Monday 24 May 2010

Now your nightmare comes to life

wa baru balik sejam sudah, bermastautin ke Puncak Jalil dari petang jumaat. tengok Yong memperkotak-katik kan Mikhail sambil2 wa bergosip dengan kakngah. dan usha harga repair.

debush! rasa nak pegi naik KLCC tingkat 37. tak mau tinggi sangat. gayat :D

siap layan final AF8. tak penah hayat tengok, tapi sebab budak2 kat office duk kecoh2. jadi wa nak tau apa yang diorang kecohkan sangat. ehh dan2 tu tangkap cair de! kepada encik Shahir, sila simpan kembali janggut anda. tanpanya anda adalah sangat JAMBOO.


iskenot!

wa bosan.

Thursday 20 May 2010

As wa promised

ada yang buat aduan rakyat kat wa. ngape tak mention nama masing2, sedangkan diorang la yang pertama-tama mendengar rintihan. PERLU!?!! :P eh korang ni mengada betul la. nak sangat kan? ha meh wa tag kan sekali.

ucapan jutaan terima kasih kepada sahabat2 yang tak tentu arah ni:

Maziyah Abdullah: keep on JELAS! hakhakhak.
Syumaimah Mansor: request sediakan karaoke lagu best2 nanti masa kenduri. dah masuk kelas vokal ni.
Ainor Mazwin Zainal Abidin: kalo orang cakap tak suka, kalo orang marah, tu tanda orang amik berat. tu tanda orang sayang kat awak. tu sebab orang sibuk2 pasal hidup awak. jangan emo manjang. banyak jerawat timbul. mua a a a a.
Nurismawati Ibrahim: bila nak buat Facebook?

amik. nama penuh wa letak. nasib baik takde no IC korang wa simpan. kalo tak, dengan alamat2 rumah wa tayang kat sini. no phone? jangan bajet hot-stuff sangat ye - 'obses terhadap diri sendiri' tu kurang elok. nyiahahaha.

korang seorang yang kelakar. eh. 4 orang la jadi nya kan.

ha ape lagi, Milano sorang sepinggan untuk wa!

Wednesday 19 May 2010

And beg God please have mercy on me


15 May 2010. wa dengan rasa bangga, bongkak lagi takbur menerima kereta ni dalam keadaan suci dalam debu. sebab depan kedai tu becak, jadi belum ape2 comot sikit la tayar kan. takpe la. pakcik tu bagi free air freshner. pandai pulak dia pilih yang lembut2 baunye. minyak pon dia topup kan sampai separuh. wa punya excited sampai lenguh la pipi duk mengerang busuk sampai ke sudah. malam, siap bawak masuk rumah, tido depan tv same2. mua a a a a.


hari ketiga. 17 May 2010. wa pagi wa nak pegi kerja. wa gerak dari Raub ke KL. nak dijadikan cerita. lepas tol Gombak, tepi belah kiri tu kan simpang keluar dari UIA. ada lori panjang lalu. jadi wa yang sememang nak kekiri habis ni kena la slow. wa dah la sememang nye slow, sebab baru gerak semula dari toll booth.

agak2 dah lepas sikit lori tu wa makin rapat la ke kiri. tiba2... KELEPAP! entah dari mana la muncul makhluk Allah yang sekor ni, melekat dekat side mirror kiri wa.

warasanakpengsandan2tujugaktapijaplagiterukpulakjadiwamengucapsepanjangtembokbesarChinasehinggawarasanakputusnafastapitakputus2cumarasamacamgelapsikitlamasadepan.

motor. budak. "sori la cik, saya laju sangat tadi."

sumpah bila wa ingat balik sebenarnye wa tak tau ape perasaan pada ketika kejadian. wa bajet bila turun kereta tu kan, wa akan nampak bergaris je pintu2 belah kiri tu.

yang jadi: chipped paint kat side mirror, segaris kemek kat pintu belakang, setompok kat depan. argh! patah hati wa. pataaaaaah!!!

bak kata Shidah, time kita bawak elok2, time tu la orang lain nak buat hal.

dah la sebelum tu wa dah mengelak satu kejadian. kat Bentong, kalo dari Raub, kan sebelum masjid tu ada kawasan perniagaan baru belah kanan. ada la sebijik loriharamjadah ni dan2 tu la dia nak brek masuk simpang ke situ. abih tu tak ke semua orang yang sederet dengan dia kena brek emergency? wa memang biasa kalo brek mengejut ni, lepas wa brek wa pandang belakang. apa wa nampak? uncle bawak wira laju je menuju bontot wa. heh. wa dah ready nak tadah airbag ke muka je dah. siap skreeeettt uncle tu kat belakang.

toche uncle sebab berjaya brek.

toche jugak kepada kakngah dan yong yang melayan luahan perasaan wa. wa tau, wa tengok benda nya kecik je. tapi tiap kali wa tengok tu jugak la pecah berderai2 hati wa. ecewah!

kalo la wa gerak cepat sikit. kalo la wa gerak lambat sikit. kalo la wa tak datang je terus. boleh!!? isk isk.

wa tak cerita lagi kat mak ngan abah lagi. kalo mak tau, belum sempat wa abih cerita dia dah maki wa dulu. pastu dia tarbiah lebih sikit. pastu baru dia kesian kat wa. tu pon kalo dia rasa nak kesian. walaupon wa mangsa kejadian. haih.

sedih wa de. tak tipu. wa tak nangis lagi ni. tengah kebas.

Friday 14 May 2010

Hey kenapa? Nangis ke?!

wa rasa ditipu hidup2. wa rasa la kan. mungkin sebab percakapannya tak serupa bikin. atau mungkin setiap apa yang dikatakan, terselit lobang2 yang menyerlahkan keraguan. atau mungkin juga tingkah lakunya menampakkan tanda2 curiga.

ceh.

takpe. wa seorang yang simpan dalam. pendendam gila tak hengat. pengakuan ikhlas ni! wa takkan maki depan2. wa buat diam. wa akan ingat sampai mati. jangan risau.

wa nantikan penjelasan yang sebenar.

dan persoalannya, siapakah makhluk Allah yang sekor ni? dah ada yang nak buat pengakuankah? takde?

kita tengok siapa yang termakan cili!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday 12 May 2010

But I crumble completely when you cry

apabila bonda berkata, "saje telipon, dah lama tak cakap ngan kakde".

erk? timing baik pulak tu call disaat2 emosi wa kurang stabil ni. ehh jap lagi, sejam setengah kemudian kot wa tercongok depan dia ke, terkujat pulak kan. dapat anak 'bisu' macam wa memang tak dapat nak tolong la :D


memang ye sungguh nya nak berborak kosong pon. duk tanya mana anak2 dia yang lain. masalah nya mak, nani pung tak tau. diorang semua berada dia luar kawasan, out of range. masing2 bluetooth off. unreachable. please try again later. mua a a a.


boleh pulak lagi bagi harapan palsu kat wa. kitorang lalu.. kitorang nampak.. kitorang singgah.. ada.. tapi bukan.. ehh! tiba2 abah call balik mintak belanja nasi ayam. apakah? "dah makan? kot belum nak suruh belanje sebarang nasik ayam ke, kan. ni dah nak dapat..." hak hak!


sirius black!? bukan lagi harapan palsu ye. wa dah nak berguling kegembiraan. kakngah!! dah boleh beli cekodok!