Wednesday 30 December 2009

So Friday I'll be over you


RapidKL start guna 4-car train nya hari ni. merasa la wa naik dari Masjid Jamek ke KL Sentral, setelah berbulan² duk pandang je diorang 'testing² 1..2..3..'. kan. ada sikit cuak + jakun la kan. panjang beb! tren baru pulak tu. cerah je macam dilimpahi cahaya rahmat. mua a a a. kalau sesak macam 2-car jugak, wa antara orang pertama yang tolong mem-vandalize tren tu. tensi wa.

kepada maRk dan kak isma yang buat cubaan meng-gigil-kan wa dengan Kinochikungunya tu, sori la. wa sekarang jiwa kental. sebulan wa tahan, insyaAllah boleh TRY sebulan lagi.

tapi memang gigil sampai ke tulang rusuk no 7 seh!

siapa belum tengok Avatar? moh kita! Cirque du Freak pon macam menarik. eh!

Tuesday 29 December 2009

Kudapan...

sikit punya meriah, kudap² jadah nya. ini stok mentekedarah!





maRk, nasi goreng mana? tuntut ni.

Sunday 20 December 2009

It's a trip!

wah wah wesss! ramai betul yang kahwin musim cuti² malaysia ni kan. dah la cuti, HUJAN pulak lagi. cejuuuuk memanjang ye dak. mua a a a a. so sila book hospital awal². sok bulan 9 - 10 tahun depan ramai le anak² buah. kuangkuangBukitkuang.

selamat pengantin baru untuk kakak Kuteng & pasangan, makteh Baiti & pasangan, jiran² tetangga serta saudara mara sendiri yang sememangnya wa tak kenal. wahaks. mintak mahaps la wa dilahirkan agak kurang mesra alam.

kepada sahabat yang baru mengikat sebelah kaki dengan pasangannya: Syumaimah Mansor a.k.a Kechik - selamat terikat!


bila nikah? bila kenduri? nak kena cek schedule ni tengok busy ke tak. haha. wa ni ada kena tolak dari tingkat 8 ni sok!

Sunday 13 December 2009

Team Edward


went platinum. hoyeah!












dengan siapa lagi kalau bukan kakngah. kan. mua a a a a. kesian Mikhail. ni plan mama ye. ibu ikut je. ahaks.

nasib baik la seat jauh. takde la wa lebam2 kena cubit manjang macam time Twilight dulu. tapi dah nak bercakap pun payah. eh tapi bab nak tengok Edward memang tak boleh terganggu konsentrasi. mua a a a a.

tahap ke-best-an nya: biasa. skripnya: sejibik sejiban dalam buku punya ayat. pelakonnya: B-E-A-U-tiful! heh.

apoo! dah 2nd round ke?

Sunday 29 November 2009

Back to a place where I am not alone


semalam, tengah wa syok baik punya duk tunggu Ben 10 Alien Swarm start, tiba2 Abah datang kat wa, "Kakde! tu ade pisang. bleh buat lepat. abihkan la 3sisir tu". hoh! dah si Ben 10 kena duk dapur melenyek pisang. ces ces dan cessss!

Along ada.

pastu Abg Syakirin sefamili ada singgah. ape nama anak baru? Muhaimin? ngape la gitu gaye cukur nya. bercapuk2. jadi bibik? wa reti buat air nescafe dengan teh kaw aje - strictly for mapley-goers only. sat lagi ade yang berak keras jangan datang complaint kat wa :P tang jaga baby, ce tanye kak siti, ade wa jaga anak2 dia? haram nye ade weh. mua a a a a.

eh Along, sila trim jambangan anda. jap lagi ade yg confuse mane awak mana Mat Top. payah kita.

jangan salahkan anak yang dikandung, salahkan ibu yang mengandung. jangan salahkan makcik2 yang memperkotak-katik kan anak2 buah, bila si Atuknya sendiri memperkotak-katik kan cucu.


oo lebai Bantal. flight haji awal ye balik? mua a a a a.

hah! Ben 10 ada repeat 6pm karang. jangan ganggu wa!

Friday 27 November 2009

Curses!

hello! kalau orang dah 'cucuk' tu menandakan kesiputan anda. jadi sila la ke tepi. dah la traffic jam lagi. dan2 tu la semua tempat nak 'under construction'. 3lane jadi 2. 2lane jadi 1. ehhh! lain kali jangan buat lane langsung! pastu, tengah syok merempit ni, ada pulak yang boleh slow down tiba2. apesal? duk mengusha ke tepi jalan banyak kereta berhenti. takde benda pon padahal. aduh! yang nak beli daging, lemang, rendang, mercun lagi. bukak la jugak gerai kat bahu jalan yang sememang nya sedia semak dari awal tu. kalau reti tak menggangu jalan takpe do! yang best tu, polis trafik ada pon tak membantu langsung. lagi menambah sesak semak sendat kebab lembab bengap dan bengang dijiwa wa yang makin kering ni. wa pon macam la tak tau jalan akan sesak. macam la first time duk dalam jem. kan! eh suka wa la nak emo. huh.

wa rindu sesi 'italian job' dengan kaklong & kakngah.

dah. bagi wa layan God(?) Save Our King. selamat ber'qurban'.

Monday 9 November 2009

100 truths.

Rules: Once you've been tagged, you are supposed to write a note with 100 Truths about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you.

(To do this, go to “notes” under tabs on your profile page, copy and paste this note, erase my answers and enter your own, tag people (in the right hand corner of the app) then click publish.)

WHAT WAS YOUR:
1. Last beverage: Chocolate Ice-blended... yummeh!
2. Last phone call: from abah.
3. Last text message: to maRk - undelivered!
4. Last song you listened to : Dead by Sunrise - Walking in Circle.
5. Last time you cried: few nights ago.

HAVE YOU EVER:
6. Dated someone twice : nope.
7. Been cheated on : never.
8. Kissed someone & regretted it : nada.
9. Lost someone special: THAT kind of special? nah!
10. Been depressed: a lot.
11. Been drunk and threw up: wa tak mau kena tampar laju2 dengan mak. no thank you.

LIST THREE FAVORITE COLOURS:
12.black.
13. black.
14. BLACK. (is cannot help)

THIS YEAR HAVE YOU: (2009)
15. Made a new friend: yep.
16. Fallen out of love: nope.
17. Laughed until you cried: yeap.
18. Met someone who changed you: na-ah.
19. Found out who your true friends were: err.. yeaahh...
20. Found out someone was talking about you: ada eh? wa punya diam ni korang tak boleh nak kasi wa hidup aman?!
21. Kissed anyone on your friend's list: takde lancung2.
22. How many people on your friends list do you know in real life: EXCEPT for 1 or 2... or 3... or..
23. How many kids do you want to have: at least 4.
24. Do you have any pets: ikan puyu tergolong as pets ke dak?
25. Do you want to change your name?: wa bersyukur sangat dapat nama ni. kalo tak, mak wa nak letak MANIS SYAFURA. apokogilo?
26. What did you do for your last birthday: kena demam tonsil - tapi pegi jugak beli 5 bijiks buku dan tengok Drag Me To Hell.
27. What time did you wake up today: 6.30am (a FIRST!) sebab tertidur tak padam lampu. memang tak lena.
28. What were you doing at midnight last night : tidur?!
29. Name something you CANNOT wait for: jodoh datang bergolek. boleh gitu? tak seswaiii!
30. Last time you saw your Mother: exactly 1 week ago.
31. What is one thing you wish you could change about your life : one thing? how about EVERYTHING!
32. What are you listening to right now: tak pasang lagu. tengah layan CSI Miami dengan adinda.
33. Have you ever talked to a person named Tom: siapa nama Tom angkat ibu jari kaki!
34. What's getting on your nerves right now: my friends.
35. Most visited webpage: Facebook, Google.
36. Whats your real name: kat IC tulis Hanie Syafura Binti Shaharudin. no IC taknak tanya?
37. Nicknames: nani, kakde, paling baru kak manis. mua a a a a!
38. Relationship Status: single-mingle and always available. call me at: 1-300-13-1300 :D
39. Zodiac sign: Gemini.
40. Male or female?: female.
41. Elementary: SRK (P) Methodist, Raub.
42 .Middle School?: SMK (P) Methodist, Raub/ SMK Tengku Kudin, Raub.
43. High school/college?: IIC.
44. Hair colour: my favourite - BLACK!
45. Long or short: shoulder-length.
46. Height: 152 cm.
47. Do you have a crush on someone : ngee...
48: What do you like about yourself? : physically - 2 moles on my right cheek and my kejung hair. self perseverance.
49. Piercings: nyet.
50. Tattoos: double nyet. parut banyak.
51. Righty or lefty: righty.

FIRSTS :
52. First surgery: tak pernah dan tak may 'pernah'.
53. First piercing: tindik telinga, umur 4-5 tahun.
54. First best friend: cekgu!
55. First sport you joined: sukan sekolah tahunan tu kira sport jugak la kan.
56. First vacation: yang betul wa ingat pegi Cameron Highlands 2 famili.
58. First pair of trainer: masa sekolah la kot? nak PJ.

RIGHT NOW
59. Eating: siap dah tadi makan burger dengan Ajib. sharing is caring.
60. Drinking: air sejuk peti.
61. I'm about to: sambung balut buku.
62. Listening to: tengah layan CSI la!
63. Waiting : tunggu mengantuk. mana mengantuk ni tak datang2.

YOUR FUTURE :
64. Want kids?: nak.
65. Get Married?: NAKKKKK!!!
66. Career?: teringin nak bukak kandang rimau.

WHICH IS BETTER :
67. Lips or eyes: both.
68. Hugs or kisses: both!!
69. Shorter or taller: taller la.
70. Older or Younger: older.
71. Romantic or spontaneous: romtaneous, spontantic... both.
72. Nice stomach or nice arms: dapat jari panjang2 chantique2 pon jadi.
73. Sensitive or loud: sensitively loud.
74. Hook-up or relationship: relationship?
75. Trouble maker or hesitant: or...

HAVE YOU EVER :
76. Kissed a stranger: jap lagi kena tampar laju2 dengan mak jugak. tak mau!
77. Drank hard liquor: wa dah kata tak mau kena tampar. ehhh!
78. Lost glasses/contacts: tak pakai. sihat walafiat alhamdulillah.
80. Broken someone's heart: kalo mak dengan abah tu kira skali ke?
82. Been arrested: bak kata mak, wa nakal je. tak jahat pung :P
83. Turned someone down: belum lagi.
84. Cried when someone died: hati kering kalau tak nangis.
85. Fallen for a friend?: kawan wa semua pompuan. cemane?

DO YOU BELIEVE IN:
86. Yourself: sikit la.
87. Miracles: boleh la.
88. Love at first sight: ntah. ade kot?
89. Heaven: YES.
90. Santa Claus: ho! ho! ho! nda nye ade weh.
92. Angel: PASTI

ANSWER TRUTHFULLY:
94. Had more than 1 girlfriend/boyfriend at a time: hoh?!
95. Did you sing today?: satu kemestian. cik Keli wa tu public transportation cum mobile karaoke booth :D
96. Ever cheated on somebody?: takde.
97. If you could go back in time, how far would you will go?: to year 2002...
98. If you could pick a day from last year and relive it, what would it be?: 2008 biasa2 je.
99. Are you afraid of falling in love?: ada sikiiiiiit la...
100. Posting this as 100 truths?: ha la. abih tu?

Do judge a book by it's cover - literally.

apa jadi kalau weekend tak balik Raub? ha ni la jadinya. MPH & Borders @ The Curve menjadi sasaran. nasib baik tak banyak pilihan, nasib baik dah plan nak capai yang tu je (TERcapai jugak yang lain) heh.




monsieur le magnifique - merci! pen-sponsor-an anda amatlah dihargai. nak tambah lagi boleh? mua a a a a. Warhammer 40K awak nanti nani cari kat tempat lain.

maRk cakap kat wa, "nani, jangan sampai buku tu bercakap dengan awak". kalau saya kata memang dia dah berkata2 camne? "beli la. tak nampak ke cover buku ni chantique je. tak mau ke? beli la beli la beli laaaa".

tsk.

ada wa kesah?! cakcakcakcakcak!

Sunday 1 November 2009

When 'two' becomes a 'crowd'

how la? renung2 kan. dan selamat beramal. mua a a a a.

hari hujan sekarang ni kan. syok je duduk dalam toto tak bangun2. haha. nak balik Raub pon macam lembab2 je. plan baik punya nak gerak awal. sempat ronda KL dulu mengabih2 kan masa. settle bil telefon. pegi Pertama ambik cd (Dead By Sunrise boleh tahan la).

pastu boleh lagi ajak maRk pegi carrefour. masuk2 je, ada clearance sale daa. buku berlonggok2 rm5 sebijik. meroyan wa beb! hardcover 5 hengget??! mana nak dapat.


Kinokuniya tak nak buat clearance sale ke? kalau ye, bankrup la namanya. heh.

siapa nak belanja wa Dan Brown's The Lost Symbol?!

pastu kitorang gerak pegi JJ Au2. situ ada Baskin Robbins. wa melunaskan janji dengan maRk. peh. melunaskan. pulak tu, setiap 31hb BR ni ada 31% off. layan la se-pint. Chocolate Chip + Chocolate Mousse Royale, tambah kacang lagi.


heaven wa cakap lu! rasa macam bila dah habis tu, nak bawak bekas pegi mintak refill. boleh? jap lagi kena tampar laju2. ngee :D

pening dah wa tengok A Return To Salem's Lot. pelakon2 nya keras-ketong!

wa rindu nak peluk si Ahmad Bantal ni. orang lain mengisap puting, dia mengisap jari.


Ahmad Bantal: "ada aku kesah?! cakcakcakcakcakcak".

Sunday 18 October 2009

Empat dara

rakan2, next round punya karaoke jangan lupa cari lagu ni. kita balun sampai bisu.

-

Empat Dara Duduk Di Tepi Sungai
Duduk Menjerat Si Ketamlah Batu

Manis Rupa Hai Elok Perangai
Sukar Dipilih Yang Manalah Satu

Empat Dara Berpakaian Sedondon
Berbaju Putih Berkainlah Biru

Pandai Mengarang Seloka Dan Pantun
Hitam Manis Hai Pandanglah Tak Jemu

Empat Dara Duduk Di Tepi Sungai
Duduk Menjerat Si Ketamlah Batu

Manis Rupa Hai Elok Perangai
Sukar Dipilih Yang Manalah Satu

Empat Dara Hai Denganlah Lagaknya
Bersiar-siar Sekeliling Kota

Sekali Pandang Senyuman Manisnya
Tak Mungkin Lupa Sepanjanglah Masa

Saturday 17 October 2009

When action speaks as loud as words

wa demam selama 24jam sahaja. aje? ampeh sungguh. tak sempat langsung nak manja2 dengan mak. mua a a a a.

sebab tak jadi demam, tak jadi la hilang selera makan. kan. best. semalam Menara Tradewinds (Menara Tun Razak) jalan raja laut buat openhouse. ape lagi, 'cekik' la sampai masing2 tercekik. dengan nasi bukhara, kambing panggang, ayam goreng, ayam goreng dan ayam goreng.

pastu ayam goreng lagi. haha.

macam biasa kitorang kalau jumpa kamera memang huru hara. dalam toilet pon jadi. cermin besar pulak tu.


priceless shidah!

Sunday 11 October 2009

So when the waiting's done

malas dah nak cerita pasal raya. gambar pon dah letak kat FB. takde pedehal pon. semua balik. semua ada. wa suka, wa "banjir". wa dapat buat siput. yang lagi best, wa dapat peluk Bantal! nyeh nyeh.



siap raya, dan2 tu la semua nak beranak. kan.

ni anak abang Syakirin. 2nd, jantan, tanpa nama.


ni anak sulung Yong & kakngah. Emir Mikhail, 1.7kg.


kecik! tapi jari panjang2 do. me likey! esok besar mintak papa masukkan kelas belajar gitar. nanti mikhail "goreng" lagu rock satu, ibu nyanyi. mua a a a.

apa lagi? wa belum mengantuk lagi ni. biadap betul.



bab membazir bagi ke wa la kan. dah la wa tolong sekali pak guard tu bukak pintu Kinokuniya pukul 10 pagi. selambe dek! cari buku Along, tak jumpa. cari buku wa, tak perlu cari - memang ada je. haha.

hmm.


tadi petang (ke semalam petang?) buat jejemput jagung. pon nak cerita?!?? sebab ada yang tak pernah jumpa/makan. hoh? cedaaaaappp! apa lagi wa pulak yang buat. kan. kuangkuangBukitkuang.




okay2. last.


happy deepavali to all who celebrate :)

Sunday 4 October 2009

It's ALIVE!

wa nak cerita pasal raya. tapi postpone dulu. tunggu rajin sikit lagi.

dengan bangganya, lepas 2 tahun kemandulan, tahun ni siput2 wa beranak pinak dengan jaya nya. mua a a a a. walaupun dah raya ke 7 baru wa menyiput. kan.

apesal wa buat jugak? sebab wa tak puas hati tengok hasil siputan orang lain. mak ajar wa menyiput comel2. hasilnya dapat la 4kilo.


best. lepas gian wa.

Monday 14 September 2009

And dream I do...

macam mana la tak putus2 jari, hilang mata, belum lagi raya dah kebaboom sana sini. macam mana la tak mati, hancur remuk, belum lagi raya - baru balik nak buka puasa, dah rempit sana sini. ehh nasib baik wa ingat yang wa tengah bawak anak bini orang. kalau tak, wa kejar walau sesemput mana pon CLK wa tu. kalau ye pon excited sangat nak mati dalam bulan Ramadhan ni kan, tolong jangan libatkan wa boleh? wa nak raya! huh.

speaking of raya, wa akhirnya berjaya beli baju raya! tudung (s) raya! kasut (s) raya! mua a a a. wa beli untuk Abah dengan Ajib sekali. nak sedondon kata nya kan. kaklong kata, "sempena menghormati permintaan Yoi, kita bertemakan kaler coklat tahun ni". sejak bila awak reti menghormati permintaan adik sayang awak tu rina? haha.

Abang, sila clearkan memory kamera anda. gambar kaklong je dah penuh separuh kad. cemane?

oh ye. kuih raya...
teruja? sori kepada para tetamu. yang ni memang nawaitu nya untuk mengisi perut tuan rumah. korang nanti wa buat nescafe kaw cecah biskut cap ping pong je. wa peduli hape. kan.

kuih siput? siput2 wa dah 2tahun mandul. muakakaka. adoi. nak menyiput kena ada keazaman yang tinggi serta hati yang tenang di samping kesabaran dan ketabahan berbakul2. juga bantal yang best untuk wa bersandar sambil menyiput. besar sungguh cabaran!

Sunday 6 September 2009

When you ARE clouding up my mind

sahur nak makan apa weh?! wa bosan sungguh. pix time!


uiiihh sayang cucu atuk ye. kemain lagi ha.


cedaaap eeehh tido! makde pon suka posisi yang sama. bebas merdeka! haha.


ahmad bantal @ abdool pilloow was 'weekend-ing' in Raub. makde dan pakcu pegi menyetankan diri di Sogo. next time lagi la gaya nya bantal. umph!


me likey. grape = mak's. rose = wa's. toche kaklong. cari brooch NBC pulak untuk wa. ada?


wa rasa pengilang sampul raya tahun ni sepakat buat tema kaler hijau. Carrefour, BIMB, McD's pon hijau. kemain banyak wa dapat, ada ke 'isi' nya? mua a a a.

kena lepak depan Sogo ni, letak topi sambil nyanyi lagu Decode (sponsored by Redbox Ria Sogo) : "the truth is hiding in your eyes...".

valid?

Saturday 5 September 2009

Should I lock the last open door?

3 Sept. 2009 - berbuka @ Quality Hotel. slash makan2 untuk Kak Isma yang akan meninggalkan kami. bos cakap, "ha korang pilih la tempat". apa lagi kan. jangan dilepaskan kesempatan yang diberi. ayat jujur.

laju je kitorang book tanpa rasa bersalah.


on our way, dalam lif, masih kat office. nasib la 8 tingkat nya. "cepat2 posing semua!". laju jugak la bab memfotogedik ni kan.

duk lenggang2 kangkung, 6.30pm kitorang sampai. nampak Maya kat entrance. kami berkonklusi: dia berbuka kat sini jugak kot. naik Dewan Raja Laut, macam rasa awal je sampai nya. ada la 2-3 meja dah ada orang kan. "hello, ha datuk dah sampai?". pehhh wa rasa nak "oops datuk 013-932xxxx". kan. kuangkuangBukitkuang.

pastu terpandang kat dapur, Jaafar Onn! mua a a a.



ooo mana la kitorang tau kan. memang majlis nya bersama Jaafar Onn, Haiza & Maya. si JO nya kejap2 mengumumkan kedatangan orang. kejap2 bercerita pasal menu malam tu.

7pm gitu, tanpa segan silu lagi malu, kami2 pon bergegas menyerbu meja makanan. dah la jauh dari meja kitorang duduk. tu pegi awal2. karang tak sempat. haha.





meriah? tu baru pembuka selera. yang 2nd, 3rd, 4th dah tak ingat nak ambik gambar. ingat perut kena isi je dah. heh.


sambil2 keluar masuk berkali2 pegi ambik makan minum tu, diorang ni menunjukkan kehebatan masing2. ade la sekali dua, cam diorang nak panggil siapa2 yang nak naik join. kan. nak je wa request, "agak2 lagu Decode ade?". wa gigil nak menjerit nih :D

tiba2 terselit Ramziela. datin. patut la masa mula dia masuk nak duduk sebelum berbuka tu wa rasa cam 'pernahku-lihat-minah-ni-tapi-dimana-ya'. ha camtu la. dia naik atas nak buat cabutan bertuah je, pastu orang ramai request dia nyanyi seround.

oh ye, Kak Isma dapat beg Adabi. haha.

hasilnya kitorang lepak sampai dekat 10pm. orang lain dah balik, bos kami pon dah blah lama dah. boleh? boleh aje.


posing macam ambik gambar majalah kan? kemain pink lagi dia!


hiburannya: OK. makanannya: OK. tapi... kitorang tetap suka Felda. tahun lepas punya berbuka. menu nya bercampur2. western ade, tak western ade. QH ni memang masakan sini je. sedap memang sedap kan. free lagi la sedap nya. mua a a a. bos pon cakap Felda jugak best. cemane?

nak pegi Felda sendiri2, bajet masing2 dah buat larian marathon berganti2. maka bersyukur la dengan rezeki yang diberi. alhamdulillah...