Wednesday 30 December 2009

So Friday I'll be over you


RapidKL start guna 4-car train nya hari ni. merasa la wa naik dari Masjid Jamek ke KL Sentral, setelah berbulan² duk pandang je diorang 'testing² 1..2..3..'. kan. ada sikit cuak + jakun la kan. panjang beb! tren baru pulak tu. cerah je macam dilimpahi cahaya rahmat. mua a a a. kalau sesak macam 2-car jugak, wa antara orang pertama yang tolong mem-vandalize tren tu. tensi wa.

kepada maRk dan kak isma yang buat cubaan meng-gigil-kan wa dengan Kinochikungunya tu, sori la. wa sekarang jiwa kental. sebulan wa tahan, insyaAllah boleh TRY sebulan lagi.

tapi memang gigil sampai ke tulang rusuk no 7 seh!

siapa belum tengok Avatar? moh kita! Cirque du Freak pon macam menarik. eh!

Tuesday 29 December 2009

Kudapan...

sikit punya meriah, kudap² jadah nya. ini stok mentekedarah!





maRk, nasi goreng mana? tuntut ni.

Sunday 20 December 2009

It's a trip!

wah wah wesss! ramai betul yang kahwin musim cuti² malaysia ni kan. dah la cuti, HUJAN pulak lagi. cejuuuuk memanjang ye dak. mua a a a a. so sila book hospital awal². sok bulan 9 - 10 tahun depan ramai le anak² buah. kuangkuangBukitkuang.

selamat pengantin baru untuk kakak Kuteng & pasangan, makteh Baiti & pasangan, jiran² tetangga serta saudara mara sendiri yang sememangnya wa tak kenal. wahaks. mintak mahaps la wa dilahirkan agak kurang mesra alam.

kepada sahabat yang baru mengikat sebelah kaki dengan pasangannya: Syumaimah Mansor a.k.a Kechik - selamat terikat!


bila nikah? bila kenduri? nak kena cek schedule ni tengok busy ke tak. haha. wa ni ada kena tolak dari tingkat 8 ni sok!

Sunday 13 December 2009

Team Edward


went platinum. hoyeah!












dengan siapa lagi kalau bukan kakngah. kan. mua a a a a. kesian Mikhail. ni plan mama ye. ibu ikut je. ahaks.

nasib baik la seat jauh. takde la wa lebam2 kena cubit manjang macam time Twilight dulu. tapi dah nak bercakap pun payah. eh tapi bab nak tengok Edward memang tak boleh terganggu konsentrasi. mua a a a a.

tahap ke-best-an nya: biasa. skripnya: sejibik sejiban dalam buku punya ayat. pelakonnya: B-E-A-U-tiful! heh.

apoo! dah 2nd round ke?