move over, Adam Lambert. it's non-gay, hard rocking Alter Bridge's turn. haha. OK la kan. nak masuk 3minggu tak hilang lagi angau parah juge la kita.
3rd album. wa sukaaa la lancung2 mereka2 yang bersuara sedap ni. kemain tinggi dia tarik, cirit wa dengar. bunyi ada sipi2 lain la dari album sebelum. diorang kata apa, evolve? Evo X? eh? sekali dua dengar tu rasa jugak la lain nye. masuk kali ketiga dah boleh diterima hati dan perasaan terus chenta. untuk wa la tapi nye kan.
oh ye. ada la pada suatu hari yang musibat, si Carlo Rina ni BBM wa cakap dia pegi kedai buku. wa pon, OK. so? Kaklong kata dia beli 5 bijiks hardcover, just over RM100. HARDCOVER OK!!!? wa beli Blood Canticle pon RM99.90. tu baru sebijik, inikan 5bijiks!!! oo mak ai.
wa tak puas hati. Kaklong letak gambar sekali. siap tayang tag harga. wa tensi.
nama kedai nya BookXcess, dekat Amcorp Mall. jual overprinted books. up to 70% off. NEW books. tapi limited. yang mana ade je. kalau takde tu, kira takde je la. dia letak list buku yang available dalam website. boleh download pdf je.
makaaaaaa dengan tanpa rasa bersalah wa telah meng-google jalan ke Amcorp Mall dan voila!
sebakul penuh wa sambar. siap keluar announcement kedai nak tutup. ade wa kesah?! sila tengok price tag dan nikmati ke-diskaun-an nye. beli RM100, free 3-year-membership (5% diskaun every RM50 & above dan 10% for RM150 & above).
wa punya dia buat dua resit. satu untuk dapatkan membership, satu untuk dapat diskaun 5%. total kerugian (bak kata Kaklong) adalah RM198.70 (hasil 5% off 2nd bill). daripada regular price yang wa congak2 lebih kurang RM500 +/- for 14bijiks buku. fuh!
bila datang gila wa. kan.
next, Audio Secrecy (Special Edition) (CD/DVD) by Stone Sour.
Sunday, 31 October 2010
Wednesday, 20 October 2010
So if you hear this cry...
kehadapan aBangla ku, MOHD NIZAM BIN SHAHARUDIN. patut la Mak awak sakit dada. asal ada bunyi kereta kat luar, Nazmi: "ayah!". asal dengar je bunyi kunci, Nazmi: "ayah balik!". asal terbukak je pintu, Nazmi: "De, Ayah anne?". Kimi sambung kat belakang, "yayah? yayah? yayah?!!".
oo mak ai.
yayah... jangan sampai De nyanyi lagu Aishah 'Pulang Lah'. nangis jap lagi :P
oo mak ai.
yayah... jangan sampai De nyanyi lagu Aishah 'Pulang Lah'. nangis jap lagi :P
Labels:
dear diary
Tuesday, 19 October 2010
Cause the voodoo that you do is all that can do to make me into your fool
Adam Lambert Glam Nation Tour 2010 Live in Kuala Lumpur, 14 October 2010. hoyeah. 5 hari kemudian wa baru hilang sikit la terkesima nya :P oo mak ai. member hensem kemain. kan. gay pon gay la. nganganga.
wa tau pasal konsert yang ni pon dah lewat. dapat tau pasal Paramore je. tiba2 Kakngah boleh "de! Adam Lambert nak datang Malaysia!". homaigodhomaigodhomaigod! kan! tanpa berlengah lagi wa google sana sini. tiket boleh dapat kat Rock Corner. wa serbu The Curve.
3minggu je tinggal. excited tu kurang lagi. setakat bangga dapat tiket je. hakhakhak. tapi dalam kereta dah pasang CD dia je, duk repeat sampai nak muntah. sampai mimpi pon nyanyi lagu Adam Lambert jugak la. eh tak. yang part mimpi tu wa tambah cerita je, saje nak bagi panjang sikit blog ni. mua a a a.
lagi seminggu tu dah macam suam2 kuku dah excited nya. wa msg Kakngah, Kakngah msg wa. sehari sebelum kejadian, wa dah tak boleh nak pasang lagu. senyap pana. kalau pasang wa rasa wa boleh kena attack cholera. hakhakhak. balik malam, wa duk klik2, sekali terklik Sony Music Malaysia punya FB. ada yang post gambar Encik Adam ni dah kat KLIA.
wa terus kena sawan. tak tipu. malam tak boleh tido. macam la nak jumpa dia pon kan, pegi tengok konsert je padahal. dari jauh pulak tu. wa memang excited over sikit.
hari kejadian.
kemain tebal bedak wa kan. bukan selalu pung. haha. separuh jalan dah cair.
on the way pon senyap pana. menghayati keterujaan. sampai sana, lagi ramai yang melampau celoreng nya. oo mak ai.
Stadium Putra ni tertutup, numbered seat lagi. jadi tak perlu berebut langsung. dapat pulak style seat nya rapat, sempit dan SANGAT CURAM. akak gayat uolsss! wa dengan Kakngah pulak nak berpandir2 mencari seat. nasib baik tak kena halau balik je. heh. walaupun jauh, masih jelas. bab Adam Lambert tu nampak aje :P
jadual kata 8pm start. kitorang pon jujur la kan. tunggu punya tunggu, sound techs duk soundcheck, pasang lagu itu ini nak menghavockan keadaan. kebetulan crowd Malaysia ni sporting kan. semua lagu pasang, semua lagu nyanyi sekali. 1Malaysia! ada segerombolan adik2 duduk selang satu seat belakang kami. diorang menjerit dari konsert takde gaya nak start, sampai ke konsert dah habis, macam kena rasukan ablasa! wa siap tanya Kakngah kot dia ada bawak lada hitam. nak dijampi ke budak2 tu.
budak A, "Adam I love you!". budak B, "I love you more!". budak C, "me too!". tak sampai 3saat lepas tu boleh dengar ada sorang yg mengira, "one.. two.. three.. ADAMMM LAMBERTTT!!!". wa bajet keesokan harinya masing2 kena demam tonsil je la.
dah puas tunggu ni, agak2 8.15pm lampu semua dimmed. slot opening act. sapesapesapentah!!! Iqwal, Dennis Lau & Danell Lee. kitorang dah, "who the?! what the???". tumpang sorak je la. bawak lagu yang dikenali ramai. boleh la kan. lepas 15minit camtu dia boleh on balik lampu. lah? Adam nya takmau keluarkah? kitorang dah buat konklusi sendiri, "mamat ni pagi tadi makan nasik lemak. pedas sangat. tu yang cirit sampai ke malam. lambat sikit la start nyanyi nye".
semalam wa google, rupanya ada aktiviti sampingan kat luar stadium. yang dah di dalam stadium ni memang tak sedar dunia dah kan :P patut la dia lewat. huhu.
tapi kitorang tetap la dengan cerita nasik lemak tu kan. mua a a a.
around 9pm lampu dimmed, "Moon shine on the bayou...". hoooooooomaaaiiiiigoooddddd!!! wa dah, "Kakngah, Adam Lambert!!!" sambil tunjuk kat bawah.
wa cubit dia, dia cubit wa. masing2 menjerit macam nak kiamat, pastu senyap. siap boleh terkesima kat situ. untuk 3 lagu pertama memang kerja kami menjerit, pastu senyap terkesima. geleng2 kepala tak percaya. pastu sambung jerit. boleh?!
masa pegi tengok My Chemical Romance pon tak tergamam macam ni OK.
agak2 dah lega sikit, baru boleh start amik gambar pulak. tapi sebab kamera wa adalah sangat tidak DSLR, jadi blur la amik gambar biasa. maka nya wa adjust2 setting, boleh la record video. soundnya mantap la didengar walaupun kamera ciput. (dalam proses meng-hupload lagi).
persembahan mantoppp! suara dia yang tinggi melambung tu memang terbukti cecah siling stadium. tak tipu punya. takde masalah langsung dia nak tarik2 tinggi2. tak payah angkat2 kaki ke, angkat2 kening ke, semua sampai aje.
dan seperti yang dijanjikan, tiada aksi2 lucah di luar tabii :P mua a a a. kalau tengok youtube konsert2 lain tu, pantang ada masa je, naaaakkk je dia mencium brader bassist dia tu kan. ehhh! tapi kan, penonton malam tu sebenarnya ramai mak bapak. sebab diorang jadi peneman/guardian anak2 ni kan.
Kakngah gerak awal sikit. kalau keluar time konsert habis jap lagi jem. kot si Mikhail Lambert tu menjerit sampai cecah bumbung, siapa nak jawab? mua a a a.
tapi takde la awal mana pon kan. dan2 Kakngah keluar, Adam Lambert buat ala2 macam konsert habis gitu. lampu belum pasang tapi. standard gimik nya la tu. memang akan ada encore. tak lama lepas tu dia masuk main 2 lagi lagu. superb!
setlist lagu untuk Malaysia:
01. Voodoo
02. For Your Entertainment
03. Down The Rabbit Hole
04. Ring Of Fire
05. Fever
06. Sleepwalker
07. Whataya Want From Me
08. Soaked
09. Broken Open
10. Aftermath
11. Sure Fire Winners
12. Strut
13. Music Again
14. If I Had You
ENCORE
15. Mad World
16. 20th Century Boy
10.30pm tamat. 10.40pm wa sampai kat tempat parking. wa lepak dalam kereta sampai 11.30pm. tunggu jem orang nak keluar dari parking semata. ramai tak ramai nye orang, paper ahad kata ada 15000 orang. pergh!
patut la dapat 'Swarm batch' dalam foursquare :P
balik sempat drive thru. walaupun muka dah gaya kuntilanak, ada wa pedulik? wa kebulur.
drive sambil mencekik dalam keadaan telinga berdengung, tekak ala2 perit, tanpa sebarang muzik. wa rasa kalau pasang radio, macam wa menduakan konsert dia tadi. mua a a a a a.
GILA BABI BEST SIAL! BABI SIAL PON TAK BEST GILA MACAM TU!
korang paham tak ayat 'membesar2kan' cerita wa tu? tak paham sudah.
OK. bagi wa angau, lagi 2-3 hari cukup la kot? genapkan seminggu ke kan. pastu wa nak meng-UNgay-kan diri. Alter Bridge ada keluar album baru.
gambar2 cantik di atas adalah hasil kerja tangan orang lain yang wa curik dari dalam Sony Music Malaysia & HitzFM punya Facebook. harap maklum.
kecuali gambar wa tu la. kan.
Subscribe to:
Posts (Atom)