Sunday, 26 April 2009

You take great measure to appear like you don't care

al kisah di satu pagi khamis yang indah. wa seperti biasa park kereta kat parking lrt. dah cun2 parking, usha kiri kanan depan belakang. capai fon yang wa selit kat tempat tangan tepi pintu, masuk dalam pouchnya dan tanpa rasa bersalah LETAK ATAS RIBA. capai handbag kat belakang. cabut radio, campak dalam beg. bukak sikit tingkap (bak kata abah, seurat rambut :P), off a/c off enjin, blah dengan angkuh dan takbur lagi control cun. pagi2 cun la kan, mekap belum cair.

ada sejam dua wa melepak kat office, tiba2 wa rasa nak bergosip dengan kakngah. buat cubaan capai fon tepi kanan wa, takde. jeng jeng! wa lupa keluarkan dari beg la kot. wa selongkar, takde jugak. jeng jeng jeng!! wa gelak sebab wa agak wa tinggalkan fon dalam kereta. ehem, wa AGAK, ok?!

jadi wa ada sikit cuaks tapi maintain macho. dapat pulak rakan2 yang kurang membantu. "tiba2 ada orang call, orang dengar bunyi", "nanti kereta kena pecah", yadda yadda yadda. korang nak kena sumpah jadi batu api ke batu arang?

hasil dari menonton CSI (pelbagai versi) beberapa tahun ni, wa fikir dan trace balik apa wa buat dari wa start parking. haha. ada jugak manfaat tengok cerita2 peda'ah ni kan. sah sahih wa ambik jadah haram tu dan cam wa kata, wa letak atas riba. heh. memang tawakal dan tawaduk la, kalo wa balik takde dalam kereta, ada la atas tanah.

ditakdirkan, wa balik, wa pandang bawah (di antara kereta moi dan cik keli sebelah), wa jerit + ngucap sepanjang jambatan pulau pinang - nampak pouch fon wa yang berkaler hitam ittew. di dalamnya, tersimpan indah 'nyawa' wa no13. kak nita sayang enset kak nita sampai akhirat!! sob sob srehh!

moral of the story? jangan nyanyuk sebelum masa. bleh gitu? nasib baik la fon bodoh je kan. bayangkan iPhone 3G ke. tak ke sawan dibuat nya.

err ada siapa2 tau buku apa best untuk dibaca? wa dah nak kehabisan bahan bacaan.

sambung tengok Cow and Chicken.

Saturday, 28 March 2009

Happy "bergelap"-ing!!

earth hour
28 march 2009
8.30pm - 9.30pm

turn those lights off!

ajib! mana torchlight kakde?!!

Thursday, 26 March 2009

Welcoming...

a new baby nephew, on March 23 '09. no additional particulars (time, weight, even pix!) since my Along seems TOO busy to reply any of my "10cents-per-msg" smses. huh. and today wa found his facebook - thanks Abg for the info. haha. mau nyuruks mana la mat? he better read this and reply those damn messages. and soon!

Saturday, 28 February 2009

Adoiyay!

lahancau mana yang pi vote si amir ni sampai boleh masuk final?! korang buta ke pekak ke tuli? wa buat cubaan memahami isi hati amir dan voter2 - tak tercapai dek akal. kemain sepakat satu NEGERI kan. seriously, wa tak heran kalau dia menang nanti. sebab SEPAKAT MEMBAWA BERKAT. tsk. bangang ke bangang weh?!!??!!!!

wa ada cadangan nak mensabotaj amir supaya dia tak boleh pi show untuk final tu. kalau zizan kentut berdarah, kalau shamsul kentut berbuih - apa kata kita santau mamat ni kasi dia TAK BOLEH KENTUT langsung. ada bran?

apa2 hal pon johan dengan zizan jugak yang best.

Tuesday, 24 February 2009

And the world moves in slow-mo

di satu hari ahad yang indah, wa dengan tanpa rasa bersalah, bangga, takbur, riak lagi bongkak pi layan movie-marathon - dengan adik kesayangan wa. miahamuahaha. sori la kakngah. is kenot helep la.

best tak best, best la. action movie kan. yang terkerat separuh. yang bersepai2. the whole 'smack-kapow-ratatatatata-kebaboom'-shebang.

wa book start underworld 11.30am, valkyrie 1.45pm dengan punisher 5pm. pergh. krem urat punggungs wa beb. underworld dah tak ramai tengok kan. panggung kosong. wa suka. kena pulak Ajib stuck kat KTM yang kebabs. maka dia berjaya membazirkan 1 tiket. menci tau. in between movies, sempat baca buku, sempat makan dan sempat makan lagi. wahaks.

komen wa pasal movie2 sekalian? esok lusa tulat tonggeng ke wa add review kat friendster. ogak2 geli darah ke, otak bercepai2 ke, takyah le tengok. bazir je kalau duk tutup2 muka. kan.
kinokuniya kan setingkat je lagi. tak boleh lepaskan peluang. punya besar tanda nya kan.
bought 1 for me, 1 for Ajib and 2 for Along. yang penting dapat paper-bag dia. takat plastic-bag je baik wa pi pustaka pertama.

biasa wa datang KLCC, tengah dia ni penuh. orang jual perfume ke, ada pokok krismas ke, CNY punya deco ke. tiba2 kosong wa rasa kelakar. sikit jakun pon ada la kot :P

last night punya candid. nak tau layan apa? powerpuff girls. mua a a a. remote pada wa kan. suka wa la nak tengok rancangan apa.
ada iklan sikit. korang ogak2 la kan, kereta ber-plat no. CCC 3 siapa punya? jeng jeng jeng. wa berselisih pagi tadi. apa jenama nya? BLACK HUMMER H3. biadap tak biadap tu. wa sukaaaaaa sangat kereta tu. nak menunjukkan betapa kejelesannya wa, saja2 nak pi calar kan boleh? oops tercalar. kan. sat lagi wa kena pancung. ampun TUANKU!

Sunday, 8 February 2009

Some sweet violent urge

the kind that makes you go, "call the cops and lock her up!" or "somebody get the doctor and put her in a straitjacket". you know.


what can I say.. wa still in 'twilight' mode. edward!!! *love* that's Twilight: The Soundtrack. now I need to hunt down Twilight: The Score.


yeah wa did it again. there goes my 'membazir' moment, took me around 2 hours going over the mystery/horror/thriller sections. plus a couple of books for my Along, which he paid back - handsomely. ngee :D makasih om! order le lagi buku bebanyak ngan nani :P kakngah, movie marathon = postpone. nyeh nyeh.


Red Box : The Garden - 02 February 2009. my 3rd time, IN MY ENTIRE EXISTENCE, going to karaoke. seriously. 1st, masa wa kecik2 dulu aide bawak pi makan2. 2nd, last year - office punya occasion. ni pun hasil paksaan. sebab wa dah kata, kalau diorang nak pi karaoke, wa tak mau join. last2 diorang buat plan serang hendap dengan wa. diorang book tanpa rasa bersalah, dragged wa along. lucky for them, wa lapar. miahahaha! agak kurang ajar jugak perut wa ni kadang.
haram 'anniversary'. gatal je. kitorang pakat beli kek. dan hadiah - yang kitorang cabut nama & exchange.
excited kan. kamera punya timing pun best. wa suka.


ni kira lunch punya menu. redbox sogo la jugak yang best, kot. tapi yang tu belah malam. meriah sungguh makanannya beb.

wa nyanyi! at last! lagu? 30stm - a beautiful lie. tu yang berdua ekor ni konon air-guitar & headbanging la kan. wa suka la korang. gambar wa? malu aih wa nak letak. stok jerit tak hengat :P sampai la ni diorang tak percaya wa nyanyi jugak. wa sendiri tak percaya. biasa karaoke dalam kereta je sensorang.
lagu lain? pcd - when I grow up. beyonce - if I were a boy. nsync - this I promise you. muse - supermassive blackhole. bsb - show me the meaning of being lonely. singkong dan keju. some dangdutz which titles escaped my mind. dan hattan - memburu rindu. adoiyay. rosak wa, rosak!

hadiah yang kitorang beli dan tukar sesama sendiri. untuk menunjukkan hadiah tu dari wa, maka wa beli keychain/patung hitam + bookmark. hasil pertukaran, wa dapat upin & ipin - dari kak maz.


erk! kantoi. wa lenjan kereta abang. 1 - sebab kereta abang ada seatbelt belakang. 2 - abang bukan ada kat negara ni pun. kan abang, kan kan kan. mua a a a a!

Friday, 30 January 2009

You'd be surprised...

...how useful your stupid camera-phone could be - when you're bored enough.
























orait. siapa nak ikut wa pi membazir @ Kinokuniya?

Monday, 19 January 2009

Ka-pow!

faizal tahir, faizal tahir, meet uncle hussain, faizal tahir... MEET UNCLE HUSSAIN!!! mua a a a. farahwahida tu siapa? ;) ok ok. beratur siapa2 nak jadi bini no 2 & 3 si faizal. wa chop no 4 dah. kuangkuangbukitkuang!

eh wa tengok AJL kan. rosak... rosak...

sally iskandar - kejung medulla oblongata wa gelak!

Tuesday, 2 December 2008

Subhanallah!

did you guys look up at the sky tonight?



I had to draw that (in Paint) coz my camera decided to go against me. but yes, that was EXACTLY what I saw. the moon's smiling. subhanallah indeed.

p/s: abg off to mauritania for a month. pray for his safe journey.

Saturday, 8 November 2008

You thought that was the end of the story

46 days to go.

wa kebosanan. duk layan rerun Raja Lawak. buat la rerun sampai 100kali pon, wa AKAN gelak guling2 tepuk2 lantai tengok JoZan. tak boleh tahan.

wa baca blog kakngah yang 4bulan bersawang. memang laman sesawang (website) betul! lama tak jumpa kan. rindu ye? anggap je ni praktis. nanti dah kahwin takde la selalu keluar ke, layan wayang ke, dengan wa dah kan. alah bisa tegal biasa. lama2 takde la rindu2 dah. wahaks! boleh gitu? sms la wa lagi banyak2. wa dah bukak buku Geografi. excited nak jawab soalan awak. "Lokasi?" - "Ulaanbaatar. Join?". ok ke ok?

berjaga pepagi buta ni buat perut wa lapar tau. is cannot.

nak story mory backdated punya cer. akhirnya wa berjaya masuk hospital. haha. jaga mak la konon. wa kan anak mithali. ngeee.

14 Oct 2008, 8am masuk OT, dalam 11.30am keluar. wa terus duk dengan mak sampai 16 Oct. alhamdulillah la takde komplikasi kan. dengan kencing manis, darah tinggi segala.

2bijiks. tu kira besar la untuk hempedu.

sian abah :(

mana ajib? balik langsir katil depan. bawak diri ke ape bai?

membaca la konon kan. padahal wa usha 2-3 doktor ensem tengah ronda wad. mua a a a.

pindah katil depan - dalam pemerhatian. eleh. mak boleh gelak sakan sehari lepas operate. lepas tu sakit. wa dah pesan jangan, dia sendiri yang buat lawak. camne?

niat wa nak tunjuk kabus seawal pagi wa turun breakfast. nampak? kalo tak nampak, sah la. tak sampai jumaat depan la tu. nyeh nyeh!

helep! tali perut berpintal. helep! haha. wa saja nak tarik boleh? nak tengok apa jadi. kan.

la ni mak dah boleh jalan2 cari pasal sampai ke sungai buloh (cari orkid), ke melaka (tengok cucu tuah ngan jebat). handal la konon. pastu sakit badan la. angin la. wa dengan abah jugak yang dengar dia mengeluh.

lepas buat statement camtu, wa patut posing ke posing?