Sunday 23 August 2009

If I say, "I'm okay!" - I'm also a liar

tanpa rasa bersalah, dalam 8.30am tadi wa balik Raub. bukan ada orang pon. mak abah di kemaman. konon nak tengok rumah la, bertinggalkan. kan. 9.30am sampai. gedebuk gedebak wa ambik penyapu lidi, ubat nyamuk, capai Yassin, wa pegi kubur.


selamat datang. haha. kosong beb. wa pastikan dulu betul ke kosong. dah la wa datang sensorang. at least "orang2" lain tu memang sah penghuni nya. kan. kot ada orang gila ke, mat2 gian ke. takut jugak la.

gila penuh daun kering. buat lagi menimbun dengan tanah/lumpur. hujan lebat kot. kubur sebelah atuk kedai tu kambus sikit. berbekalkan penyapu lidi yang tak seberapa tu wa berjaya la kuis2 apa yang boleh. yang degil2 tu tak daya dah, terkehel tulang belakang wa.



hasil wa duk terbongkok2. berjaya la mengumpul semua dedaun (nun kat bucu kepala atuk rumah). nak dibakar, sat lagi satu perkuburan wa bakar. haha. is kenot! tanah2 tu nak bercuci sungguh2. hari nak hujan lagi. kalau wa jujur pegi cuci pon, lepas tu kotor balik. next time hari cerah, ye atuk ye. heh.

dah semput wa, duduk la buat apa yang patut. sedekah-menyedekah. wa turut bersedekah beberapa gelen air mata (wajib!) dan beberapa gelen darah. nyamuk banyak macam sial! lagi wa bagi ubat nyamuk, lagi sial dia jadi. huh.

agak2 wa dah puas hati, wa blah dulu sebelum wa jadi mangsa kekejaman makhluk2 lahancau ittew.


sempat lagi! dari atas bukit. rimbun! tu yang terpaksa terbongok2. kejap2 sangkut ranting kat tudung.



kosong. tak tipu. memang wa sorang2. orang lain dah datang sebelum puasa kot.


balik rumah, tukar uniform, petik lada. haha. ladaaaaa.. ladaaaaa...!! gila ramai. wa petik sambil menikmati terik mentari dan angin sepoi2. siap berangan dah siap petik tu, nak masuk pegi minum air sejuk peti. mua a a a. boleh?!! mengalahkan budak baru belajar puasa. coih.



nak tayang bunga kesayangan. kenapa 'kesayangan'? sebab wa beli. padahal mak yang nak :P wa suka betul. tiap kali balik je, kembang bermangkuk2.

lagi 2-3 pasu anak pokok tu entah bila la nak besar nya. besar la cepat! berbunga la cepat!

dekat 6pm wa melarikan diri, by 7.10pm wa sampai KL. wa malas jumpa makde. heh. nanti wa nangis tanpa sebab! (walaupun sekarang ni banyak jugak la benda boleh dijadikan sebab. kan) pastu nanti kaklong gelak.

malu wa.

Saturday 22 August 2009

You are NOT the only one

di suatu ketika di musim yang lalu wa ada post pasal kak siti me-mamarazzi-kan diri, ambik gambar si Fahrin Ahmad tengah shooting kat bawah tingkap kitorang je. ( Mamarazzi in action )

wa tengah membuta time tu padahal. ehem.

OK2. drama nya tengah tayang sekarang kat TV1. 'Lemas Dalam Cinta' tajuk nya. BONTOT CIK KELI WA MASUK TV!!!! berlakon sebelah Fahrin pulak tu. bangga beb bangga. mua a a a a.

bontot kereta pon jadi la kan :D

Bon Appétit!

a simple berbuka meal for a bujangan:



bismillahirrahmanirrahim... burp! :D

Sunday 16 August 2009

I wanna go where there's no one we know

4.30am. wa bosan. wa potong ringtone baru, wallpaper baru. wa tengah malaaaaasss nak membaca. wa duk layan rerun kartun itu ini.

tiba2 wa selongkar folder gambar dalam phone.


yummeh! nasi goreng chicken chop SS2 - yang dah separuh wa cekik. buuuurrpppp wa cakap lu!




wa baru berangan nak jumpa si Ahmad Bantal ni. cancel la wa punya trip pegi kemaman. apakan daya. bak kata Jamal Abdillah - "takdir penentu segala...". haha. bantal, next time aa.


mengikut perkiraan wa, gambar yang ni Along hantar lepas dia balik solat jumaat. dengan baju Motörhead. dan siap spek hitam?! silau nampak cahaya keimanan ye? heh.

yang penting sekali: KEMANA MENGHILANGNYA MISAI, JANGGUT DAN JAMBANG MU WAHAI ALONGANDA-KU?!!!! anda sudah menjadi ABANG JAMBOO. ooomaiigooodd!!! helep! helep!

kalau dulu wa moode2, bila abah kasi cukur licin janggut/misai nya, wa lari menangis2 sebab wa dah tak kenal siapa abah wa. mua a a a a. mak dengan abah boleh gelak guling2 je. ampeh sungguh.

bila si mohd ni, wa pulak rasa nak gelak guling2. ngee :D dude! where's my Along? abang, awak jangan buat jugak. nani tak sanggup menerima hakikat kejambuan korang. dulu mak kasi nani 2orang abg tau, bukan akak. awww!!

ok cukup sesi pendurhakaan kali ni. sok raya wa mintak maaf, peluk cium sambil nangis2. sedia duit raya sekali. toche!

sejak kes H1N1 makin teruk ni kan, wa pakai la mask a la House MD tu kan. hari pertama orang pandang wa macam alien (padahal ada je orang lain yang pakai jugak). hari ke 2, 3, 4, 5 pon orang masih pandang wa macam alien.

wa rasa nak pegi cari bandana The Misfits pastu pakai. camni:



agak2 orang masih pandang wa macam alien?

Wednesday 12 August 2009

Luke, I am your father!


wa nak nyanyi lagu mission impossible. ke ninja boy lagi sesuai? mua a a a a

Thursday 6 August 2009

The GodMother


ni bukan ah long, tapi dua2 nya ah de. haha. dah rupa ceti haram mengutip hutang. kan.


100 ribu... 200 ribu... rupiah! tak main la sehengget dua-hengget beb.


sekeping 1000 rupiah tu nilainya sama dengan RM0.40. 40sen SAHAJA?! nyaris2 dapat beli gegula je weh.



rasa macam banyak gila berkepuk2! padahal kalau dibuat belanja tu tak sampai 3.56saat dah abih.



jumlah kepingan 50ribu tu = 4juta rupiah. approx RM1500 je. balik indon dah dapat banglow 3 bijik beb. makcik kayo!

korang dah tengok duit RM50 baru? tak ke gaya duit indon dah. wa serabut betul!

Tuesday 4 August 2009

But like a moth to a flame...




tu bulan lepas punya. baru je balut.



mua a a a a. call me tamaks, I don't give a tonyok's ass!! sesi pembaziran untuk kedua2 bulan ditaja oleh MPH, Borders dan Kinokuniya. toche!

tadi (kalau ikut jam, semalam) ronda2 dengan kakngah. walaupun wa rasa wa tak patut cakap benda ni, tapi wa akui kecomelan awak memakai baju mengandung kaler pink tu. tu sebab wa suruh pilih sandal pink tu.

OK cukup! lebih2 sat lagi kembang 2-3mangkuk pulak minah tu. bukan boleh dia.

kitorang pegi 1utama. yong tak percaya wa boleh berjalan sampai ke situ. apadehal la?! tak nya jauh mana pon.

tapi memang le, wa jarang pon pegi situ. entah mana old wing, new wing. chicken wing wa tau. haha. nasib baik ada peta. jumpa la MPH nya. semput makde! besar kemain 1utama tu sampai kami mempertikaikan ruang2 kosong yang ada. rasa nak berlari2 tanpa rasa bersalah.

dapat buku, dah bosan, pegi The Curve. tengah syok kitorang meng-killing some time with our choices of (2scoops-different flavour-each) Baskin Robbins ice cream, kakngah dengan selamba "nani, faizal tahir". wa tengok muka makcik ni takde perasaan. langsung. kan. rupenya dia tak pasti. wa pandang, betul FAIZAL TAHIR!! abang faizalllllllll!!!!! kan. kalau la wa lepas laku, sikiiiitttt je lagi wa nak pegi lari peluk dia. kuangkuangBukitkuang.

dia berdua. siapa entah member dia tu. mula2 dia masuk The Apartment. lama! pastu dia keluar, tak tau dah pegi mana. kitorang bajet dia tak jadi makan kat apartment tu, mahal. ahaha. boleh bayar PTPT-pu sedebuk, takkan tak mampu makan situ kot. kan. abang faizal, ape kata bayarkan sekali PTPT-pu wa? sat lagi dia tampar wa laju2 :P

dah lepak lama sikit dengan harapan menggunung yang si faizal tahir ni tadi lalu lagi. takde makne nye dah. rezeki datang sekali je. haha. masuk Borders. wa rasa kakngah bosan je ikut wa. sori la ye. wa memang suka membelek sampai berjam2. is kenot help.

jadi wa belanja la dia sebijik. ada buy 3 for 2 promotion tu. wa bagi la yang free tu. kakngah, kalau best bagi wa baca. wa tau awak malas balut, wa boleh balutkan sekali.

pastu lepak kat kedai mamak Tesco Ampang, joined by encik yong, encik e, encik rei dan encik kropoK (typo error is purposely done & fully intended). diorang boleh pulak tanya soalan mengarut2 pasal filem2 P. Ramlee. ape ke?! dah le tahap mengarut nya tu, buat wa rasa nak tampar diorang laju2, berkali2. huh.

wa balik, dah TV2 tengah tayang Pendekar Bujang Lapok. cakap kat kakngah, dia kata diorang pon memang tengah layan. ha fikir la pulak soalan pasal filem tu.

oh ye. yong, jangan nyanyi la lagu Purnama Merindu. biar nani nyanyi sorang. tapi nak request ni, kita duet lagu I Want To Spend My Lifetime Loving You - Marc Anthony & Tina Arena. amacam, ada bran?


sesi MMS. ni la gambar kontroversi, yang memang kontroversi nya lebih la pada kisah ke-gay-an Adam Lambert. haha.

ahmad bantal wa dengan dear 'aboh'. shopping raya kata nya. SHOPPING RAYA!?? puasa bulan Syaaban pon tak buat lagi, dah shopping raya. dah-sat!



ni 2minggu lepas punya kes. punya tak nak lari pada atuk nya, si atuk siap bentang sejadah untuk cucu sekali. siap berkopiah! em alahai! masa tu nazmi demam, muntah2. kurus dia. bila dia menangis tu kejap dia panggil mama, kejap panggil ayah. emo wa. sob sob sreh!

abang, anda di mana? lama sikiiitttt je lagi, si nazmi dengan hakimi memang panggil awak 'pakcik' la gayanye. haha. nani ye kan je :D