ok. wa bosan. jadi...
wa tengok movie ni sorang2. ade ke penah wa tengok reramai pon. kan :P cerita hantu yang sangat dinanti2kan. bukan specifically Insidious, tapi horror film generally. yang memang buat wa cuak sampai 3minggu kemudian.
soundtrack mula2 je dah terus seram. style horror movie lama. malangnya TGV bangang lupa tutup lampu panggung. jadi untuk 5minit pertama mode seram tu terbantut.
ok al-kisah nya, mamat ni dan family nya baru pindah rumah. gedebuk gedabak, bini dia rasa rumah tu berhantu. pindah lagi rumah lain. tup2 kat rumah lain tu pon kena kacau jugak. yang sebenarnya bukan silap rumah yang diorang duduk. tapi anak mamat ni ade kelebihan, roh dia boleh keluar dari badan dan merayau sesuka hati sesedap rasa. mamat ni pon sama. cuma dia di-brainwashed untuk melupakan kelebihan nya tu.
oleh kerana si anak ni tak paham dengan kelebihan yang dia ade, rupanya dah jadi tawanan hantu. tak boleh nak balik rumah. jadi badan yang ditinggalkan kosong ni boleh duduk dek 'benda' lain. makhluk2 seni tu la yang sedang berebut2 nak masuk dalam badan budak ni. si bapak nya penah ade sejarah yang sama. (see: gambar nenek pegang lilin kat atas).
brader 2orang ni kira comic relief la dalam movie ni. dorky ghost-buster.
mask ade belalai tu guna nak berkomunikasi dengan si anak yang 'sesat tak jumpa jalan pulang' tu. macam kelakar sikit pon ade la. heh.
ok bayangkan satu scene ni tengah elok diorang berborak itu ini. siang buta. tiba2 muncul si 'darth maul' sekor ni kat belakang.
nyaris juga wa nak jerit. tapi macho kena jaga beb! renyuk arm-rest kerusi tu wa pegang rasanya. punya tak nak berbunyi menunjukkan keseraman cerita ni. kan. sumpah wa takut. nak tido sekarang memang usha sekeliling dulu. bangang sungguh.
tengah menaip ni pon wa asyik pusing belakang pandang tingkap! argh!
tukar movie. X-Men: First Class. wa punya bayangan dalam kepala - class as in kelas belajar. kot la cerita nya jujur sesi pertama mula2 Prof. X mengajar budak2 mutant kan. kebengapan wa memang kurang ajar kadang. hakhakhak.
wa tak tau la ape perasaan baca komik, pastu tengok movie ni. sebab wa tak penah terlayan pon komik nya. tapi setakat tengok movie dari 1 sampai 4, pastu yang ke-5 ni sebagai prequel, sekurang2nya tak mengelirukan la.
ade Kevin Bacon! jahat pon jahat la. chenta! masa trailer tak perasan pon ke dia.
Cerebro versi 1960s. technology-wise movie ni tak boleh la advance sangat kan. mane ade zezaman tu lagi.
selagi tak keluar Breaking Dawn, ni la chenta baru wa. mua a a a a. semuaaa wa chenta kan. pedulik! mula ingat tahsapesapentah le dia ni. rupanya ade dalam Eden Lake. caihhh.
oh ye, soundtrack X-men ni sedap. esok keluar kena beli.
pirates? tak tengok wayang pon takpe. saje gatal kan. pada wa dah takde daya tarikan nya. dapat pulak wa yang memang dari 1 sampai 3 tunggu masuk Astro je. tapi orang kata yang 3D best tengok.
ye la agak nya.