Dia seorang yang prihatin. Dia selalu mendahulukan. Dia tak memanjakan. Dia garang, tapi Dia sayang. Dia sanggup berkurang demi kelebihan orang lain. Dia sangat sabar. Dia sangat tabah. Dia selalu terima akibat, tapi Dia tak pernah cuba untuk jadi punca. Dia marah sebab Dia betul. Dia menasihat kerana Dia sudah mengalami. Dia tak suka meminta, tapi Dia menerima sepadan-padannya sahaja. Dia lebih suka memberi, sehabis daya. Dia ambil apa yang Dia mampu pulangkan. Dia menyesali yang tidak sepatutnya, tapi Dia bersyukur seadanya. Dia berharapan tinggi, Dia cuba yang terbaik. Dia menghargai walaupun Dia tak dihargai. Dia lebih selesa memendam, tapi menuntut didengar bila Dia meluahkan. Dia takkan berdendam walaupun Dia disakiti. Dia benci ditipu, tapi perbuatan dan perkataannya beralas demi menjaga hati. kalau pun Dia letih, Dia sembunyikan. sesekali Dia terlalai, terabai, itu hak Dia.
Dia suami seorang isteri, Abah kepada 4 orang anak, Atuk kepada 5 orang cucu.
bila lapar, Abah tanye wa nak makan ape. bila susah, Abah tanye ape dia boleh bagi, biarpun dia susah nak mendapatkan untuk wa. bila Abah tau wa nak balik Raub, dia tunggu wa sampai, walaupun pukul 4pagi. bila nak balik KL, Abah bukak kan pagar hantar wa keluar subuh-subuh. bila sakit, Abah carikan ubat. bila senang, Abah tumpang gembira.
jadi bila-bila masa Abah mintak tolong, wa harap sangat dapat penuhkan permintaan dia. balasan yang wa tau tak pernah setimpal dengan semua pengorbanan dia.
0 spat:
Post a Comment