Monday, 14 September 2009

And dream I do...

macam mana la tak putus2 jari, hilang mata, belum lagi raya dah kebaboom sana sini. macam mana la tak mati, hancur remuk, belum lagi raya - baru balik nak buka puasa, dah rempit sana sini. ehh nasib baik wa ingat yang wa tengah bawak anak bini orang. kalau tak, wa kejar walau sesemput mana pon CLK wa tu. kalau ye pon excited sangat nak mati dalam bulan Ramadhan ni kan, tolong jangan libatkan wa boleh? wa nak raya! huh.

speaking of raya, wa akhirnya berjaya beli baju raya! tudung (s) raya! kasut (s) raya! mua a a a. wa beli untuk Abah dengan Ajib sekali. nak sedondon kata nya kan. kaklong kata, "sempena menghormati permintaan Yoi, kita bertemakan kaler coklat tahun ni". sejak bila awak reti menghormati permintaan adik sayang awak tu rina? haha.

Abang, sila clearkan memory kamera anda. gambar kaklong je dah penuh separuh kad. cemane?

oh ye. kuih raya...
teruja? sori kepada para tetamu. yang ni memang nawaitu nya untuk mengisi perut tuan rumah. korang nanti wa buat nescafe kaw cecah biskut cap ping pong je. wa peduli hape. kan.

kuih siput? siput2 wa dah 2tahun mandul. muakakaka. adoi. nak menyiput kena ada keazaman yang tinggi serta hati yang tenang di samping kesabaran dan ketabahan berbakul2. juga bantal yang best untuk wa bersandar sambil menyiput. besar sungguh cabaran!

Sunday, 6 September 2009

When you ARE clouding up my mind

sahur nak makan apa weh?! wa bosan sungguh. pix time!


uiiihh sayang cucu atuk ye. kemain lagi ha.


cedaaap eeehh tido! makde pon suka posisi yang sama. bebas merdeka! haha.


ahmad bantal @ abdool pilloow was 'weekend-ing' in Raub. makde dan pakcu pegi menyetankan diri di Sogo. next time lagi la gaya nya bantal. umph!


me likey. grape = mak's. rose = wa's. toche kaklong. cari brooch NBC pulak untuk wa. ada?


wa rasa pengilang sampul raya tahun ni sepakat buat tema kaler hijau. Carrefour, BIMB, McD's pon hijau. kemain banyak wa dapat, ada ke 'isi' nya? mua a a a.

kena lepak depan Sogo ni, letak topi sambil nyanyi lagu Decode (sponsored by Redbox Ria Sogo) : "the truth is hiding in your eyes...".

valid?

Saturday, 5 September 2009

Should I lock the last open door?

3 Sept. 2009 - berbuka @ Quality Hotel. slash makan2 untuk Kak Isma yang akan meninggalkan kami. bos cakap, "ha korang pilih la tempat". apa lagi kan. jangan dilepaskan kesempatan yang diberi. ayat jujur.

laju je kitorang book tanpa rasa bersalah.


on our way, dalam lif, masih kat office. nasib la 8 tingkat nya. "cepat2 posing semua!". laju jugak la bab memfotogedik ni kan.

duk lenggang2 kangkung, 6.30pm kitorang sampai. nampak Maya kat entrance. kami berkonklusi: dia berbuka kat sini jugak kot. naik Dewan Raja Laut, macam rasa awal je sampai nya. ada la 2-3 meja dah ada orang kan. "hello, ha datuk dah sampai?". pehhh wa rasa nak "oops datuk 013-932xxxx". kan. kuangkuangBukitkuang.

pastu terpandang kat dapur, Jaafar Onn! mua a a a.



ooo mana la kitorang tau kan. memang majlis nya bersama Jaafar Onn, Haiza & Maya. si JO nya kejap2 mengumumkan kedatangan orang. kejap2 bercerita pasal menu malam tu.

7pm gitu, tanpa segan silu lagi malu, kami2 pon bergegas menyerbu meja makanan. dah la jauh dari meja kitorang duduk. tu pegi awal2. karang tak sempat. haha.





meriah? tu baru pembuka selera. yang 2nd, 3rd, 4th dah tak ingat nak ambik gambar. ingat perut kena isi je dah. heh.


sambil2 keluar masuk berkali2 pegi ambik makan minum tu, diorang ni menunjukkan kehebatan masing2. ade la sekali dua, cam diorang nak panggil siapa2 yang nak naik join. kan. nak je wa request, "agak2 lagu Decode ade?". wa gigil nak menjerit nih :D

tiba2 terselit Ramziela. datin. patut la masa mula dia masuk nak duduk sebelum berbuka tu wa rasa cam 'pernahku-lihat-minah-ni-tapi-dimana-ya'. ha camtu la. dia naik atas nak buat cabutan bertuah je, pastu orang ramai request dia nyanyi seround.

oh ye, Kak Isma dapat beg Adabi. haha.

hasilnya kitorang lepak sampai dekat 10pm. orang lain dah balik, bos kami pon dah blah lama dah. boleh? boleh aje.


posing macam ambik gambar majalah kan? kemain pink lagi dia!


hiburannya: OK. makanannya: OK. tapi... kitorang tetap suka Felda. tahun lepas punya berbuka. menu nya bercampur2. western ade, tak western ade. QH ni memang masakan sini je. sedap memang sedap kan. free lagi la sedap nya. mua a a a. bos pon cakap Felda jugak best. cemane?

nak pegi Felda sendiri2, bajet masing2 dah buat larian marathon berganti2. maka bersyukur la dengan rezeki yang diberi. alhamdulillah...

Sunday, 23 August 2009

If I say, "I'm okay!" - I'm also a liar

tanpa rasa bersalah, dalam 8.30am tadi wa balik Raub. bukan ada orang pon. mak abah di kemaman. konon nak tengok rumah la, bertinggalkan. kan. 9.30am sampai. gedebuk gedebak wa ambik penyapu lidi, ubat nyamuk, capai Yassin, wa pegi kubur.


selamat datang. haha. kosong beb. wa pastikan dulu betul ke kosong. dah la wa datang sensorang. at least "orang2" lain tu memang sah penghuni nya. kan. kot ada orang gila ke, mat2 gian ke. takut jugak la.

gila penuh daun kering. buat lagi menimbun dengan tanah/lumpur. hujan lebat kot. kubur sebelah atuk kedai tu kambus sikit. berbekalkan penyapu lidi yang tak seberapa tu wa berjaya la kuis2 apa yang boleh. yang degil2 tu tak daya dah, terkehel tulang belakang wa.



hasil wa duk terbongkok2. berjaya la mengumpul semua dedaun (nun kat bucu kepala atuk rumah). nak dibakar, sat lagi satu perkuburan wa bakar. haha. is kenot! tanah2 tu nak bercuci sungguh2. hari nak hujan lagi. kalau wa jujur pegi cuci pon, lepas tu kotor balik. next time hari cerah, ye atuk ye. heh.

dah semput wa, duduk la buat apa yang patut. sedekah-menyedekah. wa turut bersedekah beberapa gelen air mata (wajib!) dan beberapa gelen darah. nyamuk banyak macam sial! lagi wa bagi ubat nyamuk, lagi sial dia jadi. huh.

agak2 wa dah puas hati, wa blah dulu sebelum wa jadi mangsa kekejaman makhluk2 lahancau ittew.


sempat lagi! dari atas bukit. rimbun! tu yang terpaksa terbongok2. kejap2 sangkut ranting kat tudung.



kosong. tak tipu. memang wa sorang2. orang lain dah datang sebelum puasa kot.


balik rumah, tukar uniform, petik lada. haha. ladaaaaa.. ladaaaaa...!! gila ramai. wa petik sambil menikmati terik mentari dan angin sepoi2. siap berangan dah siap petik tu, nak masuk pegi minum air sejuk peti. mua a a a. boleh?!! mengalahkan budak baru belajar puasa. coih.



nak tayang bunga kesayangan. kenapa 'kesayangan'? sebab wa beli. padahal mak yang nak :P wa suka betul. tiap kali balik je, kembang bermangkuk2.

lagi 2-3 pasu anak pokok tu entah bila la nak besar nya. besar la cepat! berbunga la cepat!

dekat 6pm wa melarikan diri, by 7.10pm wa sampai KL. wa malas jumpa makde. heh. nanti wa nangis tanpa sebab! (walaupun sekarang ni banyak jugak la benda boleh dijadikan sebab. kan) pastu nanti kaklong gelak.

malu wa.

Saturday, 22 August 2009

You are NOT the only one

di suatu ketika di musim yang lalu wa ada post pasal kak siti me-mamarazzi-kan diri, ambik gambar si Fahrin Ahmad tengah shooting kat bawah tingkap kitorang je. ( Mamarazzi in action )

wa tengah membuta time tu padahal. ehem.

OK2. drama nya tengah tayang sekarang kat TV1. 'Lemas Dalam Cinta' tajuk nya. BONTOT CIK KELI WA MASUK TV!!!! berlakon sebelah Fahrin pulak tu. bangga beb bangga. mua a a a a.

bontot kereta pon jadi la kan :D

Bon Appétit!

a simple berbuka meal for a bujangan:



bismillahirrahmanirrahim... burp! :D

Sunday, 16 August 2009

I wanna go where there's no one we know

4.30am. wa bosan. wa potong ringtone baru, wallpaper baru. wa tengah malaaaaasss nak membaca. wa duk layan rerun kartun itu ini.

tiba2 wa selongkar folder gambar dalam phone.


yummeh! nasi goreng chicken chop SS2 - yang dah separuh wa cekik. buuuurrpppp wa cakap lu!




wa baru berangan nak jumpa si Ahmad Bantal ni. cancel la wa punya trip pegi kemaman. apakan daya. bak kata Jamal Abdillah - "takdir penentu segala...". haha. bantal, next time aa.


mengikut perkiraan wa, gambar yang ni Along hantar lepas dia balik solat jumaat. dengan baju Motörhead. dan siap spek hitam?! silau nampak cahaya keimanan ye? heh.

yang penting sekali: KEMANA MENGHILANGNYA MISAI, JANGGUT DAN JAMBANG MU WAHAI ALONGANDA-KU?!!!! anda sudah menjadi ABANG JAMBOO. ooomaiigooodd!!! helep! helep!

kalau dulu wa moode2, bila abah kasi cukur licin janggut/misai nya, wa lari menangis2 sebab wa dah tak kenal siapa abah wa. mua a a a a. mak dengan abah boleh gelak guling2 je. ampeh sungguh.

bila si mohd ni, wa pulak rasa nak gelak guling2. ngee :D dude! where's my Along? abang, awak jangan buat jugak. nani tak sanggup menerima hakikat kejambuan korang. dulu mak kasi nani 2orang abg tau, bukan akak. awww!!

ok cukup sesi pendurhakaan kali ni. sok raya wa mintak maaf, peluk cium sambil nangis2. sedia duit raya sekali. toche!

sejak kes H1N1 makin teruk ni kan, wa pakai la mask a la House MD tu kan. hari pertama orang pandang wa macam alien (padahal ada je orang lain yang pakai jugak). hari ke 2, 3, 4, 5 pon orang masih pandang wa macam alien.

wa rasa nak pegi cari bandana The Misfits pastu pakai. camni:



agak2 orang masih pandang wa macam alien?

Wednesday, 12 August 2009

Luke, I am your father!


wa nak nyanyi lagu mission impossible. ke ninja boy lagi sesuai? mua a a a a

Thursday, 6 August 2009

The GodMother


ni bukan ah long, tapi dua2 nya ah de. haha. dah rupa ceti haram mengutip hutang. kan.


100 ribu... 200 ribu... rupiah! tak main la sehengget dua-hengget beb.


sekeping 1000 rupiah tu nilainya sama dengan RM0.40. 40sen SAHAJA?! nyaris2 dapat beli gegula je weh.



rasa macam banyak gila berkepuk2! padahal kalau dibuat belanja tu tak sampai 3.56saat dah abih.



jumlah kepingan 50ribu tu = 4juta rupiah. approx RM1500 je. balik indon dah dapat banglow 3 bijik beb. makcik kayo!

korang dah tengok duit RM50 baru? tak ke gaya duit indon dah. wa serabut betul!

Tuesday, 4 August 2009

But like a moth to a flame...




tu bulan lepas punya. baru je balut.



mua a a a a. call me tamaks, I don't give a tonyok's ass!! sesi pembaziran untuk kedua2 bulan ditaja oleh MPH, Borders dan Kinokuniya. toche!

tadi (kalau ikut jam, semalam) ronda2 dengan kakngah. walaupun wa rasa wa tak patut cakap benda ni, tapi wa akui kecomelan awak memakai baju mengandung kaler pink tu. tu sebab wa suruh pilih sandal pink tu.

OK cukup! lebih2 sat lagi kembang 2-3mangkuk pulak minah tu. bukan boleh dia.

kitorang pegi 1utama. yong tak percaya wa boleh berjalan sampai ke situ. apadehal la?! tak nya jauh mana pon.

tapi memang le, wa jarang pon pegi situ. entah mana old wing, new wing. chicken wing wa tau. haha. nasib baik ada peta. jumpa la MPH nya. semput makde! besar kemain 1utama tu sampai kami mempertikaikan ruang2 kosong yang ada. rasa nak berlari2 tanpa rasa bersalah.

dapat buku, dah bosan, pegi The Curve. tengah syok kitorang meng-killing some time with our choices of (2scoops-different flavour-each) Baskin Robbins ice cream, kakngah dengan selamba "nani, faizal tahir". wa tengok muka makcik ni takde perasaan. langsung. kan. rupenya dia tak pasti. wa pandang, betul FAIZAL TAHIR!! abang faizalllllllll!!!!! kan. kalau la wa lepas laku, sikiiiitttt je lagi wa nak pegi lari peluk dia. kuangkuangBukitkuang.

dia berdua. siapa entah member dia tu. mula2 dia masuk The Apartment. lama! pastu dia keluar, tak tau dah pegi mana. kitorang bajet dia tak jadi makan kat apartment tu, mahal. ahaha. boleh bayar PTPT-pu sedebuk, takkan tak mampu makan situ kot. kan. abang faizal, ape kata bayarkan sekali PTPT-pu wa? sat lagi dia tampar wa laju2 :P

dah lepak lama sikit dengan harapan menggunung yang si faizal tahir ni tadi lalu lagi. takde makne nye dah. rezeki datang sekali je. haha. masuk Borders. wa rasa kakngah bosan je ikut wa. sori la ye. wa memang suka membelek sampai berjam2. is kenot help.

jadi wa belanja la dia sebijik. ada buy 3 for 2 promotion tu. wa bagi la yang free tu. kakngah, kalau best bagi wa baca. wa tau awak malas balut, wa boleh balutkan sekali.

pastu lepak kat kedai mamak Tesco Ampang, joined by encik yong, encik e, encik rei dan encik kropoK (typo error is purposely done & fully intended). diorang boleh pulak tanya soalan mengarut2 pasal filem2 P. Ramlee. ape ke?! dah le tahap mengarut nya tu, buat wa rasa nak tampar diorang laju2, berkali2. huh.

wa balik, dah TV2 tengah tayang Pendekar Bujang Lapok. cakap kat kakngah, dia kata diorang pon memang tengah layan. ha fikir la pulak soalan pasal filem tu.

oh ye. yong, jangan nyanyi la lagu Purnama Merindu. biar nani nyanyi sorang. tapi nak request ni, kita duet lagu I Want To Spend My Lifetime Loving You - Marc Anthony & Tina Arena. amacam, ada bran?


sesi MMS. ni la gambar kontroversi, yang memang kontroversi nya lebih la pada kisah ke-gay-an Adam Lambert. haha.

ahmad bantal wa dengan dear 'aboh'. shopping raya kata nya. SHOPPING RAYA!?? puasa bulan Syaaban pon tak buat lagi, dah shopping raya. dah-sat!



ni 2minggu lepas punya kes. punya tak nak lari pada atuk nya, si atuk siap bentang sejadah untuk cucu sekali. siap berkopiah! em alahai! masa tu nazmi demam, muntah2. kurus dia. bila dia menangis tu kejap dia panggil mama, kejap panggil ayah. emo wa. sob sob sreh!

abang, anda di mana? lama sikiiitttt je lagi, si nazmi dengan hakimi memang panggil awak 'pakcik' la gayanye. haha. nani ye kan je :D