Sunday, 21 June 2009

Children waiting for the day they feel good

moi! 25th! happy birthday!

and of course happy birthday, also, to my hunny bunny (mua a a a) Kris Allen. his 24th. apesal la mak dia tak awalkan setahun. kan ke best betul sama tahun dengan wa. sheesh!

kembali pada cerita asal.

tetengah malam buta Ajib dah call. wa dengar suara dia dengan kakngah nyanyi happy birthday. yang lain kat belakang tu (kalau ada) wa tak perasan siapa. dah la wa ketoyong kena ubat batuk (wa batuk semula! biadaps!). wa hmmm-haaa kan je la. pastu bye.

ehem.. nyanyi je? pos kan la wa sebijik Toshiba Toughbook ke, iPhone 3G ke, pakej percutian 3 hari 3 malam di Stonehenge ke, sesi dinner/karaoke bersama Adam Lambert ke. kan. paling cikai belanja wa @ Kinokuniya pon wa dah bersyukur :P

oleh kerana menunggu dapatnya benda2 di atas tu, umpama menanti band A7X yang tak kunjung tiba ke bumi Malaysia ni. maka wa dari awal dah spare fulus siap2 untuk wa membelanja diri wa sendiri di hari yang berbahagia ni.

bajet nak keluar dari pagi la kan. kena wayang seround ke. haram. malam tu, lepas Ajib call, wa tak berapa tidur. duk batuk kongkang2 sampai ke siang. ampess. pagi tu punya tiket - bye2. nasib la booking bodoh je. wa sambung tidur. mua a a a a. Abang kata sempena birthday, waktu tidur wa dilanjutkan. wa suka!

dalam 5pm gitu, wa rasa nak jugak tengok wayang. batuk pon batuk la. wa beli la gegula nanti. dengan pantas wa book 1 tiket Drag Me To Hell, 9.45pm, Cineleisure Damansara. setel. gedebuk gedebak wa siap, 6pm wa jalan pegi KLCC. wa laju je naik tingkat 4 pegi Kinokuniya.

usha tempat magazine kot ade Rolling Stone. takde. takpe. esok lusa tengok lagi. capai bakul, pegi spot kegemaran. ade dekat sejam wa terteleng2 memilih buku. sampai part Warhammer - buku Along, wa nak call tanya dia nak tajuk ape, enset tinggal dalam kereta. boleh? next time ye Along ye.

wa sambar 5 bijiks buku. cukup la kot. ade yang letih tengok wa ronda dekat 10kali tempat yang sama, wa rasa. tanpa lengah2 dan dengan mudahnya wa blah.

8pm wa dah ade dekat Cineleisure. gila awal buat ape?! ambik je la tiket dulu. akak tiket tu boleh bergurau senda di hari raya pulak. "oops dah cancel - haha tipu je", wa datang dekat 2jam awal cancel kejadah nya.

biasanya kalau tengok wayang dengan kakngah, lepas ambik tiket kitorang duduk sambil men-judge penampilan pengunjung2 wayang situ. "uihhh minah ni pakai spagetti je, tak sejuk ke dalam tu?!" - pakwe dia pakai sweater. ok. kitorang paham. ade pulak yang jenis, bahagian atas berlitup macam pegi kutub utara, bawah dia pakai short yang se-short2-nya. hmm. ada lagi sejenis ni, kitorang tengok dah cara dia meng-aplikasi-kan pemakaian dia. dia pakai short, spagetti, pastu mafla. puas jugak la kitorang fikir dimana relevan nya. sampai dalam panggung, rupanya dia boleh duduk bersila atas kerusi, pastu mafla tu dia balut seluruh badan. wah! kami kagum dengan kepandaian wanita2 ni berfesyen.

la ni wa sorang, wa pakat menapak pegi The Curve. sebelah je padahal. wa lenggang kangkung cari MPH dengan Borders. nak jugak cari Rolling Stones tu. takde! ade dekat 5 bakul wa mencarut dalam 15 bahasa sekaligus. humph!

pastu ternampak yang MPH & Borders ni buat sale-luar-kedai. 20%, 30%, buy 1 free 1. kan. wa gigil la kejap. wa sambar 1 bijik buku lagi.

siapa2 yang nampak Rolling Stones gambar depan Adam Lambert tu, tolonnnggggg la kasi tau wa.

agak2 letih dah wa balik kat wayang. duk la situ sejam sampai panggung 8 berkelip2 suruh masuk.

cam biasa wa cari seat yang memang wa duk sorang2. panggung pon kosong. setiap 5 minit wa tebiat nak tukar2 seat pon boleh :P

tunggu iklan je 10 minit. sampai keluar iklan shampoo clear, dah macam tengok kungfu. iklan ke iklan? ohh ade iklan pedang setiawan 2. nama filem nya storm rider 2. komik pedang setiawan yang zaman nie feng muda2 tu wa layan. sekarang ni dah mengarut2 bosan wa aih. Abang je yang masih lagi sanggup baca.

9.55pm wayang start. mula2 je dah memang 'drag me to hell'. dia punya ending pon, 'drag me to hell' jugak. memang filem 'drag me to hell' la. tak menyesal la tengok. seram nya ada. ade part seram yang melampau. ade seram yang comic (?) ada seram yang buat wa fikir, ngape la wa pilih tengok wayang waktu malam camni?! tsk.

ending dia best. wa bajet dia berjaya menipu si Lamia tu, kira happy ending la kan. rupanya tak. dia yang tertipu, dia jugak la ter-'drag to hell' -nya. kesian pulak.

11.20pm kot tamatnya. wa cergas je balik. bila wa terbayang balik muka Mrs Ganush tu, cuaks jugak la. dia duk muncul terkejut2 kan. kot nya muncul tepi tingkap wa? heeee.

oh ye. selama2 alam ni wa tak tau pon Hari Bapa 21 jun jugak. wa ingatkan belas2 macam Hari Ibu. walaupon wa tau abah tak layan facebook, blogger, nak bukak pc pon belum tentu tau. haha. wa nak ucapkan jugak la selamat hari bapa untuk abah tersayang. eceh. cam geli pon ade. nyeh nyeh!

ade la lagu Yuna ni - "Cinta Sempurna". lagu nya takde kene mengena dengan hari bapa pon, tapi part chorus nya wa rasa sesuai sangat:

Sempurnanya sifatmu
Tulusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesabaranmu...


memang TINGGI kesabaran abah, dengan anak dara dia yang sorang, dengan mak lagi. erk? wa buat cubaan mendurhaka ke ape. kan.

hari tu balik dah peluk Along. la ni wa rasa nak balik pegi peluk abah pulak. boleh? sat lagi dia ketuk pulak kepala wa, "awak tebiat?".

basah keyboard wa...

2 spat:

casriena pun nak peluk jugak said...

peluk wa tamau???? wa pelukkkkksssss kuat2.. muahsssssss!

Hanie Syafura said...

peluk awk geli la.. eeeiiiiiieee!!!!