Thursday, 11 June 2009

If you look closer it's easy to trace the tracks of my tears


karaoke session @ Redbox Ria Sogo, June 10th '09. haha. my 4th-time. definitely not the last! :P

al kisah nya dapat balik awal. so wa dari kurun ke 18 dulu dah book Angels & Demons dekat TGV KLCC. rabu kan murah. budak2 ni jeles kalau wa layan wayang sensorang. heh. note: wa suka pegi wayang sorang2. takde yang tanya wa itu ini, ajak beborak. takde yang GIGIT wa bila tengok hero hensem - ehem... kakngah! tu baru literally 'love bite' do. dia 'love' edward, dia 'bit' wa. sakit tawww!

ok kembali kepada cerita asal. jadinya di atas kejelesan officemate2 wa ni, diorang ajak pegi karaoke instead. heh. masing2 memang dah gigil nak melalak kan. kitorang pon buat la misi 'redah aje!'. kak isma book bilik, 'amin' je doa balik, kitorang pon cergas pegi Redbox Sogo.

yang lagi best tu, kami memang dah buat list lagu untuk nyanyi. mua a a a. penuh satu A4 wa cakap. sampai2 je terus pilih ikut list. tak payah pening2 dah. tak bazir masa. agak2 bukan lagu pilihan, sorang dua pegi ambik makan. buffet. mentekedarah tak hengat! wa rasa budak2 serve redbox tu mesti fikir, akak2 ni nak nyanyi ke nak makan. kuangkuangkuang.

kali ni wa punya lagu:
1. Katy Perry - Hot & Cold
2. Beyonce - Halo
3. Siti Nurhalipas - Kau Kekasihku
4. Siti Nurhalipas - Diari Hatimu
5. Aerosmith - I Don't Wanna Miss A Thing
6. Mariah Carey - My All
7. 2by2 & Siti Nurhalipas - Tiga Malam
8. Westlife - If I Let You Go
9. Paramore - Decode

err wa nak jelaskan di sini, mengapa agak banyak jugak la lagu si Siti Nurhalipas tu. pada satu ketika dahulu, sewaktu wa masih lagi muda remaja, tak kenal apa itu internet, wa penah la terminat lagu2 minah ni. zaman tu dia superstar dihati wa la kan. setelah wa naik pangkat jadi remaja purba ni, hati wa makin 'kering' dan akhirnya wa sekarang lebih suka layan lagu2 'batu'. lebih aggresive. lebih berbelit lirik nya. lebih drum. lebih growling, jerit-menjerit, suara anak kucing tercekik pon ada. lebih bunyi gitar (serta lebih hensem gitaris nya dengan jari jemari yang panjang2 dan chanteks ittew!) haha.

kalau bab merepek bagi la ke wa. kan.

ada la beberapa lagu yang tak sempat lagi nak buat videoclip, kitorang dah excited nak nyanyi. sah2 la takde lagi dalam collection diorang kan. ada lagu yang takde lirik. kalau takde lirik tu - satu, tak tau nyanyi. dua, bukan versi karaoke - suara penyanyi tak boleh padam. terpaksa skip je la kan. tak best la nyanyi double. wa dah excited nak layan Feeling Good versi Adam Lambert. foul! Avenged Sevenfold pon takde? langsung? helloooo!??!!

ada yang tak sempat nyanyi pon. masa dah cukup. patut masa brader tu masuk, tanya nak tambah masa ke, cakap nak. kan. biar sampai muntah kitorang melalak situ. heh. yang penting wa dapat nyanyi Decode. puas!

oleh kerana ni misi 'redah aje!', kami takde kamera nak ambik gambar/video. bukan nak tayang kat orang pon. tapi nak buat kenangan memasing. buat bahan gelak sepanjang bulan. kan. yang lepas dulu pon, kitorang masih lagi 'membahan' maRk, dia rap lagu ogy versi baru tu. haha.

next time: Alter Bridge - Watch Over You, Yuna - Dan Sebenarnya, Nitrus - Cinta, Akon - Beautiful, among others yang biasa nya takde dalam senarai karaoke tu. huh. and of course, another try on Muse's Feeling Good (Im'ma do Lambert version, for sure).

p/s: nazmi dah berat! bukan gemuk, simply heavier. putus jugak la satu dua urat kentut wa mendukung dia. hehe. dia dah membesar la kot. ke banyak makan nya sejak cuti2 malaysia ni? lepas ni dukung makde la pulak ye nazmi ye :P bila nak lurus cakap nya entah. duk cakap german, makde mana la paham sayang. sat lagi dia boleh, "De... abeleblebleble.. ni!" apokobondo eh jang?!

0 spat: