Monday, 22 March 2010
Dalam hati ada taman
Dr Md Soep tu cakap, sambil dia duk godek² telinga wa kan, "woo ni bahagian dalam nya ni ha, dah bernanah gegendang. biasa nya kalau ada batuk selsema yg kena mcm ni". erk?! wa sehat sesehat² alam ni cemane dokter?
wa lupa tanya kot doc tu asal orang Kuala Atok ke kan. name Md Soep. nganganganga :D
tadi pegi kenduri ex-officemate wa, Hani. nama betul Siti Marliani rupanye. baru tau. tah mana datang 'hani' ntah. lain la wa. kan. haha. nak jugak. mencari rumah dia je sekian. selama² alam wa hidup di kolumpo ni tak penah langsung masuk dalam Cheras tu betul². kan. mekasih la dengan terciptanya Google Earth, mudah, cepat dan tepat. serta disusuli dengan bukaan mata hati yang luas dan suci. heh.
yang wa tak paham tu, duduk rumah selang setingkat je. naaaaakk jugak buat kenduri asing², lain² hari, lain² tempat. membazir itu amalan syaitonirrajim... mua a a a a. takpe la. buat la. sok kenduri wa kot ramai pulak yang bebunyi wa jugak yang bising. kan. eh.
pulak tu nak bersanding nye dah kul 2ptg baru nak buat. yang mana dah balik, selamat dah. becak nok becak! panas berdengit gitu. kot nye bersanding kat dewan philharmonik ke, tak ke sejuk sikit. sampai subuh 3hari kemudian wa sanggup tunggu. buat pulak ada anuar zain kat sebelah nyanyi. kan. nyeh nyeh!
boleh sambung lagi bukan tadi dah abih?!
lepas tu pegi klinik, lepak makan wafito. beli Subway Along (wa masih tak boleh menerima, makan keping² daging yang rupa macam mentah tu. is cannot)
rempit pegi Hospital Ampang. Makde ngan Aide dah sesat² sampai ke Pantai Ampang Hospital. keliru kan situ. ha ni yang wa rasa ada ala² cerekarama tv3 sikit. wa rasa tak sampai sejam pon diorang kat situ. wa sampai², Aide ni tengah buat sesi perbualan serius la gayenye. jadi wa nak tegur huha² pon takde nye la kan. tak lama lepas tu Makde bersuara sikit. lepas tu dia sebak, wa pon sebak. lepas tu dia nangis, wa tahaaaannnnn sebab mekap ade lagi :P lepas tu dia peluk Along. "dah makde nak balik". dia blah.
eeeehhhhhhhhh!
Makde! nani tak sempat nak peloks pung! wa pulak yang ada rasa nak emo sikit. kan. takpe. nanti rajin kita gosip bila nani balik Raub. kalauuuuuu rajin.
kat telinga kanan wa yang dah tak mendengar ni, wa dengar bunyi macam orang memberus baju kat bilik air. tapi bunyi nye berbalam² macam 10batu jauh nye. serius!
Sunday, 29 November 2009
Back to a place where I am not alone

semalam, tengah wa syok baik punya duk tunggu Ben 10 Alien Swarm start, tiba2 Abah datang kat wa, "Kakde! tu ade pisang. bleh buat lepat. abihkan la 3sisir tu". hoh! dah si Ben 10 kena duk dapur melenyek pisang. ces ces dan cessss!
Along ada.
pastu Abg Syakirin sefamili ada singgah. ape nama anak baru? Muhaimin? ngape la gitu gaye cukur nya. bercapuk2. jadi bibik? wa reti buat air nescafe dengan teh kaw aje - strictly for mapley-goers only. sat lagi ade yang berak keras jangan datang complaint kat wa :P tang jaga baby, ce tanye kak siti, ade wa jaga anak2 dia? haram nye ade weh. mua a a a a.
eh Along, sila trim jambangan anda. jap lagi ade yg confuse mane awak mana Mat Top. payah kita.
jangan salahkan anak yang dikandung, salahkan ibu yang mengandung. jangan salahkan makcik2 yang memperkotak-katik kan anak2 buah, bila si Atuknya sendiri memperkotak-katik kan cucu.

oo lebai Bantal. flight haji awal ye balik? mua a a a a.
hah! Ben 10 ada repeat 6pm karang. jangan ganggu wa!
Sunday, 11 October 2009
So when the waiting's done


siap raya, dan2 tu la semua nak beranak. kan.
ni anak abang Syakirin. 2nd, jantan, tanpa nama.

ni anak sulung Yong & kakngah. Emir Mikhail, 1.7kg.

kecik! tapi jari panjang2 do. me likey! esok besar mintak papa masukkan kelas belajar gitar. nanti mikhail "goreng" lagu rock satu, ibu nyanyi. mua a a a.
apa lagi? wa belum mengantuk lagi ni. biadap betul.


bab membazir bagi ke wa la kan. dah la wa tolong sekali pak guard tu bukak pintu Kinokuniya pukul 10 pagi. selambe dek! cari buku Along, tak jumpa. cari buku wa, tak perlu cari - memang ada je. haha.
hmm.

tadi petang (ke semalam petang?) buat jejemput jagung. pon nak cerita?!?? sebab ada yang tak pernah jumpa/makan. hoh? cedaaaaappp! apa lagi wa pulak yang buat. kan. kuangkuangBukitkuang.


okay2. last.

happy deepavali to all who celebrate :)
Tuesday, 4 August 2009
But like a moth to a flame...



tu bulan lepas punya. baru je balut.


mua a a a a. call me tamaks, I don't give a tonyok's ass!! sesi pembaziran untuk kedua2 bulan ditaja oleh MPH, Borders dan Kinokuniya. toche!
tadi (kalau ikut jam, semalam) ronda2 dengan kakngah. walaupun wa rasa wa tak patut cakap benda ni, tapi wa akui kecomelan awak memakai baju mengandung kaler pink tu. tu sebab wa suruh pilih sandal pink tu.
OK cukup! lebih2 sat lagi kembang 2-3mangkuk pulak minah tu. bukan boleh dia.
kitorang pegi 1utama. yong tak percaya wa boleh berjalan sampai ke situ. apadehal la?! tak nya jauh mana pon.
tapi memang le, wa jarang pon pegi situ. entah mana old wing, new wing. chicken wing wa tau. haha. nasib baik ada peta. jumpa la MPH nya. semput makde! besar kemain 1utama tu sampai kami mempertikaikan ruang2 kosong yang ada. rasa nak berlari2 tanpa rasa bersalah.
dapat buku, dah bosan, pegi The Curve. tengah syok kitorang meng-killing some time with our choices of (2scoops-different flavour-each) Baskin Robbins ice cream, kakngah dengan selamba "nani, faizal tahir". wa tengok muka makcik ni takde perasaan. langsung. kan. rupenya dia tak pasti. wa pandang, betul FAIZAL TAHIR!! abang faizalllllllll!!!!! kan. kalau la wa lepas laku, sikiiiitttt je lagi wa nak pegi lari peluk dia. kuangkuangBukitkuang.
dia berdua. siapa entah member dia tu. mula2 dia masuk The Apartment. lama! pastu dia keluar, tak tau dah pegi mana. kitorang bajet dia tak jadi makan kat apartment tu, mahal. ahaha. boleh bayar PTPT-pu sedebuk, takkan tak mampu makan situ kot. kan. abang faizal, ape kata bayarkan sekali PTPT-pu wa? sat lagi dia tampar wa laju2 :P
dah lepak lama sikit dengan harapan menggunung yang si faizal tahir ni tadi lalu lagi. takde makne nye dah. rezeki datang sekali je. haha. masuk Borders. wa rasa kakngah bosan je ikut wa. sori la ye. wa memang suka membelek sampai berjam2. is kenot help.
jadi wa belanja la dia sebijik. ada buy 3 for 2 promotion tu. wa bagi la yang free tu. kakngah, kalau best bagi wa baca. wa tau awak malas balut, wa boleh balutkan sekali.
pastu lepak kat kedai mamak Tesco Ampang, joined by encik yong, encik e, encik rei dan encik kropoK (typo error is purposely done & fully intended). diorang boleh pulak tanya soalan mengarut2 pasal filem2 P. Ramlee. ape ke?! dah le tahap mengarut nya tu, buat wa rasa nak tampar diorang laju2, berkali2. huh.
wa balik, dah TV2 tengah tayang Pendekar Bujang Lapok. cakap kat kakngah, dia kata diorang pon memang tengah layan. ha fikir la pulak soalan pasal filem tu.
oh ye. yong, jangan nyanyi la lagu Purnama Merindu. biar nani nyanyi sorang. tapi nak request ni, kita duet lagu I Want To Spend My Lifetime Loving You - Marc Anthony & Tina Arena. amacam, ada bran?
ni 2minggu lepas punya kes. punya tak nak lari pada atuk nya, si atuk siap bentang sejadah untuk cucu sekali. siap berkopiah! em alahai! masa tu nazmi demam, muntah2. kurus dia. bila dia menangis tu kejap dia panggil mama, kejap panggil ayah. emo wa. sob sob sreh!
abang, anda di mana? lama sikiiitttt je lagi, si nazmi dengan hakimi memang panggil awak 'pakcik' la gayanye. haha. nani ye kan je :D
Tuesday, 14 July 2009
Didn't anyone tell you - you're supposed to break my heart?
tengok la budak "makan budak" ni. buntang! wa tanya Along berapa kilo anak ni. dia jawab 7.3kg. sekampit beras weh! ni stok balik raub nanti wa buat bantal peluk cedappp ni :Dade bear? doktor masukkan awak ke wad kanak2 ye? memang elok la tu. heh.
wa tak tau la nak kesian ke nak gelak.
harddisk tempat isi dosa wa kat awak banyak space lagi kan. cukup sampai raya ni kan. raya ni baru format balik.
Sunday, 28 June 2009
Ain't no mercy there for me
si kimi dah ok, wa pulak yang muntah2 cirit birit nya. apa kes? abang kata, "along yang chemo, awak pulak yang macam org kena chemo nya". along muntah tipu2, nani muntah betul tau. bazir je susu dengan roti dengan telur.
kalau kakngah msg kata, "wa rasa ada benda dalam perut wa" (tu ayat buat wa rasa nak lempang dia laju2), wa nak kata - wa rasa takde benda dah dalam perut wa ni nak dibuang. air masak pon dia nak buang jugak. adoiyay!
Friday, 26 June 2009
And the flames went higher
baru tido. masa wa datang belah siang tu, sembab2 muka. menangis je kot. sakit perut ye.abang kata tak jumpa urat kat tangan, maka doktor cocoks IV drip kat kaki. ee-ouch! tu yang berbalut sakan.
tadi last wa pegi 9.30pm. sempat abih Keliwon, nurse masuk check. ambik temp (36.x), bagi antibiotik, pastu bagi gas. wa tanya kak siti apa gunanya. kak siti kata nak cairkan kahak. wa ingatkan kot gas penenang ke kan. heh. wa nak mintak, aman sikit wa tido. kan. tensi wa seminggu tido ganggu dek batuk ni.
cakap pasal batuk. masa nak naik pegi wad, kat main lobi Ampang Putri tu ada satu banner: "Jika anda batuk berterusan selama 2 minggu, anda mungkin dijangkiti Tibi. Jalani pemeriksaan kesihatan sekarang". huh.
Wednesday, 24 June 2009
Texting
wa: Holohh! Tadi uncle ams tu baru call. Cd dah sampai
Sunday, 17 May 2009
Surat layang untuk kekanda-kekanda ku
wa nak gelak Mandrake sikit. ha-hahah! ha-hahah! ha-hahahahah! nenek kata, ni la cucu dara dia. jadi kepada Abg, awak sekarang ada anak nama SITI NUR NAZMI. mua a a a a! kak siti pon terima dengan redha. cemana tu?Thursday, 26 March 2009
Welcoming...
Tuesday, 24 February 2009
And the world moves in slow-mo
best tak best, best la. action movie kan. yang terkerat separuh. yang bersepai2. the whole 'smack-kapow-ratatatatata-kebaboom'-shebang.
wa book start underworld 11.30am, valkyrie 1.45pm dengan punisher 5pm. pergh. krem urat punggungs wa beb. underworld dah tak ramai tengok kan. panggung kosong. wa suka. kena pulak Ajib stuck kat KTM yang kebabs. maka dia berjaya membazirkan 1 tiket. menci tau. in between movies, sempat baca buku, sempat makan dan sempat makan lagi. wahaks.komen wa pasal movie2 sekalian? esok lusa tulat tonggeng ke wa add review kat friendster. ogak2 geli darah ke, otak bercepai2 ke, takyah le tengok. bazir je kalau duk tutup2 muka. kan.
biasa wa datang KLCC, tengah dia ni penuh. orang jual perfume ke, ada pokok krismas ke, CNY punya deco ke. tiba2 kosong wa rasa kelakar. sikit jakun pon ada la kot :P
last night punya candid. nak tau layan apa? powerpuff girls. mua a a a. remote pada wa kan. suka wa la nak tengok rancangan apa.Saturday, 8 November 2008
You thought that was the end of the story
46 days to go.
wa kebosanan. duk layan rerun Raja Lawak. buat la rerun sampai 100kali pon, wa AKAN gelak guling2 tepuk2 lantai tengok JoZan. tak boleh tahan.
wa baca blog kakngah yang 4bulan bersawang. memang laman sesawang (website) betul! lama tak jumpa kan. rindu ye? anggap je ni praktis. nanti dah kahwin takde la selalu keluar ke, layan wayang ke, dengan wa dah kan. alah bisa tegal biasa. lama2 takde la rindu2 dah. wahaks! boleh gitu? sms la wa lagi banyak2. wa dah bukak buku Geografi. excited nak jawab soalan awak. "Lokasi?" - "Ulaanbaatar. Join?". ok ke ok?
berjaga pepagi buta ni buat perut wa lapar tau. is cannot.
nak story mory backdated punya cer. akhirnya wa berjaya masuk hospital. haha. jaga mak la konon. wa kan anak mithali. ngeee.
2bijiks. tu kira besar la untuk hempedu.
mana ajib? balik langsir katil depan. bawak diri ke ape bai?
membaca la konon kan. padahal wa usha 2-3 doktor ensem tengah ronda wad. mua a a a.
pindah katil depan - dalam pemerhatian. eleh. mak boleh gelak sakan sehari lepas operate. lepas tu sakit. wa dah pesan jangan, dia sendiri yang buat lawak. camne?
niat wa nak tunjuk kabus seawal pagi wa turun breakfast. nampak? kalo tak nampak, sah la. tak sampai jumaat depan la tu. nyeh nyeh!
helep! tali perut berpintal. helep! haha. wa saja nak tarik boleh? nak tengok apa jadi. kan.
la ni mak dah boleh jalan2 cari pasal sampai ke sungai buloh (cari orkid), ke melaka (tengok cucu tuah ngan jebat). handal la konon. pastu sakit badan la. angin la. wa dengan abah jugak yang dengar dia mengeluh.
lepas buat statement camtu, wa patut posing ke posing?
Sunday, 12 October 2008
I twist and turn in the darkest space
my mom was admitted to Hospital Temerloh this morning. will undergo a gallstone-removal surgery. scheduled this coming Tuesday, oct 14th. been having the problem since 2001. got worse earlier this year.
yang wa tau, mak bukan la orang yang biasa masuk hospital. selain daripada memberanakkan kami berempat beradik, ada la dalam tahun 2005 tu dia masuk. tu pon sebab nak kasi stabil insulin, nak tau dos yang betul je. ni pon buat jugak sebab dah tak daya mengidap. nak bergerak pon payah. malam2 terjaga jam 2-3pagi. dia menangis, sakit sangat.
mom in hospital's dress. wa yang berjiwa emo ni, bila tengok agak sebak la sikit. heh. is cannot helep! wa lagi emo bila dia start buat pesanan yang bukan2. adoiyay! dah la wa tak boleh tido semalam.
makde - you are, LITERALLY, a shoulder for me to cry on. nyeh nyeh! pagi2 buta wa dah membanjirkan bahu dia.
mak ni bikin panas tau.
wa sempat candid Dr. Shahrawati tengah amik darah mak. doktor muda. tahun '82 kalo wa tak salah pandang. dengan selamba, bongkak lagi takbur dia cocoks jarum tu. uiiiii wa ngilu.
dengan selamba, bongkak lagi takbur jugak wa mintak mak pose. DAN dengan selamba, bongkak lagi takbur berbakul2 mak meng-pose untuk wa. mua a a a. I lebiu la mak.
la ni abah la tunggu dekat mak. tak le jujur duk tepi katil kan. tak relevan woo. wad perempuan :P abah pon agak tak keruan jugak wa tengok. semalam wa tak boleh tido, tapi wa purak2 pengsan. abah kul 3pagi baru dia masuk tido. entah ape dia buat duk ke hulu, ke hilir, ke depan, ke dapur, bawak kain, amik beg, bawak fail. tsk! jangan la ribut abah. kaklong rina je yang suka ribut2 ni. dia kan siti ribut. ngeee!!
mak duk wad kenanga 7, tingkat 6, katil 24. memang wad pembedahan. ada makcik depan katil mak tu nak buang ketumbuhan dalam perut. aunty sebelah, langgar lari. dia sedar2 dah tepi jalan. kesian dia. tak reti cakap melayu, susah jugak la nurse kalo takde tukang jaga.
tengok board tu, nampak tak "tingkat 9: wad bunga raya 2 - wad diraja". wa nak request tukar ke wad tu boleh? boleh aje? boleh blah? mua a a a.
dua ari ni emo wa agak melampaui batas. wa drive pegi hantar, balik menghantar - emo. cik keli wa "berenang2" di muara. haha. kalo orang lain kena amik anger management therapy, wa kena amik emo management therapy. coih!
kepala wa sakit. wa dah start selsema. ni budak2 office la bawak virus2 demam. wa menci betoi!
Wednesday, 24 September 2008
Trying to let go
hari ni hari emo wa. abg bawak kak siti balik melaka. berpantang.
nazmi bangun awal. dia dengar wa bukak pintu bilik, dia kejar. heh. wa berebut masuk bilik air - nangis. bila wa nak keluar pi keje, dia ngan abg dalam bilik. wa menonong je keluar. dalam kereta wa nangis lagi. nasib la wa punye eyeliner tak rosak :P dekat office pon wa nangis lagi. balik dari office pon nangis jugak. la ni pon mata wa dah sakit rasanye.
ape ke punca ke-emo-an wa hari ni? nazmi la. tsk tsk!
berapa lama dia duduk Raub. kan. start kak siti masuk upsi. atuk dengan nenek jaga. kalau balik weekend, dia la yang kejar ke pintu. daripada belum reti merangkak sampai la sekarang ni dah boleh panjat pintu!
bila dia bangun dulu, dia datang depan muka wa (yang tengah tido ni). mengaum. sambil tu tangan tunjuk kat gambar singa dalam buku Wild Animal dia. tak pon dia datang je dekat kita, menempek. tepuk2 pipi, main2 hidung.
kadang dia cekik kita dengan jari dia. dapat pulak kuku panjang. adoiyay. tak pon datang menggigit lutut/ibu jari kaki. apa kes? amik berkat ke? ikan dalam akuarium tu - shhh (fish). ikan goreng - kang (ikang). ikut abg haikal dengan danial la tu :P
kalau nak mintak kita buat sesuatu, dia tarik tangan kita. kalau nampak orang pakai tudung, dia nak mintak dukung. dia tau tu tanda nak keluar.
wa biasa jumpa dia weekend je. bayangkan apa perasaan atuk dengan nenek yang memang hari2 duk tatang dia. hmm..

"bulu" monster! mua a a a. banyak nye bulu bai.
'muhammad' je. bila nak ada 'siti' nya pulak ;-)

ermm kepala wa sakit!






















