al kisah di satu pagi khamis yang indah. wa seperti biasa park kereta kat parking lrt. dah cun2 parking, usha kiri kanan depan belakang. capai fon yang wa selit kat tempat tangan tepi pintu, masuk dalam pouchnya dan tanpa rasa bersalah LETAK ATAS RIBA. capai handbag kat belakang. cabut radio, campak dalam beg. bukak sikit tingkap (bak kata abah, seurat rambut :P), off a/c off enjin, blah dengan angkuh dan takbur lagi control cun. pagi2 cun la kan, mekap belum cair.
ada sejam dua wa melepak kat office, tiba2 wa rasa nak bergosip dengan kakngah. buat cubaan capai fon tepi kanan wa, takde. jeng jeng! wa lupa keluarkan dari beg la kot. wa selongkar, takde jugak. jeng jeng jeng!! wa gelak sebab wa agak wa tinggalkan fon dalam kereta. ehem, wa AGAK, ok?!
jadi wa ada sikit cuaks tapi maintain macho. dapat pulak rakan2 yang kurang membantu. "tiba2 ada orang call, orang dengar bunyi", "nanti kereta kena pecah", yadda yadda yadda. korang nak kena sumpah jadi batu api ke batu arang?
hasil dari menonton CSI (pelbagai versi) beberapa tahun ni, wa fikir dan trace balik apa wa buat dari wa start parking. haha. ada jugak manfaat tengok cerita2 peda'ah ni kan. sah sahih wa ambik jadah haram tu dan cam wa kata, wa letak atas riba. heh. memang tawakal dan tawaduk la, kalo wa balik takde dalam kereta, ada la atas tanah.
ditakdirkan, wa balik, wa pandang bawah (di antara kereta moi dan cik keli sebelah), wa jerit + ngucap sepanjang jambatan pulau pinang - nampak pouch fon wa yang berkaler hitam ittew. di dalamnya, tersimpan indah 'nyawa' wa no13. kak nita sayang enset kak nita sampai akhirat!! sob sob srehh!
moral of the story? jangan nyanyuk sebelum masa. bleh gitu? nasib baik la fon bodoh je kan. bayangkan iPhone 3G ke. tak ke sawan dibuat nya.
err ada siapa2 tau buku apa best untuk dibaca? wa dah nak kehabisan bahan bacaan.
sambung tengok Cow and Chicken.
Sunday, 26 April 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 spat:
Post a Comment