Thursday, 24 March 2011
Letupan dalam lubang!
masa tengok trailer nya, wa bayangkan movie ni tak ubah la macam Tom Cruise's War of The Worlds. best juge rupenye walaupun pelakon2 biasa je. cerita nya pasal si Alien ni nakkan air je. jadi diorang serang bandar2 besar yang kedudukan memang tepi laut.
nota: cerita ni tertumpu di satu bandar sahaja. bandar2 lain tu kena buat cerita lain pulak. "Battle Tokyo" ke, "Battle Buenos Aires" ke.
kan.
first time alien nya muncul, wa cuak. seram siot. apeke?! bukan cerita hantu pung! huh. dikisahkan maka alien2 ni hampir la berjaya dengan misi penaklukan sebab alien ni agak hardcore, payah nak mati. pandai dia sorok jantungnya dalam2 sikit. pastu diorang ade command center yang mengawal, mencari, meng-harvest, segala jenis 'meng' la. jadi cara nak lawan, askar2 US sempat buat bedah siasat nak cari jantung.
daaan of course la musnahkan command center nya tu.
aksi2 kebaboom nye menarik. kalau dia buat 3D mesti lagi best. pada wa, alien nye kelakar tang aksi combat - style askar manusia. kata ALIEN! ehhhh. yang wa tak suka, kamera tak stabil. dah gaye Cloverfield. separuh movie wa dah pening nak terjeluak. lagi satu, subtitle. "fire in the hole" = letupan dalam lubang. "retreat! hell!" = berundur, neraka! apekenerakenyelaaaa!?!! bengap2 wa pon takde le sampai begitu weh. wa rasa diorang upah tukang buat subtitle ASTRO ni. mua a a a a.
lepas ni cerita ape pulak boleh dilayan agak2. Sucker Punch macam cantik iklan kat tepi LRT Jamek. jangan jadi D.O.A. sudah. Rango? kartun tunggu je la masuk HBO ke, Star Movies ke. Jake Gyllenhal ade 2movie nak keluar! chenta...
eh takde siapa buat cerita hantu dah ke sekarang?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 spat:
Post a Comment