Saturday 30 May 2009

Butterflies all having fun

hah. semalam (29 May 2009) @ JJ Wangsa Maju - JCard member. gila penuh wa cakap. maRk dengan kak isma la ajak. diorang pon la yang nak shopping sakan nya. wa ikut je. kan. pergi lepas kerja. orang parking sampai atas divider. dasyat rakyat Malaysia ni sebenarnya. haha. kami dapat parking tingkat 4. jenuh turun tangga. kitorang dah pening, macam mana nak naik semula nanti. ada yang putus urat kentut ni karang. kan. tsk!

sampai2 je orang dah beratur sepanjang2 alam. dalam toilet pon beratur. cemane ke?!

teruja? kalau mak wa tengok ni, jangan kata teruja. silap2 ajak abah pindah Kolumpo. senang. kuangkuangkuang.

dan2 kitorang masuk: "OK. ready aa. Happy Hour starts at 8.30pm sharp. ready.." then uproar! 80%. entah apa dia jual. tilam? comforter? wa tak perasan. dah rupa pekan sari khamis. "2 singgit.. 2 singgit.. 2 singgiiiitttttt!!!!". kan.

sumpah wa pening. wa lari naik atas tempat langsir. sebab kosong. dan wa boleh ambik gambar.

minah dua orang tu tengah queue kat cashier. wa menikmati pemandangan 'kesesakan lalulintas' dari atas. ditakdirkan wa belum lagi tersampuk 'gila sale' ni kan. esok lusa tak tau la. heh.

last2 wa keluar pergi MPH kat depan. SALE jugak for JCard member 10%. adoiyay. yang ni ye wa gigil. dan wa masih gigil sebab takde la yang menarik perhatian. siri Twilight je bersepah2. dah selamat pon wa baca.

agak2 bebudak ni belum habis beratur lagi, wa ronda Folio. kedai 'jajan' untuk yang mampu membazir. biasa wa usha yang ada dekat Midvalley. ada la miniature-size boardgames ni yang wa dah usha lama. kayu/besi/kaca. sekarang wa ada glass chess-set. wa teringin la kumpul yang lain tu. checker, tictactoe, etc. satu hari di hari raya...

ada lagi satu. yang Royal Selangor pewter punya chess-set. theme Lord of The Rings. pergh wa cakap lu. harga? boleh buat downpayment kereta kebal!

ni department perempuan. yang muat dalam gambar baru 1/4 yang beratur. menunggu diorang mencari kasut pulak. dari dalam sampai ke luar, takde la yang berkenan. sambil ke hulu ke hilir tu, ada la melintas minah ni. si Marsha AF. tanpa secalit mekap. huduh je :P macam orang2 biasa je.

turun ikut lain, naik ikut lain. tak larat do nak naik TANGGA sampai 4 tingkat. dah masing2 kena on bluetooth, cari kereta. nasib la pandai ikut arah kerdipan bintang2 di langit dan halaju angin. tanpa rasa bersalah kitorang "Yay!!" kuat2.

ahh.. ayam goreng! masing2 perut dah kejung. singgah kedai siam sebelah balai polis Dato Keramat. indahnya alam. sambil layan The Covenant. tv baru!
wa balik, abang dah ada rupanya. wa bangun, abang dah bawak kak siti dengan kimi ke Kuantan. weekend routine wa: tidur sampai lebam. mua a a a a. tu sebab tak sempat jumpa. cuti sekolah kan. selamat bercuti la korang.
ehem. rumah kosong. kakngah.. parti buih? wa dah ready stok sabun ni :D

Friday 29 May 2009

Rezeki terlangkah

semalam dekat parking, wa jumpa rm50. LIMA PULUH hengget, tunai! adoiyay! wa dah gigil. indah je dia terlipat atas tanah tu. wa tak tau nak buat ape. boleh? free2 kan. 50 tu boleh dapat 5 snack-plate KFC, 5 set ayam goreng McD's, buku 2bijiks, cd sekeping, dan ayam goreng lagi. haha. aduh lagi la.

sebab wa taknak, last2 maRk tanpa rasa bersalah "amik la nani. taknak? biar maRk je la amik :D". sampai office ada yang bercerita. duit tu boleh pakai. tapi esok kat akhirat, dan2 awak boleh masuk syurga, tak lepas. sebab kena cari tuan empunya duit tu dulu, pulangkan balik. mua a a a.

apa kes maRk? dah 'lepaskan' ke belum?

Sunday 17 May 2009

Surat layang untuk kekanda-kekanda ku

ke blog layang? layang-layang pon boleh la. kan.

wa nak gelak Mandrake sikit. ha-hahah! ha-hahah! ha-hahahahah! nenek kata, ni la cucu dara dia. jadi kepada Abg, awak sekarang ada anak nama SITI NUR NAZMI. mua a a a a! kak siti pon terima dengan redha. cemana tu?

yang ni tadi siang Along mms wa. soalan wa yang tulus dan ikhlas dari hati: korang bagi anak ni 'makan budak' betul ke ape? gila bulatsss! bawak balik raub. meh makde buat bantal peluk ganti dengan bantal NBC tu. cedap!

Monday 4 May 2009

The damage is done!

my officemate told me about Carrefour's RM5 book-clearance sale. and wa been itching to get some new books since my last book-hunting spree. grab meself few decent ones. not much of a choice though.


wa can breathe again! hoyeah! actually wa made a promise la kan, to stop my book craze for at least til wa finish those already in my 'to read' and 'currently reading' list. haram do. is cannot tahan. yang lain tu stuck kat chapter di mana tahap keboringannya melampaui paras kronik. one of the 'why' wa need quite a few books at a time. bosan je campak tepi. bosan je cari lain. tu yang sampai ada dah LAPAN tahun terbengkalai. mua a a a.

mari la membalut sebelum sesi pemilihan dan penyingkiran.

ada cd belum ambik. cd Along pon belum order. rilek ye long ye.. 27 may. sila la layan band 'granpa rock' awak tu sampai lebam.

tiba2.. alaaa kassimmmm! ampun kan emak, kassimmmmm!!!

Sunday 3 May 2009

I wasn't there for Goodbye...

I declare, that I have Obsessive Edward Disorder. yay!

edward in hi-def! hensem sial!

hah ha-hah! hah ha-hah! hah hahaha-hah! (kalo ada yang layan Dexter Lab, korang tau la bunyi Mandrake tu gelak).