak kurang ajar jugak perut wa ni kadang.
haram 'anniversary'. gatal je. kitorang pakat beli kek. dan hadiah - yang kitorang cabut nama & exchange.
ni kira lunch punya menu. redbox sogo la jugak yang best, kot. tapi yang tu belah malam. meriah sungguh makanannya beb.
wa nyanyi! at last! lagu? 30stm - a beautiful lie. tu yang berdua ekor ni konon air-guitar & headbanging la kan. wa suka la korang. gambar wa? malu aih wa nak letak. stok jerit tak hengat :P sampai la ni diorang tak percaya wa nyanyi jugak. wa sendiri tak percaya. biasa karaoke dalam kereta je sensorang.erk! kantoi. wa lenjan kereta abang. 1 - sebab kereta abang ada seatbelt belakang. 2 - abang bukan ada kat negara ni pun. kan abang, kan kan kan. mua a a a a!














