Monday, 8 November 2010

Masuk gear, tapi...

Bonda, kalau dia kata "jom!", makanya dengan tanpa melengah2 kan masa kena pantas la "jom". kan. nak dijadikan cerita, sejak jalan baru naik ke Cameron Highland tu dah boleh pakai, kemain lagi la dia teringin nye la pegi. tiap2 minggu wa balik ade je ayat dia, "pegi balik hari pon boleh kan kakde?". jap lagi, "diorang kata dekat je dah, ye kan kakde?". Abah cam biasa la, buat muka seposen je, malas layan. mua a a a a.

tapi duk gedebuk gedebak, jadi ke jadi, jumaat kemarin, sesubuh2 alam Abah kejut wa. "boleh kita ke Cameron nye?". argh!!! wa ngantuk tak sampai 3jam tido. boleh Bah, boleh.

maka 8am kitorang gerak dari rumah. singgah makan kat Taman Mutiara. dalam 8.40am gerak. setakat nak menyampai ke simpang Pos Betau tu OK la lagi. dah penah pegi sampai ke Kuala Medang. jalan kampung, berombak. wa pon dah terang bawak Mak Abah memang tiada la sesi merempit. kan. hoo mak ai letih Makde menyiput :P

tapi jalan Pos Betau - Lembah Bertam tu cukup horror untuk wa yang berimaginasi tinggi ni. apelagi baru tengok 2012. pehhh. sana sini tanah runtuh. jalan mendap. jalan runtuh! bengkak medula oblongata wa. huh. patut la jalan tu tak bukak2.

nasib baik la wa ade DUA CO-PILOT yang sentiasa memantau keadaan sekeliling. haha.

sampai ke Ringlet dekat 11.30am. singgah Shell, lame Makde tahan uolsss! jap lagi kena batu karang siapa nak bayar pembedahan? ahaks. situ ade la angin sepoi2 sejuk nye. sepoi je la. baru naik pegi Tanah Rata.

lepas la hajat nak cuba jalan baru. orang ramai OK. name pon cuti. kitorang naik atas tu memang macam singgah R&R je. nak singgah Kea Farm, semak. pekan Brinchang tu sendiri semak.

sementara menunggu Abah berjumaat, wa dengan Mak sempat la ronda kedai2. wa tengok semua orang yang datang siap berkelubung bagai tu adalah sangat tak releven. siang2 buta tu panas la weh. kot angin pon takde nye sejuk nye de. kalau dulu masa wa kecik2 dulu ye, siap boleh demam. sejuk sangat.

lepas kami pulak berzohor, makan. wa dah gigil. brekfes makan nasik lemak sepinggan tak cukup. ye. kalau Mak yang buat wa makan sampai periuk boleh basuh. OK. lari tajuk. siap2 makan, 3.30pm turun. 6pm sampai rumah.

kejap dan takde buat ape pon. kan. memang semata je. tiada la souvenir yang menarik, selain dari 3 tunas pokok bunga raya yang Bonda & Ayahanda patahkan untuk tanam kat rumah. heh.

tapi ade satu kesah yang wa rasa kena cerita, walaupun ade unsur2 kedurhakaan. Bonda ni homeh orang nye. bila drive tu tak perlu pasang radio. penglipur-lara dah ade, in person. kalau takde cerita, dia akan cari cerita. maka nye dia cerita la.

satu hari dia dengan Abah pegi ke Bentong. wa lupa kemana, tapi sampai satu tempat ni diorang berhenti. Mak tinggal dalam kereta, Abah matikan enjin. pastu Abah turun pegi memetik pokok apekejadahwalupe. dah siap, dia pon pegi la balik ke kereta.

dah simpan semua, masuk kereta, dengan penuh semangat nya Abah masuk gear, lepas handbrake, gerak. tapiiii!!!! enjin tak dihidupkan pon...

tak ke sampai nak putus nafas orang tua berdua gelak? :D

al kisah nya, wa penah buat benda yang sama. tak caya tanye Ajib. ngehngehngeh. kira confirm la tu Abah wa. kan? nyiahahaha.

raya haji lagi 3 hari.

kalau sebelum ni, hasil daripada anak2 yang pegi/balik Kolumpo/Raub, tiap2 minggu, sekelip mata je, Mak kata "korang ni dah macam ke tandas je pegi balik Kolumpo tu kan". haa sekarang nak pegi Cameron Highland pon dah boleh cakap benda yang sama :D

0 spat: