Monday 8 November 2010

Masuk gear, tapi...

Bonda, kalau dia kata "jom!", makanya dengan tanpa melengah2 kan masa kena pantas la "jom". kan. nak dijadikan cerita, sejak jalan baru naik ke Cameron Highland tu dah boleh pakai, kemain lagi la dia teringin nye la pegi. tiap2 minggu wa balik ade je ayat dia, "pegi balik hari pon boleh kan kakde?". jap lagi, "diorang kata dekat je dah, ye kan kakde?". Abah cam biasa la, buat muka seposen je, malas layan. mua a a a a.

tapi duk gedebuk gedebak, jadi ke jadi, jumaat kemarin, sesubuh2 alam Abah kejut wa. "boleh kita ke Cameron nye?". argh!!! wa ngantuk tak sampai 3jam tido. boleh Bah, boleh.

maka 8am kitorang gerak dari rumah. singgah makan kat Taman Mutiara. dalam 8.40am gerak. setakat nak menyampai ke simpang Pos Betau tu OK la lagi. dah penah pegi sampai ke Kuala Medang. jalan kampung, berombak. wa pon dah terang bawak Mak Abah memang tiada la sesi merempit. kan. hoo mak ai letih Makde menyiput :P

tapi jalan Pos Betau - Lembah Bertam tu cukup horror untuk wa yang berimaginasi tinggi ni. apelagi baru tengok 2012. pehhh. sana sini tanah runtuh. jalan mendap. jalan runtuh! bengkak medula oblongata wa. huh. patut la jalan tu tak bukak2.

nasib baik la wa ade DUA CO-PILOT yang sentiasa memantau keadaan sekeliling. haha.

sampai ke Ringlet dekat 11.30am. singgah Shell, lame Makde tahan uolsss! jap lagi kena batu karang siapa nak bayar pembedahan? ahaks. situ ade la angin sepoi2 sejuk nye. sepoi je la. baru naik pegi Tanah Rata.

lepas la hajat nak cuba jalan baru. orang ramai OK. name pon cuti. kitorang naik atas tu memang macam singgah R&R je. nak singgah Kea Farm, semak. pekan Brinchang tu sendiri semak.

sementara menunggu Abah berjumaat, wa dengan Mak sempat la ronda kedai2. wa tengok semua orang yang datang siap berkelubung bagai tu adalah sangat tak releven. siang2 buta tu panas la weh. kot angin pon takde nye sejuk nye de. kalau dulu masa wa kecik2 dulu ye, siap boleh demam. sejuk sangat.

lepas kami pulak berzohor, makan. wa dah gigil. brekfes makan nasik lemak sepinggan tak cukup. ye. kalau Mak yang buat wa makan sampai periuk boleh basuh. OK. lari tajuk. siap2 makan, 3.30pm turun. 6pm sampai rumah.

kejap dan takde buat ape pon. kan. memang semata je. tiada la souvenir yang menarik, selain dari 3 tunas pokok bunga raya yang Bonda & Ayahanda patahkan untuk tanam kat rumah. heh.

tapi ade satu kesah yang wa rasa kena cerita, walaupun ade unsur2 kedurhakaan. Bonda ni homeh orang nye. bila drive tu tak perlu pasang radio. penglipur-lara dah ade, in person. kalau takde cerita, dia akan cari cerita. maka nye dia cerita la.

satu hari dia dengan Abah pegi ke Bentong. wa lupa kemana, tapi sampai satu tempat ni diorang berhenti. Mak tinggal dalam kereta, Abah matikan enjin. pastu Abah turun pegi memetik pokok apekejadahwalupe. dah siap, dia pon pegi la balik ke kereta.

dah simpan semua, masuk kereta, dengan penuh semangat nya Abah masuk gear, lepas handbrake, gerak. tapiiii!!!! enjin tak dihidupkan pon...

tak ke sampai nak putus nafas orang tua berdua gelak? :D

al kisah nya, wa penah buat benda yang sama. tak caya tanye Ajib. ngehngehngeh. kira confirm la tu Abah wa. kan? nyiahahaha.

raya haji lagi 3 hari.

kalau sebelum ni, hasil daripada anak2 yang pegi/balik Kolumpo/Raub, tiap2 minggu, sekelip mata je, Mak kata "korang ni dah macam ke tandas je pegi balik Kolumpo tu kan". haa sekarang nak pegi Cameron Highland pon dah boleh cakap benda yang sama :D

Sunday 7 November 2010

"Retired, extremely dangerous"


RED = The Expandables + the A-Team + every other Willis' movies. kelakar, kelakar, ummm dan kelakar. oh ye, wa suka Bruce Willis. jadi nye, kelakar :D


Takers = Italian Job + Ocean's movies. cerita nye ntahapeapentah. boleh? wa rasa rugi je si pelakon2 yang sedia establish tu berlakon. tak mencabar langsung. time TI merepek meraban tu lagi la. dah macam pengulas sukan. kot ye pon dia tukang buat movie nye kan. haihhh.


3-4 bijik Rock Corner wa ronda. tak jumpa Stone Sour. siapa suruh tak sampai stock lagi. kan. wa sambar Artic Monkeys. Slash pon menarik bunyi nye.

last pegi AMS jugak. Along, nani dah order apokojadah awak ye, saing CD nani. harap maklum.

Sunday 31 October 2010

Slip to the void

move over, Adam Lambert. it's non-gay, hard rocking Alter Bridge's turn. haha. OK la kan. nak masuk 3minggu tak hilang lagi angau parah juge la kita.


3rd album. wa sukaaa la lancung2 mereka2 yang bersuara sedap ni. kemain tinggi dia tarik, cirit wa dengar. bunyi ada sipi2 lain la dari album sebelum. diorang kata apa, evolve? Evo X? eh? sekali dua dengar tu rasa jugak la lain nye. masuk kali ketiga dah boleh diterima hati dan perasaan terus chenta. untuk wa la tapi nye kan.

oh ye. ada la pada suatu hari yang musibat, si Carlo Rina ni BBM wa cakap dia pegi kedai buku. wa pon, OK. so? Kaklong kata dia beli 5 bijiks hardcover, just over RM100. HARDCOVER OK!!!? wa beli Blood Canticle pon RM99.90. tu baru sebijik, inikan 5bijiks!!! oo mak ai.

wa tak puas hati. Kaklong letak gambar sekali. siap tayang tag harga. wa tensi.

nama kedai nya BookXcess, dekat Amcorp Mall. jual overprinted books. up to 70% off. NEW books. tapi limited. yang mana ade je. kalau takde tu, kira takde je la. dia letak list buku yang available dalam website. boleh download pdf je.

makaaaaaa dengan tanpa rasa bersalah wa telah meng-google jalan ke Amcorp Mall dan voila!


sebakul penuh wa sambar. siap keluar announcement kedai nak tutup. ade wa kesah?! sila tengok price tag dan nikmati ke-diskaun-an nye. beli RM100, free 3-year-membership (5% diskaun every RM50 & above dan 10% for RM150 & above).



wa punya dia buat dua resit. satu untuk dapatkan membership, satu untuk dapat diskaun 5%. total kerugian (bak kata Kaklong) adalah RM198.70 (hasil 5% off 2nd bill). daripada regular price yang wa congak2 lebih kurang RM500 +/- for 14bijiks buku. fuh!

bila datang gila wa. kan.

next, Audio Secrecy (Special Edition) (CD/DVD) by Stone Sour.

Wednesday 20 October 2010

So if you hear this cry...

kehadapan aBangla ku, MOHD NIZAM BIN SHAHARUDIN. patut la Mak awak sakit dada. asal ada bunyi kereta kat luar, Nazmi: "ayah!". asal dengar je bunyi kunci, Nazmi: "ayah balik!". asal terbukak je pintu, Nazmi: "De, Ayah anne?". Kimi sambung kat belakang, "yayah? yayah? yayah?!!".

oo mak ai.

yayah... jangan sampai De nyanyi lagu Aishah 'Pulang Lah'. nangis jap lagi :P

Tuesday 19 October 2010

Cause the voodoo that you do is all that can do to make me into your fool


Adam Lambert Glam Nation Tour 2010 Live in Kuala Lumpur, 14 October 2010. hoyeah. 5 hari kemudian wa baru hilang sikit la terkesima nya :P oo mak ai. member hensem kemain. kan. gay pon gay la. nganganga.

wa tau pasal konsert yang ni pon dah lewat. dapat tau pasal Paramore je. tiba2 Kakngah boleh "de! Adam Lambert nak datang Malaysia!". homaigodhomaigodhomaigod! kan! tanpa berlengah la
gi wa google sana sini. tiket boleh dapat kat Rock Corner. wa serbu The Curve.


3minggu je tinggal. excited tu kurang lagi. setakat bangga dapat tiket je. hakhakhak. tapi dalam kereta dah pasang CD dia je, duk repeat sampai nak muntah. sampai mimpi pon nyanyi lagu Adam Lambert jugak la. eh tak. yang part mimpi tu wa tambah cerita je, saje nak bagi panjang sikit blog ni. mua a a a.

lagi seminggu tu dah macam suam2 kuku dah excited nya. wa msg Kakngah, Kakngah msg wa. sehari sebelum kejadian, wa dah tak boleh nak pasang lagu. senyap pana. kalau pasang wa rasa wa boleh kena attack cholera. hakhakhak. balik malam, wa duk klik2, sekali terklik Sony Music Malaysia punya FB. ada yang post gambar Encik Adam ni dah kat KLIA.


wa terus kena sawan. tak tipu. malam tak boleh tido. macam la nak jumpa dia pon kan, pegi tengok konsert je padahal. dari jauh pulak tu. wa memang excited over sikit.

hari kejadian.


kemain tebal bedak wa kan. bukan selalu pung. haha. separuh jalan dah cair.

on the way pon senyap pana. menghayati keterujaan. sampai sana, lagi ramai yang melampau celoreng nya. oo mak ai.

Stadium Putra ni tertutup, numbered seat lagi. jadi tak perlu berebut langsung. d
apat pulak style seat nya rapat, sempit dan SANGAT CURAM. akak gayat uolsss! wa dengan Kakngah pulak nak berpandir2 mencari seat. nasib baik tak kena halau balik je. heh. walaupun jauh, masih jelas. bab Adam Lambert tu nampak aje :P

jadual kata 8pm start. kitorang pon jujur la kan. tunggu punya tunggu, so
und techs duk soundcheck, pasang lagu itu ini nak menghavockan keadaan. kebetulan crowd Malaysia ni sporting kan. semua lagu pasang, semua lagu nyanyi sekali. 1Malaysia! ada segerombolan adik2 duduk selang satu seat belakang kami. diorang menjerit dari konsert takde gaya nak start, sampai ke konsert dah habis, macam kena rasukan ablasa! wa siap tanya Kakngah kot dia ada bawak lada hitam. nak dijampi ke budak2 tu.

budak A, "Adam I love you!". budak B, "I love you more!". budak C, "me too!". tak sampai 3saat lepas tu boleh dengar ada sorang yg mengira, "one.. two.. three.. ADAMMM LAMBERTTT!!!". wa bajet keesokan harinya masing2 kena demam tonsil je la.
dah puas tunggu ni, agak2 8.15pm lampu semua dimmed. slot opening
act. sapesapesapentah!!! Iqwal, Dennis Lau & Danell Lee. kitorang dah, "who the?! what the???". tumpang sorak je la. bawak lagu yang dikenali ramai. boleh la kan. lepas 15minit camtu dia boleh on balik lampu. lah? Adam nya takmau keluarkah? kitorang dah buat konklusi sendiri, "mamat ni pagi tadi makan nasik lemak. pedas sangat. tu yang cirit sampai ke malam. lambat sikit la start nyanyi nye".

semalam wa google, rupanya ada aktiviti sampingan kat luar stadium. y
ang dah di dalam stadium ni memang tak sedar dunia dah kan :P patut la dia lewat. huhu.

tapi kitorang tetap la dengan cerita nasik lemak tu kan. mua a a a.

around 9pm lampu dimmed, "Moon shine on the bayou...". hoooooooomaaaiiiiigoooddddd!!! wa dah, "Kakngah, Adam Lambert!!!" sambil tunjuk kat bawah.


wa cubit dia, dia cubit wa. masing2 menjerit macam nak kiamat, pastu senyap. siap boleh terkesima kat situ. untuk 3 lagu pertama memang kerja kami menjerit, pastu senyap terkesima. geleng2 kepala tak percaya. pastu sambung jerit. boleh?!

masa pegi tengok My Chemical Romance pon tak tergamam macam ni OK.
agak2 dah lega sikit, baru boleh start amik gambar pulak. tapi sebab kamera
wa adalah sangat tidak DSLR, jadi blur la amik gambar biasa. maka nya wa adjust2 setting, boleh la record video. soundnya mantap la didengar walaupun kamera ciput. (dalam proses meng-hupload lagi).







persembahan mantoppp! suara dia yang tinggi melambung tu memang terbukti cecah siling stadium. tak tipu punya. takde masalah langsung dia nak tarik2 tinggi2. tak payah angkat2 kaki ke, angkat2 kening ke, semua sampai aje.

dan seperti yang dijanjikan, tiada aksi2 lucah di luar tabii :P mua a a a. kalau tengok youtube konsert2 lain tu, pantang ada masa je, naaaakkk je dia mencium brader bassist dia tu kan. ehhh! tapi kan, penonton malam tu sebenarnya ramai mak bapak. sebab diorang jadi peneman/guardian anak2 ni kan.

Kakngah gerak awal sikit. kalau keluar time konsert habis jap lagi jem. kot si Mikhail Lambert tu menjerit sampai cecah bumbung, siapa nak jawab? mua a a a.

tapi takde la awal mana pon kan. dan2 Kakngah keluar, Adam Lambert buat ala2 macam konsert habis gitu. lampu belum pasang tapi. standard gimik nya la tu. memang akan ada encore. tak lama lepas tu dia masuk main 2 lagi lagu. superb!

setlist lagu untuk Malaysia:

01. Voodoo
02. For Your Entertainment
03. Down The Rabbit Hole
04. Ring Of Fire
05. Fever
06. Sleepwalker
07. Whataya Want From Me
08. Soaked
09. Broken Open
10. Aftermath
11. Sure Fire Winners
12. Strut
13. Music Again
14. If I Had You
ENCORE
15. Mad World
16. 20th Century Boy

10.30pm tamat. 10.40pm wa sampai kat tempat parking. wa lepak dalam kereta sampai 11.30pm. tunggu jem orang nak keluar dari parking semata. ramai tak ramai nye orang, paper ahad kata ada 15000 orang. pergh!

patut la dapat 'Swarm batch' dalam foursquare :P

balik sempat drive thru. walaupun muka dah gaya kuntilanak, ada wa pedulik? wa kebulur.

drive sambil mencekik dalam keadaan telinga berdengung, tekak ala2 perit, tanpa sebarang muzik. wa rasa kalau pasang radio, macam wa menduakan konsert dia tadi. mua a a a a a.

GILA BABI BEST SIAL! BABI SIAL PON TAK BEST GILA MACAM TU!

korang paham tak ayat 'membesar2kan' cerita wa tu? tak paham sudah.

OK. bagi wa angau, lagi 2-3 hari cukup la kot? genapkan seminggu ke kan. pastu wa nak meng-UNgay-kan diri. Alter Bridge ada keluar album baru.

gambar2 cantik di atas adalah hasil kerja tangan orang lain yang wa curik dari dalam Sony Music Malaysia & HitzFM punya Facebook. harap maklum.

kecuali gambar wa tu la. kan.

Saturday 25 September 2010

Eek??!?

Bonda: "Kakde! Along kata awak bawak keta laju!"
Wa: "hah?!"
Bonda: "ye. Along kata nani tu membawak keta nye laju kemain."
Wa: "err?"
Abah: "nye berlumba dengan Satria putih. ye? perempuan jugak."
Wa: "ngeee..."

kantoi!

akak Satria tu la yang menggelabah tiba2. siap jeling2 wa kat side-mirror. pastu siap pakai spek hitam tiba2. oo mak ai bajet cun pulak. kan. dia ingat dia je pandai bawak kereta macam lahabau?! wa pon reti. eh? mua a a a a.

ooo. Mohd Rizal Shaharudin, dah report boleh pulak lari balik Kemaman ye?! balik Raub kita setel! :P

Friday 24 September 2010

If you hear me let me know

wa keluar kereta je, dari jauh sayup2 dengar si Nazmi jerit "Adhe! De! De!". pandai pulak dia bukak pintu. kan. pastu selambe dek dia je pulak nak bising padahal adik nya tengah tido. ehh!

pastu dan2 wa bukak pintu rumah, Nazmi boleh tanya dengan penuh kesyahduan: "De... anee car ayah?". oo mak ai. lagi seminit nak tuptuptup air mata wa. KU TAHAN JEBAT.

kepada Abangla a.k.a Mohd Nizam Shaharudin, kepulangan mu dinantikan. harap maklum.

blog wa bersawang. siap ada lipas. bongok.

Monday 28 June 2010

I. Miss. You.

wa nak buat siaran ulangan.

mak kata, atuk pernah cakap: "ade gegula dalam mulut dibuang. diluahkan. nak ke telur lelabe."

dia punya bidalan agak up-to-date untuk zaman itu. wa bangga.

2010 adalah tahun ke-8. al-fatihah...

Monday 21 June 2010

I am 26.

3 in the AM. wide awake. and I'm watching The Powerpuff Girls. I loike.

ya Allah ya Tuhan ku, agak2 panjang lagi ke umur?

semoga.

amin.

Monday 24 May 2010

Now your nightmare comes to life

wa baru balik sejam sudah, bermastautin ke Puncak Jalil dari petang jumaat. tengok Yong memperkotak-katik kan Mikhail sambil2 wa bergosip dengan kakngah. dan usha harga repair.

debush! rasa nak pegi naik KLCC tingkat 37. tak mau tinggi sangat. gayat :D

siap layan final AF8. tak penah hayat tengok, tapi sebab budak2 kat office duk kecoh2. jadi wa nak tau apa yang diorang kecohkan sangat. ehh dan2 tu tangkap cair de! kepada encik Shahir, sila simpan kembali janggut anda. tanpanya anda adalah sangat JAMBOO.


iskenot!

wa bosan.

Thursday 20 May 2010

As wa promised

ada yang buat aduan rakyat kat wa. ngape tak mention nama masing2, sedangkan diorang la yang pertama-tama mendengar rintihan. PERLU!?!! :P eh korang ni mengada betul la. nak sangat kan? ha meh wa tag kan sekali.

ucapan jutaan terima kasih kepada sahabat2 yang tak tentu arah ni:

Maziyah Abdullah: keep on JELAS! hakhakhak.
Syumaimah Mansor: request sediakan karaoke lagu best2 nanti masa kenduri. dah masuk kelas vokal ni.
Ainor Mazwin Zainal Abidin: kalo orang cakap tak suka, kalo orang marah, tu tanda orang amik berat. tu tanda orang sayang kat awak. tu sebab orang sibuk2 pasal hidup awak. jangan emo manjang. banyak jerawat timbul. mua a a a a.
Nurismawati Ibrahim: bila nak buat Facebook?

amik. nama penuh wa letak. nasib baik takde no IC korang wa simpan. kalo tak, dengan alamat2 rumah wa tayang kat sini. no phone? jangan bajet hot-stuff sangat ye - 'obses terhadap diri sendiri' tu kurang elok. nyiahahaha.

korang seorang yang kelakar. eh. 4 orang la jadi nya kan.

ha ape lagi, Milano sorang sepinggan untuk wa!

Wednesday 19 May 2010

And beg God please have mercy on me


15 May 2010. wa dengan rasa bangga, bongkak lagi takbur menerima kereta ni dalam keadaan suci dalam debu. sebab depan kedai tu becak, jadi belum ape2 comot sikit la tayar kan. takpe la. pakcik tu bagi free air freshner. pandai pulak dia pilih yang lembut2 baunye. minyak pon dia topup kan sampai separuh. wa punya excited sampai lenguh la pipi duk mengerang busuk sampai ke sudah. malam, siap bawak masuk rumah, tido depan tv same2. mua a a a a.


hari ketiga. 17 May 2010. wa pagi wa nak pegi kerja. wa gerak dari Raub ke KL. nak dijadikan cerita. lepas tol Gombak, tepi belah kiri tu kan simpang keluar dari UIA. ada lori panjang lalu. jadi wa yang sememang nak kekiri habis ni kena la slow. wa dah la sememang nye slow, sebab baru gerak semula dari toll booth.

agak2 dah lepas sikit lori tu wa makin rapat la ke kiri. tiba2... KELEPAP! entah dari mana la muncul makhluk Allah yang sekor ni, melekat dekat side mirror kiri wa.

warasanakpengsandan2tujugaktapijaplagiterukpulakjadiwamengucapsepanjangtembokbesarChinasehinggawarasanakputusnafastapitakputus2cumarasamacamgelapsikitlamasadepan.

motor. budak. "sori la cik, saya laju sangat tadi."

sumpah bila wa ingat balik sebenarnye wa tak tau ape perasaan pada ketika kejadian. wa bajet bila turun kereta tu kan, wa akan nampak bergaris je pintu2 belah kiri tu.

yang jadi: chipped paint kat side mirror, segaris kemek kat pintu belakang, setompok kat depan. argh! patah hati wa. pataaaaaah!!!

bak kata Shidah, time kita bawak elok2, time tu la orang lain nak buat hal.

dah la sebelum tu wa dah mengelak satu kejadian. kat Bentong, kalo dari Raub, kan sebelum masjid tu ada kawasan perniagaan baru belah kanan. ada la sebijik loriharamjadah ni dan2 tu la dia nak brek masuk simpang ke situ. abih tu tak ke semua orang yang sederet dengan dia kena brek emergency? wa memang biasa kalo brek mengejut ni, lepas wa brek wa pandang belakang. apa wa nampak? uncle bawak wira laju je menuju bontot wa. heh. wa dah ready nak tadah airbag ke muka je dah. siap skreeeettt uncle tu kat belakang.

toche uncle sebab berjaya brek.

toche jugak kepada kakngah dan yong yang melayan luahan perasaan wa. wa tau, wa tengok benda nya kecik je. tapi tiap kali wa tengok tu jugak la pecah berderai2 hati wa. ecewah!

kalo la wa gerak cepat sikit. kalo la wa gerak lambat sikit. kalo la wa tak datang je terus. boleh!!? isk isk.

wa tak cerita lagi kat mak ngan abah lagi. kalo mak tau, belum sempat wa abih cerita dia dah maki wa dulu. pastu dia tarbiah lebih sikit. pastu baru dia kesian kat wa. tu pon kalo dia rasa nak kesian. walaupon wa mangsa kejadian. haih.

sedih wa de. tak tipu. wa tak nangis lagi ni. tengah kebas.

Friday 14 May 2010

Hey kenapa? Nangis ke?!

wa rasa ditipu hidup2. wa rasa la kan. mungkin sebab percakapannya tak serupa bikin. atau mungkin setiap apa yang dikatakan, terselit lobang2 yang menyerlahkan keraguan. atau mungkin juga tingkah lakunya menampakkan tanda2 curiga.

ceh.

takpe. wa seorang yang simpan dalam. pendendam gila tak hengat. pengakuan ikhlas ni! wa takkan maki depan2. wa buat diam. wa akan ingat sampai mati. jangan risau.

wa nantikan penjelasan yang sebenar.

dan persoalannya, siapakah makhluk Allah yang sekor ni? dah ada yang nak buat pengakuankah? takde?

kita tengok siapa yang termakan cili!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday 12 May 2010

But I crumble completely when you cry

apabila bonda berkata, "saje telipon, dah lama tak cakap ngan kakde".

erk? timing baik pulak tu call disaat2 emosi wa kurang stabil ni. ehh jap lagi, sejam setengah kemudian kot wa tercongok depan dia ke, terkujat pulak kan. dapat anak 'bisu' macam wa memang tak dapat nak tolong la :D


memang ye sungguh nya nak berborak kosong pon. duk tanya mana anak2 dia yang lain. masalah nya mak, nani pung tak tau. diorang semua berada dia luar kawasan, out of range. masing2 bluetooth off. unreachable. please try again later. mua a a a.


boleh pulak lagi bagi harapan palsu kat wa. kitorang lalu.. kitorang nampak.. kitorang singgah.. ada.. tapi bukan.. ehh! tiba2 abah call balik mintak belanja nasi ayam. apakah? "dah makan? kot belum nak suruh belanje sebarang nasik ayam ke, kan. ni dah nak dapat..." hak hak!


sirius black!? bukan lagi harapan palsu ye. wa dah nak berguling kegembiraan. kakngah!! dah boleh beli cekodok!

Sunday 18 April 2010

Meong?

Along: Meong... mana?

wa tanya Along 'meong' tu ape. dia balas 'efek kemo'. ahah! Long, awak agak² macam overdose ke, cepat² la kasitau doktor nye. payah pulak kita esok :P

laman sesawang ni nampak sangat bersawang nye. kalau la ada syarat "there have been no activity(s) since the last two decades.." kan, dah lama blogger ni clear kan akaun wa. heh.takde ape nak dicerita. kalau ade pon kena simpan dulu. sat lagi wa overexcited, kot tiba² tak dapat, wa jugak yang frust lompat rel komuter Kuang.

walaupun sebenarnye wa memang dah teramat excited nye. heeeee :D kepada encik Abang, ribuan coklat choclare dan terima kasih di atas kerjasama anda. nanti nani bawak ronda² keliling BTP ye. nyeh nyeh.

orait wa nak sambung menelaah bahan bacaan yang dipenuhi unsur² khurafat dan tahyul.

meong!

Saturday 3 April 2010

Eh hujan?!

Mak: dulu mase Mak ngandungkan kakde, ade la satu ustazah ni. Dia ckp kalau nak anak yang baik, dengar kata, baca surah Maryam, untuk anak perempuan. Jadi Mak pon baca ke la.

Wa: abih teh Mak dapat la anak perempuan yang baik tu? Ngee :D

Mak: entah la. Mak tengok takde pulak org nmpk ke dia nye. Haha.

Mua a a a.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday 22 March 2010

Dalam hati ada taman

wa sekarang separa OKU. sebab wa berjaya mencederakan gegendang telinga kanan wa sehingga menyebabkan wa hilang deria pendengaran, temporarily la harapnye kan. sumpah pa-ne sebelah. siap kebas sampai ke rahang. suara dan denyut nadi wa pon musuh wa sekarang. rasa cam, wahai cik jantung stop kejap bleh? sok betah sambung balik. wah. tu bergurau kasar namanye.

Dr Md Soep tu cakap, sambil dia duk godek² telinga wa kan, "woo ni bahagian dalam nya ni ha, dah bernanah gegendang. biasa nya kalau ada batuk selsema yg kena mcm ni". erk?! wa sehat sesehat² alam ni cemane dokter?

wa lupa tanya kot doc tu asal orang Kuala Atok ke kan. name Md Soep. nganganganga :D

tadi pegi kenduri ex-officemate wa, Hani. nama betul Siti Marliani rupanye. baru tau. tah mana datang 'hani' ntah. lain la wa. kan. haha. nak jugak. mencari rumah dia je sekian. selama² alam wa hidup di kolumpo ni tak penah langsung masuk dalam Cheras tu betul². kan. mekasih la dengan terciptanya Google Earth, mudah, cepat dan tepat. serta disusuli dengan bukaan mata hati yang luas dan suci. heh.

yang wa tak paham tu, duduk rumah selang setingkat je. naaaaakk jugak buat kenduri asing², lain² hari, lain² tempat. membazir itu amalan syaitonirrajim... mua a a a a. takpe la. buat la. sok kenduri wa kot ramai pulak yang bebunyi wa jugak yang bising. kan. eh.

pulak tu nak bersanding nye dah kul 2ptg baru nak buat. yang mana dah balik, selamat dah. becak nok becak! panas berdengit gitu. kot nye bersanding kat dewan philharmonik ke, tak ke sejuk sikit. sampai subuh 3hari kemudian wa sanggup tunggu. buat pulak ada anuar zain kat sebelah nyanyi. kan. nyeh nyeh!

boleh sambung lagi bukan tadi dah abih?!

lepas tu pegi klinik, lepak makan wafito. beli Subway Along (wa masih tak boleh menerima, makan keping² daging yang rupa macam mentah tu. is cannot)

rempit pegi Hospital Ampang. Makde ngan Aide dah sesat² sampai ke Pantai Ampang Hospital. keliru kan situ. ha ni yang wa rasa ada ala² cerekarama tv3 sikit. wa rasa tak sampai sejam pon diorang kat situ. wa sampai², Aide ni tengah buat sesi perbualan serius la gayenye. jadi wa nak tegur huha² pon takde nye la kan. tak lama lepas tu Makde bersuara sikit. lepas tu dia sebak, wa pon sebak. lepas tu dia nangis, wa tahaaaannnnn sebab mekap ade lagi :P lepas tu dia peluk Along. "dah makde nak balik". dia blah.

eeeehhhhhhhhh!

Makde! nani tak sempat nak peloks pung! wa pulak yang ada rasa nak emo sikit. kan. takpe. nanti rajin kita gosip bila nani balik Raub. kalauuuuuu rajin.

kat telinga kanan wa yang dah tak mendengar ni, wa dengar bunyi macam orang memberus baju kat bilik air. tapi bunyi nye berbalam² macam 10batu jauh nye. serius!

Wednesday 3 March 2010

La Nuit du chasseur

excited je wa cari complete series of Percy Jackson & the Olympians. kemain selongkar, kemain "dik boleh carikan akak buku ni...?" last² dapat 3 je. coih. sedar² dah "dear customer, we are closing in 30mins". hoh? eh sempat lagi ronda seround :P

dan wa jumpa:


harga - RM104. 20% lagi dah tinggal RM83. semata! bersyukur la tahap ke-meroyan-an wa pada mamat ni dah turun setakuk. heh. kalau tak, mau jugak wa rembat beb. gigil!

yang wa tak berapa boleh terima kenyataan nya:



nasib dia tak letak 'Bulan Baru' ke, 'Anak Bulan' ke. kan.

Tuesday 16 February 2010

Do you really want me dead or alive to torture for my sins?

[11Feb/23:47] kakngah: Blk sabtu?
[12Feb/12:43] me: Ha wa blk sok. Awk blk ptg ni jugak la?
[12Feb/23:57] kakngah: Wa mimpi tsunami mlm td. Wa ngan awak ada di tpt kejadian. Isk
[12Feb/23:57] kakngah: Wa dr smalam kt raub..
[12Feb/23:59] me: Mua a a. Ari yg wa tanya awk sihat ke x tu, mlm sblum nya wa mimpi awk dah xde :P Wa siap menangis sampai jaga. Ahaks
[12Feb/13:02] kakngah: Erk? Lg xtreme.. Wa mmg dah nk mati ke ape
[12Feb/13:05] me: Jgn gitu ah. Eh citer xabih lagi. Lepas dah mati tu, awk bleh blk plak jumpa wa. Wa nangis² tanya ngape tinggalkan wa sorg². Bleh?!
[12Feb/13:06] kakngah: Kire wa jd antu la?
[12Feb/13:07] me: Agaknya la kot. Lepas tu wa jaga dah
[12Feb/13:08] kakngah: Gilak? Jd antu wa x diterima bumi siot..
[12Feb/13:10] me: Ala blk kejap je kot, utk menenangkan wa yg kesedihan ni. Wa kan syg awk
[12Feb/13:12] kakngah: Eceh.. Sirius wa simpan msg awak ni. Mua a a.. Yg wa mimpi tsunami tu, kite kene. Tp x mati.. Lepas tu wa cari awak cm org gila. Jumpe siot!
[12Feb/13:14] me: Awk cari wa? Wa simpan jugak la msg ni gayanya. Tunggu blog wa
[12Feb/13:19] kakngah: Mua a a.. Ha la.. Wa cari, jumpa n masih hidup! Dasat mimpi wa

apoo! kata nak singgah rumah? dan² dah menuju Puncak. wa nak peluk ni...

Wednesday 10 February 2010

I. See. You.


wa selalu fikir. apa lagi pagi² buta, time² mata wa buntang lagi, sakit² kepala, tak boleh tido. kan. ye ke ye wa ni anak mak wa? haha. boleh gitu? mana le tau kan. dah dapat 2 anak jantan, rasa nak pulak sangat anak perempuan. kot nya pungut wa merata tepi jalan je ke. heh. sebabnya, nak kata ada mengikut perangai dia, jauh panggang dari punggung la. tak nya ada de. mak sendiri mengakui kebenaran tu :P

tapi bila balik ke kampung, asal jumpa je sedara ke kan, "em alahai, dia ni ha sebijik ghupe si azie nye mase kekecik dulu hae!" (sila baca dalam loghat Kuala Dong). sambil tepuk² lengan wa yang geboo ni. mua a a a a! kemain mengeletik² wa suka dengar :D kira konpem wa anak mak la kan.

kecoh.

wa nak cakap wa rindu sebenarnya. 3minggu (aje padahal!) tak balik Raub. wa gigil nak dengar dia membebel.

mak, manik mutiara kaler merah takde. kaler hitam banyak. nani suka la sangat kaler hitam. kalau wa belikan jugak yang hitam tu, konpem dia buatkan bubur manik hitam suruh wa makan.

encik hanjing - tolong sadap. sila cari blok lain nak melolong. jangan menggangu jiwa wa pepukul 3 pagi ni weh!

Monday 1 February 2010

Dayummm!


the angels are killing each other, again. yang jadi watak jahat² yang merasuk² tu malaikat jugak. ceh. boleh? kemain senang nak bunuh. tembak je. tak perlu berkuntau² nak ber-pendinding nya :P

tapi bila Paul Bettany buat watak kasar macam tak kena je. kot? bila dia muncul je wa rasa, cam, holoh² comei do! mua a a a. cemane ke? kalau Gabriel dulu, kemain cepat, kemain laju je cerita nya. pasal 2 watak yang sama jugak, Gabriel & Michael. Legion ni dah banyak pulak dia membebel, nak selamatkan baby je padahal.

ending macam nak buat Legion II. kasi remake dulu yang ni boleh agak²?

selingan.


wargh dieee!!!

Wednesday 27 January 2010

That escaped from my mouth...

tiba² wa teringat. ada 1 weekend wa balik Raub. tidur depan tv, di-join oleh atuk dan cucunya. dalam 1am gitu wa terjaga. si atuknya dah berkeruh tak hengat, si cucu tengah pegang remote - channel surfing! mua a a a. remote tu pulak agak usang. sekali sekala kena ketuk sikit. tu la jugak yang dibuat nya. sebijik si nazmi meniru atuk nya. wa terjaga lagi dekat 3am, dia dah tidur. heh.

and my Ahmad Bantal has finally losing his bantalness. wwwaaaiiii???!!!

Saturday 16 January 2010

You are the only exception - among others!

haha.


first time wa tengok gambar Garnier ni pada booklet Watson's. wa rasa macam masa tengok Twilight, mula² si Edward Cullen tu keluar. sengeh mengerang busuk dari mula sampai habis. sampai lenguh pipi rasa. mua a a a a. kan kakngah kan kan!

aduh hensem sial. sial pon tak sehensem ni.

indahnya ciptaan Tuhan!

ok. cukup.

Friday 15 January 2010

Happiness for misery - I want it!

phone rings: "happiness for misery, I-"...

wa angkat. wa dengar. a moment of silence... "Dapatkan nada terbaru untuk nada pemanggil anda".

a song fade in: "adakah perasaan benci ini"...

wa hang up tanpa rasa bersalah. kemain tekad lagi Celcom ni beriklan. 45 kali dia sms iklan CMT nye tu, 45 kali wa delete. last² siap call?

sekali lagi dapat sms tu wa nak reply "ada wa kesah?!!".