Wednesday, 10 February 2010

I. See. You.


wa selalu fikir. apa lagi pagi² buta, time² mata wa buntang lagi, sakit² kepala, tak boleh tido. kan. ye ke ye wa ni anak mak wa? haha. boleh gitu? mana le tau kan. dah dapat 2 anak jantan, rasa nak pulak sangat anak perempuan. kot nya pungut wa merata tepi jalan je ke. heh. sebabnya, nak kata ada mengikut perangai dia, jauh panggang dari punggung la. tak nya ada de. mak sendiri mengakui kebenaran tu :P

tapi bila balik ke kampung, asal jumpa je sedara ke kan, "em alahai, dia ni ha sebijik ghupe si azie nye mase kekecik dulu hae!" (sila baca dalam loghat Kuala Dong). sambil tepuk² lengan wa yang geboo ni. mua a a a a! kemain mengeletik² wa suka dengar :D kira konpem wa anak mak la kan.

kecoh.

wa nak cakap wa rindu sebenarnya. 3minggu (aje padahal!) tak balik Raub. wa gigil nak dengar dia membebel.

mak, manik mutiara kaler merah takde. kaler hitam banyak. nani suka la sangat kaler hitam. kalau wa belikan jugak yang hitam tu, konpem dia buatkan bubur manik hitam suruh wa makan.

encik hanjing - tolong sadap. sila cari blok lain nak melolong. jangan menggangu jiwa wa pepukul 3 pagi ni weh!

0 spat: