Saturday, 25 July 2009
Somewhere I belong
nazmi demam.
ha mak kan sayang wa lebih. haha :P tiba2 wa rindoo.
bila rindoo, ingat saat indah... bila rindoo, wa nak balik Raub!
Sunday, 19 July 2009
Don't lend me your hand
haha. New Moon keluar nanti wa minat balik kat Edward. kan. apa susah. kena buat wallpaper baru untuk phone dah ni :P
tadi layan midnight (12.15am), Harry Potter and the Half-Blood Prince (HP6) - dengan kakngah, yong & kropol (?) dah gaya kropoK dah. mua a a a a.
macam biasa. datang sejam awal ambik tiket dulu. wa dengan kakngah kan pengkritik tetap pengunjung2 wayang. malangnya malam ni diorang punya pakaian lebih menutup aurat dari biasa. kitorang pon pelik. nak kata hari jumaat, tak pulak. kan. jadi takde benda nak dikritik.
tunggu punya tunggu panggung 7 berkelip, dah kena tunggu ibu mengandung masuk toilet pulak. mamat 2 ekor ni dah bayangkan si kakngah tersekat dalam toilet ke. punya lama. kan. rupanya ramai orang. ceh.
pastu tunggu punya tunggu iklan pulak, 12.30am baru start wayang nya. 3am abih.
ada cerita sedih. wa excited beratur beli tiket Transformers 2.15am. wa belum tengok lagi. kakngah join untuk kali yang ke berapa entah la dia. sekali HP abih lambat. patah hati betul. memang tak berjodoh wa dengan Josh Duhamel. heh.
tunggu masuk HBO jugak le gaya nya.
dalam masa terdekat ni takde cerita menarik kan? cerita hantu pon takde. Final Destination 4, The Orphan lambat lagi. boh-san!
sikit komen pasal HP6. biasa2 je la cerita nya. tak banyak part lawan (yang sepatutnya BANYAK). duk bercerita pasal siapa couple dengan siapa. adoiyay. nama pon movie budak2. kan. wa terasa tua beb! haha.
HP5, Sirius Black mati. HP6, dia matikan Dumbledore. HP7? wa nak kasi spoiler. yang mati: (one of the twins) Fred Weasley, laki bini - Prof Lupin & Tonks, elf - Dobby, Prof Moody, and Prof Snape... yang selama2 alam ni dia baik sebenarnya.
yang wa tak puas hati, apesal dia matikan watak Sirius Black?!! SIRIUS-ly wa menci betoi.
apa pon baca buku jugak best. kepada yang berimaginasi tinggi, sila2 kan la. HP6 - 600pages. HP7 - 600pages. ada bran?
Tuesday, 14 July 2009
Didn't anyone tell you - you're supposed to break my heart?
tengok la budak "makan budak" ni. buntang! wa tanya Along berapa kilo anak ni. dia jawab 7.3kg. sekampit beras weh! ni stok balik raub nanti wa buat bantal peluk cedappp ni :D
ade bear? doktor masukkan awak ke wad kanak2 ye? memang elok la tu. heh.
wa tak tau la nak kesian ke nak gelak.
harddisk tempat isi dosa wa kat awak banyak space lagi kan. cukup sampai raya ni kan. raya ni baru format balik.
Sunday, 12 July 2009
It used to be so easy
ada la brader BICC ni. dia beli biskut mazola, bawak office. biasa la kan, kalau dah bawak ke office tentu la dijaja satu floor. kan. bila benda alah tu dah abih, beli lagi, jaja lagi, abih lagi, beli lagi, jaja lagi. maka orang sekeliling yang duk makan ni tadi buat la tabung. ye la kan. makan je tau, member sorang tu jugak la tukang beli aje, kering la beb.
kat tabung tu tulis: "derma untuk kokis mazola". haha. KOKIS. ok. wa dengan budak2 office wa dah gelak guling2. diorang saja salah eja ke ape. kitorang pon tak pernah tengok gebuk asal biskut tu.
pastu satu hari di hari bukan raya, kak isma beli sebalang untuk bilik kitorang.
sumpah kitorang tak berhenti gelak.
memang tajuk dia KOKIS daa! adoiyay. kepada makcik tukang buat kokis ni, google la dulu makcik nak eja tu lain kali. terencat pundi gelak kami tau. tsk.
bosan nya la weekend. dapat pergi 'soping2 tingkap' pon best. soping2 buku ke. kan. mua a a a. wa gigil. siapa mau join?