Saturday 8 November 2008

You thought that was the end of the story

46 days to go.

wa kebosanan. duk layan rerun Raja Lawak. buat la rerun sampai 100kali pon, wa AKAN gelak guling2 tepuk2 lantai tengok JoZan. tak boleh tahan.

wa baca blog kakngah yang 4bulan bersawang. memang laman sesawang (website) betul! lama tak jumpa kan. rindu ye? anggap je ni praktis. nanti dah kahwin takde la selalu keluar ke, layan wayang ke, dengan wa dah kan. alah bisa tegal biasa. lama2 takde la rindu2 dah. wahaks! boleh gitu? sms la wa lagi banyak2. wa dah bukak buku Geografi. excited nak jawab soalan awak. "Lokasi?" - "Ulaanbaatar. Join?". ok ke ok?

berjaga pepagi buta ni buat perut wa lapar tau. is cannot.

nak story mory backdated punya cer. akhirnya wa berjaya masuk hospital. haha. jaga mak la konon. wa kan anak mithali. ngeee.

14 Oct 2008, 8am masuk OT, dalam 11.30am keluar. wa terus duk dengan mak sampai 16 Oct. alhamdulillah la takde komplikasi kan. dengan kencing manis, darah tinggi segala.

2bijiks. tu kira besar la untuk hempedu.

sian abah :(

mana ajib? balik langsir katil depan. bawak diri ke ape bai?

membaca la konon kan. padahal wa usha 2-3 doktor ensem tengah ronda wad. mua a a a.

pindah katil depan - dalam pemerhatian. eleh. mak boleh gelak sakan sehari lepas operate. lepas tu sakit. wa dah pesan jangan, dia sendiri yang buat lawak. camne?

niat wa nak tunjuk kabus seawal pagi wa turun breakfast. nampak? kalo tak nampak, sah la. tak sampai jumaat depan la tu. nyeh nyeh!

helep! tali perut berpintal. helep! haha. wa saja nak tarik boleh? nak tengok apa jadi. kan.

la ni mak dah boleh jalan2 cari pasal sampai ke sungai buloh (cari orkid), ke melaka (tengok cucu tuah ngan jebat). handal la konon. pastu sakit badan la. angin la. wa dengan abah jugak yang dengar dia mengeluh.

lepas buat statement camtu, wa patut posing ke posing?