Tuesday, 2 December 2008

Subhanallah!

did you guys look up at the sky tonight?



I had to draw that (in Paint) coz my camera decided to go against me. but yes, that was EXACTLY what I saw. the moon's smiling. subhanallah indeed.

p/s: abg off to mauritania for a month. pray for his safe journey.

Saturday, 8 November 2008

You thought that was the end of the story

46 days to go.

wa kebosanan. duk layan rerun Raja Lawak. buat la rerun sampai 100kali pon, wa AKAN gelak guling2 tepuk2 lantai tengok JoZan. tak boleh tahan.

wa baca blog kakngah yang 4bulan bersawang. memang laman sesawang (website) betul! lama tak jumpa kan. rindu ye? anggap je ni praktis. nanti dah kahwin takde la selalu keluar ke, layan wayang ke, dengan wa dah kan. alah bisa tegal biasa. lama2 takde la rindu2 dah. wahaks! boleh gitu? sms la wa lagi banyak2. wa dah bukak buku Geografi. excited nak jawab soalan awak. "Lokasi?" - "Ulaanbaatar. Join?". ok ke ok?

berjaga pepagi buta ni buat perut wa lapar tau. is cannot.

nak story mory backdated punya cer. akhirnya wa berjaya masuk hospital. haha. jaga mak la konon. wa kan anak mithali. ngeee.

14 Oct 2008, 8am masuk OT, dalam 11.30am keluar. wa terus duk dengan mak sampai 16 Oct. alhamdulillah la takde komplikasi kan. dengan kencing manis, darah tinggi segala.

2bijiks. tu kira besar la untuk hempedu.

sian abah :(

mana ajib? balik langsir katil depan. bawak diri ke ape bai?

membaca la konon kan. padahal wa usha 2-3 doktor ensem tengah ronda wad. mua a a a.

pindah katil depan - dalam pemerhatian. eleh. mak boleh gelak sakan sehari lepas operate. lepas tu sakit. wa dah pesan jangan, dia sendiri yang buat lawak. camne?

niat wa nak tunjuk kabus seawal pagi wa turun breakfast. nampak? kalo tak nampak, sah la. tak sampai jumaat depan la tu. nyeh nyeh!

helep! tali perut berpintal. helep! haha. wa saja nak tarik boleh? nak tengok apa jadi. kan.

la ni mak dah boleh jalan2 cari pasal sampai ke sungai buloh (cari orkid), ke melaka (tengok cucu tuah ngan jebat). handal la konon. pastu sakit badan la. angin la. wa dengan abah jugak yang dengar dia mengeluh.

lepas buat statement camtu, wa patut posing ke posing?

Sunday, 12 October 2008

I twist and turn in the darkest space

wa mengantuk tahap tak boleh ditolong2. tapi wa nak melayan emo wa kejap.

my mom was admitted to Hospital Temerloh this morning. will undergo a gallstone-removal surgery. scheduled this coming Tuesday, oct 14th. been having the problem since 2001. got worse earlier this year.

yang wa tau, mak bukan la orang yang biasa masuk hospital. selain daripada memberanakkan kami berempat beradik, ada la dalam tahun 2005 tu dia masuk. tu pon sebab nak kasi stabil insulin, nak tau dos yang betul je. ni pon buat jugak sebab dah tak daya mengidap. nak bergerak pon payah. malam2 terjaga jam 2-3pagi. dia menangis, sakit sangat.

mom in hospital's dress. wa yang berjiwa emo ni, bila tengok agak sebak la sikit. heh. is cannot helep! wa lagi emo bila dia start buat pesanan yang bukan2. adoiyay! dah la wa tak boleh tido semalam.

makde - you are, LITERALLY, a shoulder for me to cry on. nyeh nyeh! pagi2 buta wa dah membanjirkan bahu dia.

mak ni bikin panas tau.

wa sempat candid Dr. Shahrawati tengah amik darah mak. doktor muda. tahun '82 kalo wa tak salah pandang. dengan selamba, bongkak lagi takbur dia cocoks jarum tu. uiiiii wa ngilu.

dengan selamba, bongkak lagi takbur jugak wa mintak mak pose. DAN dengan selamba, bongkak lagi takbur berbakul2 mak meng-pose untuk wa. mua a a a. I lebiu la mak.

la ni abah la tunggu dekat mak. tak le jujur duk tepi katil kan. tak relevan woo. wad perempuan :P abah pon agak tak keruan jugak wa tengok. semalam wa tak boleh tido, tapi wa purak2 pengsan. abah kul 3pagi baru dia masuk tido. entah ape dia buat duk ke hulu, ke hilir, ke depan, ke dapur, bawak kain, amik beg, bawak fail. tsk! jangan la ribut abah. kaklong rina je yang suka ribut2 ni. dia kan siti ribut. ngeee!!

mak duk wad kenanga 7, tingkat 6, katil 24. memang wad pembedahan. ada makcik depan katil mak tu nak buang ketumbuhan dalam perut. aunty sebelah, langgar lari. dia sedar2 dah tepi jalan. kesian dia. tak reti cakap melayu, susah jugak la nurse kalo takde tukang jaga.

tengok board tu, nampak tak "tingkat 9: wad bunga raya 2 - wad diraja". wa nak request tukar ke wad tu boleh? boleh aje? boleh blah? mua a a a.

dua ari ni emo wa agak melampaui batas. wa drive pegi hantar, balik menghantar - emo. cik keli wa "berenang2" di muara. haha. kalo orang lain kena amik anger management therapy, wa kena amik emo management therapy. coih!

kepala wa sakit. wa dah start selsema. ni budak2 office la bawak virus2 demam. wa menci betoi!

Wednesday, 24 September 2008

Trying to let go

nak baca, baca. tak mau, press alt+f4. problem solve!

hari ni hari emo wa. abg bawak kak siti balik melaka. berpantang.

nazmi bangun awal. dia dengar wa bukak pintu bilik, dia kejar. heh. wa berebut masuk bilik air - nangis. bila wa nak keluar pi keje, dia ngan abg dalam bilik. wa menonong je keluar. dalam kereta wa nangis lagi. nasib la wa punye eyeliner tak rosak :P dekat office pon wa nangis lagi. balik dari office pon nangis jugak. la ni pon mata wa dah sakit rasanye.

ape ke punca ke-emo-an wa hari ni? nazmi la. tsk tsk!

berapa lama dia duduk Raub. kan. start kak siti masuk upsi. atuk dengan nenek jaga. kalau balik weekend, dia la yang kejar ke pintu. daripada belum reti merangkak sampai la sekarang ni dah boleh panjat pintu!

bila dia bangun dulu, dia datang depan muka wa (yang tengah tido ni). mengaum. sambil tu tangan tunjuk kat gambar singa dalam buku Wild Animal dia. tak pon dia datang je dekat kita, menempek. tepuk2 pipi, main2 hidung.

kadang dia cekik kita dengan jari dia. dapat pulak kuku panjang. adoiyay. tak pon datang menggigit lutut/ibu jari kaki. apa kes? amik berkat ke? ikan dalam akuarium tu - shhh (fish). ikan goreng - kang (ikang). ikut abg haikal dengan danial la tu :P

kalau nak mintak kita buat sesuatu, dia tarik tangan kita. kalau nampak orang pakai tudung, dia nak mintak dukung. dia tau tu tanda nak keluar.

wa biasa jumpa dia weekend je. bayangkan apa perasaan atuk dengan nenek yang memang hari2 duk tatang dia. hmm..


"bulu" monster! mua a a a. banyak nye bulu bai.

presenting abg-and-kak siti's new toots. Muhammad Nur Hakimi bin Mohd Nizam, born 21st september 2008. 3,75kg. berat dol.

'muhammad' je. bila nak ada 'siti' nya pulak ;-)


ermm kepala wa sakit!

Friday, 19 September 2008

Coba kau dengar...

my eyes get all misty when wa heard takbir raya on radio yesterday. it wasn't even a full takbir! uff. need to get things off my chest BADLY. how? to whom?

wanted to write about Naili's and Felda d'Saji. drowsy. forget it, just another sesi berbuka (and bikin kecoh, I'd say) with officemates. might post some pictures later.

going home tomorrow. yay! waiting for my copy of Brisingr. the MPH lady told me on the phone - "Sebab cik order yang hardcover, sampai hari selasa". as long as wa get the magnetic bookmark, nevermind the extra 3days. got my 250pcs of Almond London. going to 'kekah' sebekas first thing tomorrow, after berbuka of course.

and what about my kuih siput? ajib kata - "apa kata buat 6kilo?". wa kata - "memang tersiput la kakde!". eee-ouch!

Tuesday, 9 September 2008

Mamarazzi in action

guess who? yes! fahrin ahmad. in the flesh. right under our very own dusty windows. having a drama shoot - 07.09.08.


kak siti, the alleged 'mamarazzi' took these from her bedroom windows (I suppose).

cough. by the way, that silver-roofed car next to him, is my Cute Little Kelisa (CLK). mua a a a a. wa frust sebab ketika kejadian wa tido mati!! choih! abang fahrinnnnn!!

Sunday, 7 September 2008

Got to remember this is just a game

wa wanna sleep but wa can't and don't want to. so wa gonna past my time by doing what wa best at - writing random, nonsense stuff.

- watched Merdeka rehearsal, since wa work right where they held the event. cool!
- wa saw Dato' A. Samad Said, again, few weeks back. at Bazar jalan TAR. was walking to work when wa saw him.
- last Friday, same place, wa saw Hatta Dolmat. cute guy, he is.
- no "raub" for me this weekend. unavoidable.
- break fast @ Naili's Place 05.09.08. will story mory later when wa can really focus.
- watching Small Soldiers for the n-th times.
- another 100 pages of Eldest and I'll be done, can't wait for Brisingr.
- come Monday, break fast @ Felda D'saji.

ohh! Laksamana Do Re Mi is on @ prima. "Do! Naik... hari nak kiamat!".

Thursday, 4 September 2008

The silence ends

wa bagai nak pitam beratur tunggu tren sejam, si lahanat sorang ni senang2 tempel tepi wa. dan2 tren datang dia potong line wa. ewah2. jangan uji kesabaran orang puasa beb. wa tolak dia masuk dalam. padan muka. lepas tu tau pulak marah bila orang himpit dia. PADAN MUKA lagi sekali. wa gunakan KEBESARAN wa ni. mua a a a. wa peduli hape.

dah. wa nak melepaskan kemarahan pagi tadi je. wa buat muka baik, pijak wa. kan. next time kak, buat la lagi. wa sukeeeee sangat!

Thursday, 28 August 2008

Take me, seize me

wa meant to write 3 days ago. was too tired, too eager to finish my book and of course too lazy to sit in front this old lappy.

wa nak cerita wa buat mission impossible. cubaan mengqada' puasa dalam saat2 genting. accomplished! wa start 21-26, no gap. even Saturday & Sunday wa puasa. kenapa "saat2 genting"? mengikut perkiraan bulan dan bintang, 'bendera merah' wa hampir tiba. tapi tak tau la kot sebab puasa mengejut ni dia sikit terganggu ke kan :P

yang penting, mak kejut wa sahur. mak masakkan kan lauk. mak teman wa sahur. mak suruh wa tido, rehat. peh! bagai menatang minyak yang penuh. wa terasa disayangi. mua a a a a. rabu wa raya. kalo ikut jam, tadi la kan. rasa tak sedap perut kejap bila makan siang. coih.

hari ahad tu kami (wa+kak siti) balik KL pukul 8.40pm dari raub. wa suka cerita tunggang tebalik ni. sambung balik.. biasa wa rempit sejam je perjalanan. kena malam tu, dengan accident lepas terowong. jamming dekat tol gombak. 3 jam! adoiyay! dengan hujan lagi, dengan kelahanatan driver lain lagi. tensi wa tau.

supposedly Ajib planned to stay over tonight. dia boleh pegi layan movie-marathon dekat Midvalley. stuck sana sebab hujan. cancel, balik kolej. postpone esok. huh.

made him buy me Christopher Paolini's Eldest. and he did just that. hoyeah! me likey. ooh how I love having a baby bro to toy around ;-)

Tuesday, 19 August 2008

Blackbird, fly away!

batang pinang dan pohon renek. mua a a a. since wa don't know where to begin with, wa jump straight to the cer yang wa nak cer kat sini. about kakngah's (FINALLY!!!) engagement ceremony. maka pada tarikh 09082008 termaktub lah bahawa, kakngah dah jadi tunangan orang. yo sis, remember aa. kaki sudah kena ikat. beringat2 la berkawan tu. memang orang kata berkawan biar seribu. tapi jangan biar yang seribu tu jadi punca hilang yang SATU tu ye. wink!


anyhoo, 08082008 malam nya buat tahlil kat surau. lepas tu majlis makan nya kat rumah aide. nak cuci beras, wa nak bukak kampit beras tu, dengan tanpa rasa menyesal wa toreh ke jari sendiri. wa cedera di medan perang! ada dekat 10min wa buat cubaan menghentikan darah, mengalir macam air paip wa cakap lu! nasib la takde yang jadi raja bersiong lepas tu kan. tsk tsk!

lagi best, sepatut nya malam sebelum kenduri tu tidur awal la kan. esok tentu nak nampak segar ke kan. kitorang? masih lagi buat cubaan menyiapkan barang hantaran + bunga rampai. adoiyay! sampai pukul 5 pagi la jugak. masa kaklong dah letak minyak wangi keramat tu, pergh! kalau tak sebab orang dah ramai time tu kan, memang ada 'kebanjiran' la jugak wa rasa.


malam lepas tahlil+makan, biasa la ada sesi karaoke. nanti wa rajin wa upload video. wa tengah malas nak menggodek video tu lagi.
ada yang tanya, nikah ke nikah? masa mula2 cerita pasal jumlah jemputan dulu pon wa sendiri tanya soalan yang sama. bila dah setel wa baru perasan, majlis sebelah perempuan. memang agak meriah sikit kot. tapi memang seriously, totally flat out! walaupon wa ada buat cubaan melarikan diri kan. heh. golongan senior dah jadi pesara veteren yang sememang nya tak daya nak buat kerja. yang muda2 tak ramai. terang2 pulak tu memang ada yang tak terlibat pon. peh. ni warning kali ke18 dah kakngah. jangan spoil lagi aa. memang wa tak mau balik Raub langsung nanti. (sekarang kira berapa kali wa sebut 'memang').
wa melaram. bukan selalu nak tengok wa melaram. excited wa pegi beli baju tu tau. ada satu lagu patern, lagi lawa. tapi takde saiz L nye, yang tinggal saiz lagi kecik/lagi besar.
tup2 siap kenduri semua, wa demam seminggu. sakit2 badan segala. tipu ke tipu kan. minggu ni, demam dah takde, dia pakat batuk+selesema. aduh la. sakit tau batuk ni, dia tarik sampai ke ulu hati. rasa nak mintak MC sampai sihat betul. sebab duduk dalam aircond tu rasa sakit, tapi tiap kali balik je lega. haha. bos? amacam? awak ingat ni kompeni bapak awak? kalau kompeni bapak sendiri pon, wa rasa, abah wa pecat wa tanpa notis je.

kepada yang bertunang dan si penunang - tahniah. ni la tempoh dugaan korang. wa doakan yang baik2 je untuk korang. doa, doa jugak kan. iPhone wa mana?! dah la majlis ni banyak 'pengorbanan' wa buat. gila banyak darah menitik2. compensate la beb! wa hampir hilang jari, hilang mata. tapi tak mau iPhone dah. wa nak laptop jugak la macam kaklong. dapat Toshiba toughbook pon jadi. macihhh umiiiii!

mummy... bila turn kita?