Tuesday, 23 January 2007

The day that you were born, you start to die

Baik buruk anak tidur buaianDoktor,SAYA ada satu soalan ingin bertanyakan
doktor. Anak yang kerap tidur buai, adakah ia elok untuk otaknya atau tidak?
Saya mempunyai seorang anak yang kini berusia dua tahun. Susah mahu
menidurkannya. Jadi, setiap kali nak tidur, saya akan mengayunkan dia di dalam
buai dahulu, baru boleh tidur.
Tidak kira siang atau malam, saya akan
menggunakan buai untuk menidurkan anak saya itu. Selagi tak masuk dalam buai,
dia tak nak tidur. Saya akan henjut buai dia dari setengah hingga satu jam, baru
dia tidur.
Soalan saya doktor, adakah otak anak saya akan bergegar semasa
saya mengayunkannya. Adakah memberikan kesan apa-apa kepadanya setiap kali saya
membuainya dalam masa yang lama? Masalah ini amat merisaukan saya kerana saya
bimbang, dia akan mengalami masalah dalaman otak.
Seperkara lagi doktor,
anak saya apabila hendakkan sesuatu, dia suka menghantuk-hantukkan kepalanya ke
lantai atau dinding. Sudah banyak kali dia menangis kerana perbuatannya
itu.
Dia juga sangat aktif sehingga sekarang. Kadang-kadang, tingkah lakunya
sukar dikawal, nak kita ikut cakap dia saja. Kalau tak ikut, mulalah anak saya
itu mengamuk. Runsing saya memikirkannya doktor.
– ANITA
Anita,Pernahkah
puan mendengar lagu mendodoikan anak atau lullaby Inggeris Rock-a bye-baby yang
berbunyi seperti berikut “When the bough breaks, the cradle will fall, down will
come baby, cradle and all?”
Lagu ini menceritakan bagaimana buai itu patah
dan jatuh ke bawah membawa bersamanya bayi sekali. Sememangnya tiada tempat yang
lebih selamat untuk menidurkan bayi selain dari baby cot.
Buaian boleh
menjadi satu punca kepada kecederaan kepala bayi dan boleh mengakibatkan
kerosakan pada otak bayi.
Penggunaan buai untuk menidurkan bayi boleh
mengakibatkan pendarahan otak atau subdural haemorrhage.
Hakikatnya,
kebanyakan kes pendarahan otak subdural yang bukan melibatkan kes penderaan
boleh dikaitkan dengan penggunaan buai.
Otak bayi sebenarnya terapung dalam
tengkorak dan jika bayi digerakkan dengan kuat, otak akan bergerak pada hala
yang bertentangan dengan tengkorak.
Akibatnya, saluran darah yang bersambung
pada permukaan otak ke tengkorak pecah menghasilkan pendarahan otak
subdural.
Henjutan buai yang perlahan-lahan itu tidak berbahaya tetapi
pergerakan melantun buai dengan springnya menghasilkan pergerakan atas bawah
seolah-olah seperti menggoyang bayi dalam tangan dengan kuat, menghasilkan
kecederaan yang sama.
Hayunan buai juga boleh mengakibatkan kepala bayi
terhantuk dinding. Pernah berlaku di mana abang kepada bayi yang berumur dua
tahun yang gemar menghayun buai tidak sedar kepala bayi sedang menghentak
dinding.
Ada juga kes di mana rangka besi buai jatuh menghempap bayi dan
juga spring atau tali putus.
Ada juga bahaya yang lain seperti tercekik atau
strangulation. Bila bayi sudah mula memusing badan ia mungkin terjaga dari
tidur, memusingkan mukanya ke bawah dan leher boleh tersepit dalam lipatan kain
buai.
Hentak kepala (Head banging)
Apabila anak kita mula mengamalkan
tabiat hentak/hantuk kepala, kita naik risau dan bimbang mungkinkah ia boleh
menyebabkan kerosakan pada otak.
Dua puluh peratus daripada kanak-kanak yang
sihat melalui tabiat ini seketika. Lazimnya, umur bermula setahun setengah dan
berakhir secara spontan menjelang umur empat tahun.
Lelaki adalah tiga kali
lebih kerap memperoleh tabiat ini daripada perempuan. Kanak-kanak yang berusia
lebih empat tahun dan masih mempunyai tabiat ini haruslah dibawa menjalani
pemeriksaan lanjut.
Selalunya, kanak-kanak meninggalkan tabiat ini dengan
sendiri ketika membesar tetapi kita boleh cuba mempercepatkan proses ini dengan
mengamalkan cara sambil lewa bila ia berlaku.
Tabiat ini menjadi satu cara
kanak-kanak ‘mengugut’ untuk mendapatkan sesuatu atau menarik perhatian. Apabila
ia berlaku, kita mesti jangan mengalah dan mengikut segala rentak dan kemahuan
mereka.
Pada ketika ia berlaku, kita mesti cuba mengalihkan perhatian
kanak-kanak tersebut dan mengubahnya ke aktiviti lain.
Mujurnya, kanak-kanak
yang sihat tidak akan mengalami apa-apa kecederaan yang serius dengan tabiat
ini.
Rasa kesakitan mengelakkan mereka dari menghentak dengan kuat dan
kanak-kanak bawah tiga tahun tidak boleh menghasilkan tekanan atau tenaga yang
cukup untuk mendapatkan kerosakan otak.
Kepala kanak-kanak ini boleh menahan
trauma yang menjadi kebiasaan ketika belajar jalan dan memanjat. Kanak-kanak
sihat yang menghantuk atau menghentakkan kepala akan membesar menjadi remaja
yang normal.
* Jawapan disediakan oleh Pakar Perunding Kanak-Kanak, Hospital
Pakar Shah Alam, Dr. Mohd. Nazir Abu Bakar.

semangat wa cari smule dlm archive tau. seb baik jumpe. pd yg nk branak, dh branak, maupun ank nye plak nk branak dan dh branak - jgn buai anak sampai cucur atap tau. migraine anak tu sok besar. kalo ye tu je, tahan lg. buat nye terencat? *tsk tsk* kami ade bukti "penderaan" sedemikian. identiti akak tu wa rahsia kn, utk keselamatan anak dia yg dlm buaian, juga org yg duduk di keliling buai anak nye tuh *kuakuakua* walopun, akak tu ade 3 anak. dan sume nye nmpk cam sehat² blaka. tp sape la tau kan =P heii la akak tu kan. musti xbaca paper. patut print kan dia menda alah ni besar²...

-->

Rock a bye baby on the tree top,
When the wind blows the cradle will rock,
When the bough breaks the cradle will fall,
And down will come baby, cradle and all.

0 spat: