Saturday, 20 June 2009

Antara Gapi

20th June 2009 hari tu majlis perkahwinan member kami si huda (Norulhuda bt Zainal Abidin) dengan pasangan openg @ didie (Muhammad Junaidee b Mohd Jais). lagi seminggu majlis kad baru sampai. ade dekat sebulan awal dah dia mintak alamat rasanya. ikhlas ke tak ajak? heh. dah la tempatnya tak tau. kan. peta tu yang penting.

seperti biasa, selain memulakan perjalanan dengan bismillah dan doa naik kenderaan, kami juga mula dengan sesi fotogedik. bedak belum cair lagi kan. mua a a a. terima kasih kepada kamera abang yang mencantikkan gambar kami :P

destinasi:

antara gapi, serendah. kalau ikut map dalam kad ade 2 pilihan, nak exit Rawang ke exit Bukit Beruntung. sebab ikut peta jugak la wa pilih exit Bukit Beruntung. 1.. sebab beruntung sikit wa rasa, kot. 2.. gaya macam dekat - ikut gambar peta. ok.

hasrat di hati maRk nak ikut jalan biasa. ayat dia, "ala macam pi Ulu Yam je", "jalan yang kak isma biasa balik kampung tu". secara ikhlasnya, wa kalau mak buat ayat macam tu, wa sanggup sesat ikut map daripada sesat ikut cakap dia. maRk ni kalau tunjuk simpang pon tunggang terbalik. "kak pura, masuk simpang kanan" - padahal tangan dia tunjuk ke belah kiri. nak kena lempang laju2 ke ape. kan.

selain dari menikmati koleksi Adam Lambert dan Kris Allen yang berjaya wa download & burn sesedap rasa, kitorang meneruskan sesi fotogedik. "kak pura, amik gambar!" - wa jujur la sengeh pandang kamera kan. sempat lagi tu sambil merempit! practice make perfect orang kata. haha. jalan lurus boleh la beb.

bila maRk start keluar spek lalat dia, wa tak boleh tolong dah. maRk kata, "buat2 poyo" - snap! tu tanda wa pening2 lalat tengok maRk mem-Paris Hilton-kan diri. huh.

asik gambar kitorang je kan. baru sekeping dua wa tayang. belum lagi tengok yang wa rasa tak berapa sesuai untuk tontonan umum tu. haa.
sori la wa tercarut sikit. maRk nak ambik gambar jari, wa bagi la jari. kami bosan sebenarnya duk tengok 2-3 bijik Alphard lalu, 2-3 kaler, rasa nak pergi calar. boleh?

dah cukup dulu sesi fotogedik.

dah keluar tol Bukit Beruntung tu, maRk pon pegang la map. ikut signboard Antara Gapi. kat map ade lambang petronas, tepi belah kiri ade. checked. kat map ade lambang bhp, lepas petronas tu ade esso... mana bhp? pastu ade pulak lambang masjid, celah mana ke majid nya?!

kitorang jalan jugak terus. dah tepi2 penuh dengan sawit pulak. dah macam nak balik kampung sendiri dah. kot nya kejap lagi sedar2 dah nampak signboard Bukit Kayu Hitam ke kan. haru jugak.

kami u-turn. ade 2-3 kali kami lalu jalan yang sama - ikut map punya pasal. ade dekat sejam, wa call huda. nasib baik belum nak bersading. bila ditanya, dia sendiri tak tau jalan nak ke rumah sendiri. yang ni lagi satu. bukan setakat nak kena tampar laju2, banyak benda wa nak buat sampai tak relevan wa tulis kat sini.

pastu ntah siapa la dia pas kan wa, cakap nampak tanda perodua, jalan sampai traffic light simpang tiga, ambik la serendah/ipoh.

sempat lagi meraban sampai ke SK Sg Choh. mua a a a. simpang tiga punya pasal la tu. adoiyay. sumpah wa dengan maRk gelak guling2 tak hengat!

dah jumpa simpang tiga yang betul, baru la muncul benda2 yang dalam map tu. haram jadah bil hark tuihhhh sungguh! rasa cam, depan huda nak koyakkan map tu sampai lumat, pastu cakap, lain kali buat peta tu jangan menipu kitorang. LAIN KALI?! mintak simpang.

sampai2 je, tengah berarak, berkompang. around 1.30pm kot. kira best la timing kitorang kan. takyah tunggu lama2 dah. pengantin dah ready. sanding kejap, kitorang sempat makan, borak dengan member lain yang datang, pengantin pon makan. pastu sesi kitorang bergambar la kan.



pulut kuning! buat wa teringin nak call mak mintak buat pulut. caih!


aksi penutup. nak jugak kat pintu gerbang tu. dari mula masuk dah usha. mua a a a a.

sejam lepas tu kitorang blah la kan. duk lelama pon bukan boleh buat ape dah. dan perjalanan pulang kitorang terasa sangat singkat. masing2 pon lega. takde dah muka2 ketat. kalau tak, tensi je kan, jalan tak jumpa. dah pesan pon kat maRk, kita kalau tak sesat dulu, tak sah. heh.

kepada mempelai selamat pengantin baru. selamat "berlari berkejaran". hahaha. Asrul dengan Awin, bulan tiga? bulan empat? tahun depan? peta kasi JELAS ye. tapi setakat Tangkak tu, hujung ibu jari kaki wa je. eceh!

0 spat: