Saturday 26 March 2011

Some of them want to...


haha. wa terlayan jugak. walaupun 18kali fikir balik cerita nya ntahapeapentah je padahal. tapi menarik dimata. ye la kan masing2 jual muka jual body segala.

ehhh bab mengutuk bagi la ke wa. kan.

macam ada 3dunia dalam movie ni. 1st realiti. untuk lari atau dalam erti kata lain, nak me-menarikkan cerita, dia masuk 2nd world - dalam mindanya.


pastu dalam dunia kedua tu sendiri ade lagi satu dunia fantasi. pergh. sungguh Inception. dan wa sangat suka Inception.

ok lari dari tajuk movie sebenar.

soundtrack sedap. sangat. bila dia pasang lagu, sesuai dengan scene masa tu. dan memang lagu nye best2. style Smashing Pumpkins' 'The Beginning Is the End Is The Beginning', lagu Sweet Dreams tu dia buat versi 'haunted'. I loike.

ok sekarang wa nak lari tajuk sungguh2. lepas wayang wa masuk la Rock Corner yang memang ade kat sebelah je tu. niat nak cari Glam Nation Live tu je. masuk2 je orang kedai tu tengah pasang lagu apekejadah ntah. oleh kerana wa je pelanggan masa tu, dengan bangga wa tanye la lagu band mana kah ittew. sangat menusuk kalbu dan jiwa wa.

dia pung tunjuk la:


wooo. apesal macam lain bunyi nya tiba2?!

dah round sekedai, agak2 orang kedai tu pon letih dah tunggu wa nak beli ke nak beli ke, wa bayar la Adam Lambert tu sekeping. sambil2 tu wa mintak la jugak CD yang dia pasang. soalan dia: "Adik suka metalcore music?". dan wa tekan kan sekali lagi... "ADIK...".

adik suka bang... lalalalalalalalalalala

Thursday 24 March 2011

Letupan dalam lubang!


masa tengok trailer nya, wa bayangkan movie ni tak ubah la macam Tom Cruise's War of The Worlds. best juge rupenye walaupun pelakon2 biasa je. cerita nya pasal si Alien ni nakkan air je. jadi diorang serang bandar2 besar yang kedudukan memang tepi laut.


nota: cerita ni tertumpu di satu bandar sahaja. bandar2 lain tu kena buat cerita lain pulak. "Battle Tokyo" ke, "Battle Buenos Aires" ke.

kan.


first time alien nya muncul, wa cuak. seram siot. apeke?! bukan cerita hantu pung! huh. dikisahkan maka alien2 ni hampir la berjaya dengan misi penaklukan sebab alien ni agak hardcore, payah nak mati. pandai dia sorok jantungnya dalam2 sikit. pastu diorang ade command center yang mengawal, mencari, meng-harvest, segala jenis 'meng' la. jadi cara nak lawan, askar2 US sempat buat bedah siasat nak cari jantung.


daaan of course la musnahkan command center nya tu.

aksi2 kebaboom nye menarik. kalau dia buat 3D mesti lagi best. pada wa, alien nye kelakar tang aksi combat - style askar manusia. kata ALIEN! ehhhh. yang wa tak suka, kamera tak stabil. dah gaye Cloverfield. separuh movie wa dah pening nak terjeluak. lagi satu, subtitle. "fire in the hole" = letupan dalam lubang. "retreat! hell!" = berundur, neraka! apekenerakenyelaaaa!?!! bengap2 wa pon takde le sampai begitu weh. wa rasa diorang upah tukang buat subtitle ASTRO ni. mua a a a a.

lepas ni cerita ape pulak boleh dilayan agak2. Sucker Punch macam cantik iklan kat tepi LRT Jamek. jangan jadi D.O.A. sudah. Rango? kartun tunggu je la masuk HBO ke, Star Movies ke. Jake Gyllenhal ade 2movie nak keluar! chenta...

eh takde siapa buat cerita hantu dah ke sekarang?