Sunday, 18 October 2009

Empat dara

rakan2, next round punya karaoke jangan lupa cari lagu ni. kita balun sampai bisu.

-

Empat Dara Duduk Di Tepi Sungai
Duduk Menjerat Si Ketamlah Batu

Manis Rupa Hai Elok Perangai
Sukar Dipilih Yang Manalah Satu

Empat Dara Berpakaian Sedondon
Berbaju Putih Berkainlah Biru

Pandai Mengarang Seloka Dan Pantun
Hitam Manis Hai Pandanglah Tak Jemu

Empat Dara Duduk Di Tepi Sungai
Duduk Menjerat Si Ketamlah Batu

Manis Rupa Hai Elok Perangai
Sukar Dipilih Yang Manalah Satu

Empat Dara Hai Denganlah Lagaknya
Bersiar-siar Sekeliling Kota

Sekali Pandang Senyuman Manisnya
Tak Mungkin Lupa Sepanjanglah Masa

Saturday, 17 October 2009

When action speaks as loud as words

wa demam selama 24jam sahaja. aje? ampeh sungguh. tak sempat langsung nak manja2 dengan mak. mua a a a a.

sebab tak jadi demam, tak jadi la hilang selera makan. kan. best. semalam Menara Tradewinds (Menara Tun Razak) jalan raja laut buat openhouse. ape lagi, 'cekik' la sampai masing2 tercekik. dengan nasi bukhara, kambing panggang, ayam goreng, ayam goreng dan ayam goreng.

pastu ayam goreng lagi. haha.

macam biasa kitorang kalau jumpa kamera memang huru hara. dalam toilet pon jadi. cermin besar pulak tu.


priceless shidah!

Sunday, 11 October 2009

So when the waiting's done

malas dah nak cerita pasal raya. gambar pon dah letak kat FB. takde pedehal pon. semua balik. semua ada. wa suka, wa "banjir". wa dapat buat siput. yang lagi best, wa dapat peluk Bantal! nyeh nyeh.



siap raya, dan2 tu la semua nak beranak. kan.

ni anak abang Syakirin. 2nd, jantan, tanpa nama.


ni anak sulung Yong & kakngah. Emir Mikhail, 1.7kg.


kecik! tapi jari panjang2 do. me likey! esok besar mintak papa masukkan kelas belajar gitar. nanti mikhail "goreng" lagu rock satu, ibu nyanyi. mua a a a.

apa lagi? wa belum mengantuk lagi ni. biadap betul.



bab membazir bagi ke wa la kan. dah la wa tolong sekali pak guard tu bukak pintu Kinokuniya pukul 10 pagi. selambe dek! cari buku Along, tak jumpa. cari buku wa, tak perlu cari - memang ada je. haha.

hmm.


tadi petang (ke semalam petang?) buat jejemput jagung. pon nak cerita?!?? sebab ada yang tak pernah jumpa/makan. hoh? cedaaaaappp! apa lagi wa pulak yang buat. kan. kuangkuangBukitkuang.




okay2. last.


happy deepavali to all who celebrate :)

Sunday, 4 October 2009

It's ALIVE!

wa nak cerita pasal raya. tapi postpone dulu. tunggu rajin sikit lagi.

dengan bangganya, lepas 2 tahun kemandulan, tahun ni siput2 wa beranak pinak dengan jaya nya. mua a a a a. walaupun dah raya ke 7 baru wa menyiput. kan.

apesal wa buat jugak? sebab wa tak puas hati tengok hasil siputan orang lain. mak ajar wa menyiput comel2. hasilnya dapat la 4kilo.


best. lepas gian wa.