Thursday 28 August 2008

Take me, seize me

wa meant to write 3 days ago. was too tired, too eager to finish my book and of course too lazy to sit in front this old lappy.

wa nak cerita wa buat mission impossible. cubaan mengqada' puasa dalam saat2 genting. accomplished! wa start 21-26, no gap. even Saturday & Sunday wa puasa. kenapa "saat2 genting"? mengikut perkiraan bulan dan bintang, 'bendera merah' wa hampir tiba. tapi tak tau la kot sebab puasa mengejut ni dia sikit terganggu ke kan :P

yang penting, mak kejut wa sahur. mak masakkan kan lauk. mak teman wa sahur. mak suruh wa tido, rehat. peh! bagai menatang minyak yang penuh. wa terasa disayangi. mua a a a a. rabu wa raya. kalo ikut jam, tadi la kan. rasa tak sedap perut kejap bila makan siang. coih.

hari ahad tu kami (wa+kak siti) balik KL pukul 8.40pm dari raub. wa suka cerita tunggang tebalik ni. sambung balik.. biasa wa rempit sejam je perjalanan. kena malam tu, dengan accident lepas terowong. jamming dekat tol gombak. 3 jam! adoiyay! dengan hujan lagi, dengan kelahanatan driver lain lagi. tensi wa tau.

supposedly Ajib planned to stay over tonight. dia boleh pegi layan movie-marathon dekat Midvalley. stuck sana sebab hujan. cancel, balik kolej. postpone esok. huh.

made him buy me Christopher Paolini's Eldest. and he did just that. hoyeah! me likey. ooh how I love having a baby bro to toy around ;-)

Tuesday 19 August 2008

Blackbird, fly away!

batang pinang dan pohon renek. mua a a a. since wa don't know where to begin with, wa jump straight to the cer yang wa nak cer kat sini. about kakngah's (FINALLY!!!) engagement ceremony. maka pada tarikh 09082008 termaktub lah bahawa, kakngah dah jadi tunangan orang. yo sis, remember aa. kaki sudah kena ikat. beringat2 la berkawan tu. memang orang kata berkawan biar seribu. tapi jangan biar yang seribu tu jadi punca hilang yang SATU tu ye. wink!


anyhoo, 08082008 malam nya buat tahlil kat surau. lepas tu majlis makan nya kat rumah aide. nak cuci beras, wa nak bukak kampit beras tu, dengan tanpa rasa menyesal wa toreh ke jari sendiri. wa cedera di medan perang! ada dekat 10min wa buat cubaan menghentikan darah, mengalir macam air paip wa cakap lu! nasib la takde yang jadi raja bersiong lepas tu kan. tsk tsk!

lagi best, sepatut nya malam sebelum kenduri tu tidur awal la kan. esok tentu nak nampak segar ke kan. kitorang? masih lagi buat cubaan menyiapkan barang hantaran + bunga rampai. adoiyay! sampai pukul 5 pagi la jugak. masa kaklong dah letak minyak wangi keramat tu, pergh! kalau tak sebab orang dah ramai time tu kan, memang ada 'kebanjiran' la jugak wa rasa.


malam lepas tahlil+makan, biasa la ada sesi karaoke. nanti wa rajin wa upload video. wa tengah malas nak menggodek video tu lagi.
ada yang tanya, nikah ke nikah? masa mula2 cerita pasal jumlah jemputan dulu pon wa sendiri tanya soalan yang sama. bila dah setel wa baru perasan, majlis sebelah perempuan. memang agak meriah sikit kot. tapi memang seriously, totally flat out! walaupon wa ada buat cubaan melarikan diri kan. heh. golongan senior dah jadi pesara veteren yang sememang nya tak daya nak buat kerja. yang muda2 tak ramai. terang2 pulak tu memang ada yang tak terlibat pon. peh. ni warning kali ke18 dah kakngah. jangan spoil lagi aa. memang wa tak mau balik Raub langsung nanti. (sekarang kira berapa kali wa sebut 'memang').
wa melaram. bukan selalu nak tengok wa melaram. excited wa pegi beli baju tu tau. ada satu lagu patern, lagi lawa. tapi takde saiz L nye, yang tinggal saiz lagi kecik/lagi besar.
tup2 siap kenduri semua, wa demam seminggu. sakit2 badan segala. tipu ke tipu kan. minggu ni, demam dah takde, dia pakat batuk+selesema. aduh la. sakit tau batuk ni, dia tarik sampai ke ulu hati. rasa nak mintak MC sampai sihat betul. sebab duduk dalam aircond tu rasa sakit, tapi tiap kali balik je lega. haha. bos? amacam? awak ingat ni kompeni bapak awak? kalau kompeni bapak sendiri pon, wa rasa, abah wa pecat wa tanpa notis je.

kepada yang bertunang dan si penunang - tahniah. ni la tempoh dugaan korang. wa doakan yang baik2 je untuk korang. doa, doa jugak kan. iPhone wa mana?! dah la majlis ni banyak 'pengorbanan' wa buat. gila banyak darah menitik2. compensate la beb! wa hampir hilang jari, hilang mata. tapi tak mau iPhone dah. wa nak laptop jugak la macam kaklong. dapat Toshiba toughbook pon jadi. macihhh umiiiii!

mummy... bila turn kita?

Friday 8 August 2008

Unnecessary luxury

happy 8th of 8, '08 guys! pretty numbers. apa lagi kalau sekali dengan jam: 8.08am kan. rasa macam keramat. heh.

mesti ramai orang nikah hari ni kan. saja la konon nak ambik berkat nombor lawa. choih.

wa dengan selambe rock cuti. tunggu kak siti abih kelas 12.30pm karang, jemput dia. kami ciao balik Raub. sat lagi nak pegi beli kek, mini-dvd, dengan abah punya jumper-cable.

coklat untuk tepak ni kan sungguh menggiurkan. wa beli hari selasa kat Hanifah, jalan TAR sana. pergh! syurga coklat rupanya situ. esok lusa wa pegi situ semata borong coklat.

doing some laundries, packing my stuff, and Raub... here I come!